hampir 5 hari alya dan akmal tidak bertegur sapa . mereka hanya menjalankan kehidupan masing masing tetapi setiap malam juga akmal mencium dahi alya tanpa disedari oleh alya.
TING TONG !
alya berlari ke pintu apabila mendengar loceng rumah berbunyi
" aik takde orang pon " alya pelik kerana tiada orang didepan rumahnya sedangkan loceng baru sahaja berbunyi. baru selangkah dia berpusing , dia terasa seakan memijak sesuatu
" apa pulak ni ?" tanyanya kepada diri sendiri apabila melihat ada sampul surat di kakinya. alya menundukkan badan dan mengambil surat itu
alya duduk di sofa sambil menonton televisyen, hatinya tertarik untuk membuka surat tadi. selepas membuka, alua terpaku dengam gambar didalam sampul surat itu. gambar seorang perempuan memegang bahu suaminya. Alya meninggalkan gambar itu di atas meja ruang tamu itu dan terus ke biliknya.
" assalamualaikum " ucap akmal setelah pulang dari pejabatnya. akmal melabuhkan punggung di atas sofa. dia turut terpaku melihat gambar itu. dia yakin alya sudah melihat gambar itu
" argh lepas satu satu masalah , apehal doh " jerit akmal yang terus mengoyakkan gambar itu. setabut dia memikirkan masalah itu tambah pula alya tidak bertegur dengannya
" alya " panggil akmal setelah menolak pintu bilik alya. dia terkejut kerana alya tiada di dalam bilik
" kemana pula alya pergi ni , Ya Allah kuatkan lah aku " kata akmal sendirian
" assalamualaikum abang aiman, alya ada kat rumah sana ke ?" tanya akmal apabila aiman menjawab panggilannya
" takda pon , kenapa ? alya hilang ke ? kau jangan cari fasal mal " kata aiman dengan tegas
" eh takdelah abang , ni baru masuk mesej yang dia keluar sekejap " akmal terpaksa menipu
beloved wife 💜
Assalamualaikum alya , kau dekat mana ni ? jangan buat aku macamni ✔✔
(10 minit)Alya, reply lah aku akan explain, tolonglah balik. kalau kau taknak balik pon takpe, aku bagi kau masa tapi tolong balas chat ni ✔✔
(10 minit)tolonglah alya , ni semua salah faham. jangan macam ni ✔✔
(10 minit)takpelah aku bagi kau masa, nanti balik ye sayang . assalamualaikum selamat malam, jaga diri ✔✔
Akmal masuk ke bilik alya, dia ternampak gambar kahwin mereka pecah kerana dicampak oleh alya, dia tahu alya sangat kecewa. Akmal membersihkan sepihan kaca frame gambar itu. dia juga mengemaskan apa yang patut kerana dia seperti orang hilang arah. selalunya dia akan mencium dahi alya sebelum tidur tetapi berbeza pada malam ini. akmal menyusun buku buku di atas meja hujung bilik alya dan terjumpa satu buku iaitu diari alya
Aku tak sangka hidup aku begini. aku hilang ibu dan abah tetapi aku mendapat pengganti baharu iaitu suamiku , AKMAL HAZIQ
dia cukup sempurna tetapi aku masih tidak dapat menerimanya. aku akan membuka hati aku untuknya
ini janji kita ye diari, kau teman luahan aku
Hanya ini sahaja yang mampu dibaca oleh akmal. rasa bersalah mula menyerang hatinya
Akmal tidak boleh melelapkan mata kerana tidak dapat mencium dahi isterinya. Akmal mengambil gambar alya yang berada di atas meja dan memeluk gambar itu " balik lah , aku rindu senyuman kau " katanya . dia membawa gambar itu kebilik dan memeluk gambar itu supaya dapat dijadikan teman tidurnya
Alya tidak boleh melelapkan mata kerana sudah 3 hari tidak berjumpa dengan akmal , rindu nak bergaduh , rindu nak dengar akmal panggilnya sayang dan sebagainya. Alya membelek gambar gambar mereka semasa mereka keluar ke shopping mall beberapa bulan yang lepas. Alya rindu akan akmal tetapi perbuatan akmal masih terkesan dihatinya malah terkesan di tubuhnya juga
" kenapa buat aku macamni akmal, aku sakit nak tanggung semua ni . aku takut bila benih yang kau semai di dalam tubuh aku membesar , kau tinggalkan aku. aku ragu dengan cinta kau. aku tak bersedia nak ada hubungan jika kau tak cintakan aku , kenapa kau ambil tubuh aku sebelum kau pikat hati aku, aku takut kau tinggalkan aku setelah kau musnahkan kesucian aku" desis alya
