"Okay aku dah tahu apa nak beli untuk Jiha."
"Ha cepat sikit pergi beli , aku da penat teman kau satu hari ni."
Kata Adam sambil matanya melilau mencari bangku untuk duduk dek kerana kaki nya telah lenguh kerana berjalan sehari suntuk tanpa henti.
"Baiklah! Kau tunggu tau kat sini nanti aku datang balik."
Tanpa menunggu balasan dari Adam, Firdaus terus berlari anak menuju ke kedai yang ingin dia tuju untuk membeli hadiah yang ingin diberi kepada Jiha.
'Semoga Jiha berlembut hati la lepas dapat hadiah ni.'
Doa nya dalam hati.
—-
Ainul yang masih didapur dicuit Kak Syafiqah.
"Kenapa Adam call ?"
"Akak jangan cakap kat Jiha pula lepas dengar apa yang Ainul cakap ni."
Kak Syafiqah hanya meng'hm'kan saja.
"Firdaus tanya Ainul si Jiha suka apa sebab dia nak beli hadiah untuk si Jiha."
"Oh then dah bagitahu dia ke ?"
"Ainul dah bagitahu tapi Ainul sendiri pun tak pasti betul ke tak.Takpelah pandai-pandai lah diorang."
Tanpa banyak kata Ainul membawa dulang yang berisikan gelas dan air yang telah dia bancuh ke ruang tamu.
—-
Selepas pergaduhan kecil yang berlaku diantara Jiha dan Firdaus. Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba, hari dimana Jiha disahkan menjadi isteri kepada Firdaus.Walaupun masing-masing masih mempunyai masalah kepercayaan antara satu sama lain , namun dengan ada nya sokongan dari belah rakan dan keluarga kedua mereka akhir nya memilih untuk meneruskan hubungan ini.
"Alhamdulillah akhirnya member aku dah selamat bergelar isteri orang. Hehe rasa tak percaya duh serius."
Jiha hanya tersenyum malu apabila mendengar kata-kata yang keluar dari Ainul. Mahu nya tak malu! Dia pergi umum kat depan orang ramai pakai mic pula tu! Dasar minah ni tengah mengandung pun perangai gila juga.
"Hahahaha iyeeee dulu dia yang beria kata taknak kahwin, lah ni dia yang kedua kahwin lepas Ainul!"
Sambung Aisyah disebelah Ainul. Tetamu yang turut berada didalam dewan itu turut tertawa kecil apabila mendengarkan luahan Ainul dan Aisyah.
Jiha yang berada dikerusi pengantin hanya mampu menutup wajahnya yang sudah memerah akibat malu dengan pengakuan Ainul dan Aisyah.
"Oh empunya yang berdiri sebelah saya ni banyak cakap pasal orang tapi diri dia taktahu bila lah nak jadi isteri orang."
Kini Aisyah pula yang menjadi mangsa buli Ainul. Aisyah yang berdiri disebelah Ainul mula mencubit mulut Ainul dan menyebabkan Ainul terjerit kecil dek terkejut dengan tindakan Aisyah.
Tangan Aisyah ditepis perlahan lalu dimarahnya Aisyah. Baru sahaja dia ingin membuka mulut tangan kanan nya ditarik seseorang siapa lagi kalau bukan suami nya! Ha rasain loh !
"Abang! Kenapa tarik tangan saya tiba-tiba!"
"Sayang ni kan hari bahagia Jiha jangan lah malukan dia. Ya Allah Ainul oi."
Kaki nya melangkah kearah meja makan dimana Jiha dan Firdaus sedang merenung nya.
"Ah! HAHAHAHA ! Selamat pengantin baru Lailatul Jiha semoga berkekalan ke akhir hayat."
Tanpa membuang masa Ainul menuju arah Jiha dan memeluk nya. Air mata yang ditahan sejak tadi akhir nya menitis jua. Sahabat mana yang tak sedih melihat sahabatnya yang lain berjaya menemukan cinta sejati nya.
"Insha Allah terima kasih atas doa kau. Aku harap aku tabah dan kuat untuk hadapi dunia baru aku."
Airmata yang mengalir diusap Jiha. Dalam diam dia turut mendoakan semoga dia dan sahabat-sahabatnya tabah dan sabar dalam menjalan kehidupan baru mereka.
"Kau ! Jaga Jiha elok-elok! Dia nangis , dia sedih , dia murung. Kau kena dengan aku ye Firdaus!"
Ugut Ainul sambil jari nya menunding kemuka Firdaus . Ugutan yang dilempar Ainul membuatkan nya menjadi kecut. Firdaus hanya menggelengkan kepala nya sahaja. Namun ugutan Ainul dibalas dengan senyuman sambil tangan nya diletak diatas bahu Jiha.
"Insha Allah dengan Izin Allah aku akan menjaga Jiha dengan sebaik mungkin. Aku sayang dia dunia akhirat."
Wajah Jiha ditatap dengan penuh kasih sayang. Sesungguhnya tiada wanita lain yang boleh menggantikan Jiha iaitu isteri nya ini.
"Awwww so sweet , Abang takda pun cakap macam ni kat Ainul!"
Kini wajah Adam pula yang dijadi tatapan Ainul dan yang lain. Adam yang terkejut dengan ayat Ainul mengangkat sebelah keningnya sambil mencubit pipi isteri nya itu.
"Abang tak cakap depan orang, abang cakap bila kita berdua je."
Usik Adam sambil mengenyit kan sebelah mata nya dan menyebabkan wajah Ainul yang tadi keputihan kini menjadi kemerahan dek kerana malu.
"ABANG!"
Dengan itu mereka semua tertawa bersama. Alhamdulillah akhirnya mereka semua bertemu dengan jodoh yang mampu menjaga mereka semua.
—-
Setahun kemudian.
Aisyah telah sah menjadi isteri kepada Hafizi. Manakala Jiha kini dikatakan sedang mengandung anak yang pertama. Ainul dan Kak Syafiqah pula telah mempunyai cahaya mata yang pertama dan kini sedang berusaha menjadi ibu dan isteri yang terbaik untuk anak dan suami mereka.
Alhamdulillah sekali lagi akhirnya mereka semua telah mendapat apa yang mereka inginkan. Apa yang selama ini mereka doakan. Semoga jodoh mereka berkekalan keakhir hayat dan sentiasa berbahagia dengan yang tersayang.
————
Yeayyy !! Finally its done 😭 I'm so so so so sorry it takes me one year nak settle kan this chapter sahaja sebab masuk je tahun baru ni I jadi so busy dengan kerjaan I yang sekarang , but then I teringatkan cerita I yang ni and I tertengok comment then ada readers I tanya pasal this chapter Ya Allahh terus I buat chapter ni taknak tangguh² takut lupa lagi 😭😭 I minta maaf sekali lagi, anyways hope u guys suka 🥰 maaf kalau ada kekurangan sebab I dah kurang berbakat dalam menulis but still I nak buat sebab nak bagi readers I baca sampai habis 🥰 So please comment and vote okay my dear 🥰 thank you for the support 🥰 I love you all 🥰🥰🥰
YOU ARE READING
Syurga Menantimu + kth ( COMPLETED) (RE-EDIT)
RomanceDari artis dan peminat bertukar kepada suami dan isteri tanpa sengaja ? Demi menjaga nama baik kumpulan , Ainul Mardhiah terpaksa menerima meskipun dapat bersama selama beberapa bulan. Kim Taehyung atau Adam Firdaus mulai jatuh cinta terhadap gadis...