Bab 1

251 3 0
                                    

"Ibu abah jangan tinggalkan alya tolonglah alya, alya nak ibu, alya nak abah. ibu bangunlah, abah bukalah mata, jangan tinggalkan alya" raung alya ditempat berlakunya kemalangan yang melibatkan ibu dan abahnya.

"adik jangan menangis sayang, redha lah sayang, jom balik jom, kita bagi paklong uruskan hal ini" kata abang pertamanya

"paklong tolong uruskan hal ni, kami nak bawa adik alya balik kerumah tok dengan wan dulu, bawa jenazah ibu abah ke rumah tok ye" kata abang keduanya kepada paklong mereka

kubur

Alya hanya menangis sepanjang pengebumian dijalankan, puas ditenangkan oleh abang abangnya tetapi dia menangis teresak esak di dalam dakapan abang abangnya

'sesungguhnya kuatkan lah gadis itu Ya Allah, aku simpati atasnya kerana telah kehilangan dua orang yang disayanginya' desis hati Akmal haziq iaitu anak kawan ibu abah alya yang hadir dan melihat rintihan alya itu

rumah

'ibu abah sampai hati tinggalkan Alya' desis hati Alya Maiysarah iaitu anak bongsu Dato' Zakaria dan Datin Naimah

Alya terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Akmal Haziq iaitu anak kepada kawan ibu dan abahnya, Alya terpaksa mengikut pesanan arwah ibu dan ayahnya sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir mereka.

"abang aiman, alya taknak kahwin lagi tolonglah alya muda lagi bang !" jerit alya cuba membantah.

"alya tahu tak ini semua pesanan arwah ? abang terpaksa turutkan lagipun abang sibuk bekerja, siapa yang nak jaga alya?" tutur Aiman Muhaimin pula iaitu abang pertama alya.

"ya alya sayang, sayang kena kahwin, lagipun bakal suami alya tu kan anak kawan ibu dan abah, mesti dia baik" kata Azrin Malique pula iaitu abang keduannya

Alya terus melangkah kebiliknya untuk menangis sepuas-puasnya setelah abang abang yang juga selalu memanjakannya turut memaksa dia kahwin.

'aku taknak kahwin lagi, aku tak kenal lelaki tu Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini' kata hati Alya turut meraung

Alya akan dinikahkan pada minggu hadapan bersama lelaki yang berusia 26 tahun. Dia sama sekali tidak mengenali lelaki yang tua 4 tahun darinya itu

Alya duduk termenung di tepi kolam renang rumahnya sambil menangis kerana terkenangkan nasib yang akan ditimpanya selepas kahwin, mungkinkah bahagia rumah tangganya ataupun derita sepanjang perkahwinan itu. Soalan itu sering bermain diminda gadis muda itu

                       
"hai buat apa ni sayang?" soal Azrin yang perasan adiknya itu sedang menitiskan air mata
"eh abang azrin, alya tak buat apa apa pon, alya naik bilik dulu ya" lalu dikucup pipi abangnya itu

Hubungan mereka adik beradik sangat rapat hingga mereka memanggil alya dengan gelaran sayang. Ini kerana alya anak bongsu dan sangat manja kerana aiman dan azrin selalu mengikutkan kehendaknya

'abang tahu adik sedih sebab terpaksa kahwin, abang jamin adik akan bahagia, sabar ye sayang, abang akan jaga adik' bisik hati Azrin yang melihat adiknya berlalu begitu saja

---------------

"abang aiman, azrin rasa kesian dekat adik sebab kena kahwin, dia muda lagi abang, betul ke apa kita buat ni? kalau suami dia tu tak boleh buat dia bahagia macam mana ?" tanya azrin kepada abangnya yang tenang menonton televisyen

"look, bakal suami dia tu pilihan ibu dan abah, abang yakin dia baik dan akan bahagiakan adik, kalau dia tak dapat bahagiakan adik, kita ada untuk adik, selagi adik tak kecapi bahagia, abang takkan kahwin" jawab aiman dengan tenang

KAU YANG TERINDAH Where stories live. Discover now