" maafkan aku , bagi aku masa " kata alya sambil menatap dan zoom wajah suaminya di dalam gambar yang dirakam oleh telefon pintarnya itu. Alya tertidur selepas menatap gambar itu. Agaknya senyuman akmal di dalam gambar itu dapat menenangkan fikiran alya
" alya , aku nak putuskan hubungan kita ni , aku ada orang lain "
" jangan macamni akmal, kau dah tabur janji dekat aku
" kau pilih sama ada nak bermadu atau janda di usia muda , kau baru 22 tahun kan ? aku rasa kau kena terima bakal isteri kedua aku ops kau tu isteri pertama ke ? aku tak rasa semua tu hahahahahaha "
" jangan akmal , aku merayu dekat kau, aku taknak pilih antara dua tu, kau suami aku , fikirlah perasaan aku "
" ouh baru kau tahy erti suami , selama ni kau acuh tak acuh je layan aku . aku dah dapat yang baru , kau terhegeh hegeh pulak "
"AKMALLLL !" jerit alya yang masih mamai
" hoi alya kau mimpi apa ni sampai berpeluh peluh , menangis bagai ni kenapa alya ? " tanya nisha yang cemas melihat alya menangis kerana mimpinya
" takde apa lah , balik lah bilik kau sambung tidur, sorry ganggu " kata alya sambil tersenyum nipis. nisha akur sahaja dengan suruhan alya itu
' fuh mimpi je alya , sabar sabar ' desis alya
Alya masih berfikir apa maksud mimpi itu , adakah akan berlaku ataupun mainan tidur sahaja. Walaupun dia tiada perasaan terhadap akmal tetapi dia taknak berpisah dengan akmal kerana akmal adalah antara sumber kekuatan dia
" hoi goodmorning nisha , masak apa ni sedapnya bau . sorry tak sempat tolong kau masak , aku tidur lambatlah tak boleh tidur semalam " alya menarik kerusi di depan nisha dan melabuhkan punggungnya
" goodmorning too, makanlah aku masak nasi goreng versi nisha cantik jeng jeng jeng " kata nisha dengan ketawa
" kau mimpi apa semalam , terkejut beb dengar kau jerit " sambung nisha
" mimpi apa ? ala adalah sibuk je " balas alya sengaja bergurau
" main main lah " kata nish pula
" okaylah aku cerita , aku mimpi akmal " alya menyuapkan nasi ke mulutnya
" what ?! akmal ? " jerit nisha
" ye jangan lah jerit , nak tersembur aku , aku mimpi dia nak ceraikan aku lepastu dia nak kahwin lain..... " belum sempat alya menghabiskan cerita, alya sudah memotong
" pastu pastu ? " tanya nisha
" diamlah bagi aku habis cerita dulu , dia suruh aku pilih jadi janda di usia muda atau dimadukan lepastu dia bla macamtu je "
" huish seram juga mimpi kau , kalau betul betul jadi macam mana ?" soal nisha
" aku terima sebab aku tak cinta dia " jawab alya selamba
" aku kenal kau lah alya, jangan tipu aku , jangan tipu diri sendiri " kata nisha sambil tersenyum. Alya hanya menjeling tanda tidak puas hati
" okay okay lupakan , jom shopping ? " soal nisha
" hm boleh juga, duit akmal bagi haritu tak guna lagi, boleh beli cadbury banyak banyak " jawab alya dengan menayang giginya
" wow akmal bagi duit " usik nisha
" tanggungjawab lah ngade " jawab alya sambil mencuit hidung nisha.
" gurau je , jom lah bersiap , kita pergi pukul 2:30 lepas solat karang " kata nisha. alya hanya menunjuk simbol ok
' lemahnya lah borak fasal akmal ni haih rindu pon ada tapi kau yang buat aku macamni , kau cabar ego aku , okay game baru bermula ' kata alya yang terlalu egois
![](https://img.wattpad.com/cover/133209336-288-k359295.jpg)
YOU ARE READING
KAU YANG TERINDAH
RomanceSIPNOPSIS ; WRITER BY @WNAARMN Alya Maiysarah dan Akmal Haziq terpaksa berkahwin kerana itu adalah pesanan terakhir arwah ibu dan abah Alya. Alya tidak dapat menerima kenyataan kerana alya masih muda dan terpaksa berkahwin pada usia 22 tahun. Akma...