4

896 29 0
                                    

Azan subuh kuat berkumandang dari surau. Ainul mengeliat malas diatas katilnya. Badannya terasa letih. Mungkin akibat kerja dari semalam.

"Ainul? Dah bangun ?"

Perlahan Aisyah bertanya. Takut mengejutkan Ainul yang mungkin masih diulit mimpi.

"Um,dah. Tq Aisyah!"

"Welcome."

Tanpa berlengah, Ainul bangkit dari katilnya dan menuju kebilik mandi dan mula membersihkan dirinya.

"Amin Ya Rabbialamin."

Usai menunaikan solat subuh, Ainul bangkit dan menyangkutkan sejadah dan telekungnya ditempat penyakut baju dan keluar dari bliknya.

"Pagi Ainul, dah solat?"

Soal Aisyah yang kusyuk memotong bawang didapur.

"Dah.Jiha mana ?"

Kelibat Jiha langsung tidak dilihat. Biasa waktu macam dia paling rajin tolong Aisyah.

"Ada dalam bilik. Dia malas nak keluar dari bilik. Katanya nak baca novel yang dia beli kat MPH semalam."

Ainul hanya mengganggukan kepala sahaja. Peti sejuk dibuka Ainul. Matanya meliar mencari sesuatu untuk dimakan sementara menunggu Aisyah selesai masak. Susu berjenama Dutch Lady dicapai.

"Hari ni kau kerja lagi ke?"

"Yup. BTS buat konsert selama tiga hari kat sini."

Aisyah hanya mengganggukan kepalanya sahaja memandangkan dia sedang kusyuk menumis bawang didalam kuali.

"Pagi korang."

Tegur Jiha yang baru keluar dari biliknya.

"Pagi."

Sahut Ainul dan Aisyah serentak. Membuatkan mereka tertawa bersama.

"Wei korang nak tahu tak?"

Mata Ainul yang kusyuk menatap telefonnya memandang wajah Jiha.

"Tahu apa?"

Soal Aisyah. Keluhan dilepaskan.

"Semalam aku jumpa crush aku."

Membulat mata Ainul dan Aisyah.

"Firdaus?!"

Serentak mereka berdua menyebut nama lelaki itu. Ye Firdaus siapa sahaja tak kenal. Pelajar pintar di Universiti dimana Aisyah dan Jiha belajar. Merangkap crush kepada Jiha. Dah kata crush, ingat dia pandang ke?

"Ugh! Takyah lah sampai nak terpekik. Btw ye Firdaus. Siapa lagi crush aku."

Baru sahaja Ainul ingin membuka mulut, Aisyah terlebih dahulu mencelah.

"Noooo!! Jangan cerita tanpa aku. Sini Ainul help me bawa nasi goreng ni ke meja makan."

Arah Aisyah sambil tangannya laju mencuci kuali dan perkakas dapur yang diguna untuk memasak. Usai membersihkan dapur. Mereka bertiga kini berkumpul dimeja makan.

"Ha story lah wei, macam mana boleh terjumpa dengan si Daus tu?"

"Bukan terjumpa tapi terserempak."

Ainul memandang Aisyah.

"Terserampak ngan terjumpa tak sama ke?"

"Entah. Eh dah-dah senyap Ainul. Aku nak dengar Jiha story."

Matanya digulingkan keatas. Sesudu nasi goreng disuap kedalam mulut sambil telinganya mendengar cerita dari Jiha.

"Okay benda macam ni tau....."

Oh rupanya si Firdaus tu kebetulan nak singgah kat MPH. Katanya nak beli novel tentang sasterawan. Hm pelik Daus ni.

"Ha macam tu cerita dia."

"Eeee mesti hati tu berbunga dapat tengok dia. Selama ni asyik tengok sorok-sorok je."

Luah Aisyah sambil menguis nasi dipinggan. Tak lupa juga senyuman nakalnya itu.

Wajah Jiha yang tadi normal kini bertukar kepada warna kemerahan . Malu mungkin bila Aisyah membuka semula cerita lama dimana dia hanya mampu melihat Firdaus dari jarak jauh. Jarang sekali bertegur sapa melainkan ada tugasan secara berkumpulan.

"Eh haah kan. Dulu dia malu la nak tegur si Firdaus tu. Kalau dia kena tegur nanti mula la suruh kita coverkan tuk dia."

Kalini Ainul pula naik dalam memalukan Jiha yang sememangnya sudah menahan malu.

"Hah ni yang malas aku nak buka cerita pasal Firdaus mesti nak ungkit pasal benda lama."

Rengek Jiha sambil menunduk menyorokkan wajah nya.

Ainul dan Aisyah yang melihat tingkah Jiha hanya tertawa. 

"Gelak-gelak. Bab aku kemain suka korang kan."

Perli Jiha. Namun kedua mereka hanya menghadiahkan senyuman persis budak kecil kepada Jiha yang sudah mula mengemas meja makan.

"Okay lah wei aku ngan Ainul nak gerak pergi kerja ni."

Selesai mengambil barang keperluan , Aisyah dan Ainul mula bergerak keluar dari rumah untuk ketempat kerja masing-masing.

"Okay bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam.Hati-hati."

Syurga Menantimu + kth ( COMPLETED) (RE-EDIT)Where stories live. Discover now