Alya terus melabuhkan badannya di atas katil setelah penat melawan dengan hatinya supaya tahan daripada menitiskan air mata di dalam kereta. Dia rasa seperti hatinya telah berkecai
" Alya kau kena dengar apa yang aku nak cakap dulu" kata akmal dari luar bilik
" nak tidur " jerit alya dari dalam
Alya seakan lemah untuk menanggung rasa kecewanya terhadap akmal, dia cuba mencintai akmal tetapi dia diperlakukan begini. sungguh dia kecewa dengan sikap akmal. Alya menangis teresak esak di dalam bilik air. dia duduk di bawah pancuran shower dengan baju dibadan. dia menangis semahu mahunya
Akmal hanya mampu mendengar sahaja tangisan itu, jujur dia kata , sejak dia menyayangi alya ni, setitis air mata alya yang mengalir seakan membakar jiwanya. Cukup perit untuk dia menanggung kekecewaan itu. Dia tak sanggup melihat wanita yang disayanginya itu menangis. Dia bernekad mahu tunggu alya di luar bilik air itu sehingga alya keluar.
10 minit
kedengaran bunyi pintu bilik air ditolak lantas alya keluar dengan mata yang merah dan pakaian yang basah. Akmal yang melihatnya terus memeluk tubuh wanita dihadapannya ini. Dia risau kerana begitu lama alya duduk di dalam bilik air.
" lepaskan aku akmal, aku benci kau, sanggup kau buat aku macamni " bentak alya dan terus cuba memboloskan diri dari pelukkan itu walaupun dia terasa selesa dengan kehangatan badan suaminya itu
"sayang jangan macamni , jom tukar baju, habis basah baju kau " pujuk akmal pula. Alya akur dengan kata kata suaminya itu kerana dia pun dalam keadaan sejuk yang teramat sangat. Dia terasa lemah kerana penat menangis , dia membiarkan sahaja akmal menyalinkan bajunya kerana dia percaya akmal boleh menahan nafsunya. Ketika ini dia begitu lemah, dia ingin pelukkan hangat dari sang suaminya itu. Dia terus memeluk suaminya selepas badannya lengkap berpakaian, dia amat selesa dalam dakapan itu. Akmal membaringkan alya kerana dia tahu alya penat. akmal membalas balik pelukkan itu.
" Alya sebenarnya yang kau maksudkan tu linda , dia saja nak merosakkan hubungan kita. kau percaya aku eh, aku sayang kau sorang je. tidurlah sayang" Bisik akmal ditelinga alya. Alya seakan tidak mahu melepaskan pelukkannya, mungkin dia kesejukkan kerana mandi terlalu lama
Selepas rasa sedikit selesa, Alya terus melelapkan matanya. dia percaya akan kata kata akmal itu.
" hai alya makan apa ni? " soalnya bila melihat alya memakan sesuatu di meja makan
" roti bakar, ciksiah buatkan untuk breakfast " jawab alya acuh tak acuh
" ouh sedapnya tolong suap " akmal membuka mulut sambil tangannya sibuk membetulkan tali lehernya. dia sudah bersiap untuk pergi ke pejabat. Tanpa melengahkan masa, alya menyuapkan sahaja. entah mengapa lembut je hati alya pagi ni
" okaylah aku nak pergi pejabat dah ni assalamualaikum jaga diri " satu ciuman lekat di dahi alya. Alya hanya tersenyum
pejabat
" Assalamualaikum bos " sapa PA akmal iaitu fatin masuk ke biliknya untuk membaca jadual tugasan Akmal
"ye fatin waalaikummusalam" jawab akmal
"harini kita ada meeting dengan Qayyum bos dalam pukul 3. Qayyum yang cuba menarik minat kita untuk melabur di syarikat dia tu. Qayyum Mairullah" kata PA akmal.
" okay terima kasih, awak boleh keluar " arah Akmal kepada PAnya
pukul 2:55 akmal sudah terpacak di cafe yang dijanjikan untuk meeting luar pejabat itu
" assalamualaikum akmal haziq , lama dah ke sampai ?" sapa qayyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman
"waalaikumusalam , baru lagi sampai , duduk lah" kata akmal
seterusnya mereka berbincang tentang pelaburan yang akan dibuat dan berapa peratus akan dilabur sehingga pukul 4:40 petang. Akmal terus balik ke rumah kerana dia sudah beritahu PAnya untuk uruskan apa yang patut kerana dia mahu pulang awal ke rumah.
" Assalamualaikum alya, aku dah balik ni " jerit akmal
"Waalaikumusalam , masuk lah ! aku dekat dapur ni tengah tolong ciksiah memasak" sahut alya
"kenapa balik awal harini ?" tanya alya setelah melihat kelibat suaminya menerjah ke dapur .
" saja je, rindu kau " jawab akmal dengan senyuman yang lebar
" akmal, kau tak cuti ke ? aku nak balik rumah wan dengan tok , aku rindu diorang " rayu alya yang masih memotong bawang
" hm boleh lah sebab aku dah sebulan tak ambil cuti ni , minggu depan kita pergi eh " kata akmal
Alya sangat gembira kerana alya sangat akrab dengan tok dan wan dia , lagipun ibu bapanya dikebumikan di kampung itu juga iaitu di pahang. Alya tidak sabar untuk menziarahi tok , wan dan juga pusara ibu dan abahnya .
" okay aku pergi mandi dulu, nanti turun makan " kata alya
" ha yelah hati hati pegang pisau tu " kata akmal pula. dia sangat gembira melihat perubahan alya yang sudah berlembut dengannya
akhirnya selepas berhempas pulas alya membantu bibiknya itu , makanan pun sudah siap disediakan
" akmal turun makan ! " jerit alya dari dapur. dia malas nak naik atas semata mata nak panggil akmal turun makan
" ye ye turun ni , fuh sedapnya bau " akmal mencium bau masakan itu
" kau buat ke ni ? " tanya akmal kepada alya, saje je tanya sebenarnya dia sendiri tahu alya tak pandai masak hahaha
" kau jangan perli aku eh sekurang kurangnya aku tolong juga ergh " kata alya sambil menarik kerusi untuk duduk menjamu selera
" Bergurau jelah ey garang " usik akmal
Bibik hanya tersenyum melihat gelagat majikannya kerana dia tahu mereka berdua berkahwin kerana terpaksa bukan rela jadi hubungan mereka ada kalanya sedikit dingin
" bagi sini remote tv tu aku nak tengok cerita lain, bosan asyik kung fu je tak seronok ah " bentak alya
" sabarlah aku cerita ni best lah " akmal cuba pertahankan kerana akmal memang gemar akan cerita kung fu
" sabar sabar , asyik cerita macam ni je setiap malam , bosan tahu bosan " kata alya dalam nada yang marah
" eh kau ni alya nak emo pulak hahaha pastu buat muka ,tarik karang bibir tu " usik akmal lalu menyerahkan remote kepada alya
Sebenarnya hampir setiap malam akmal kena tengok cerita cinta yang alya gemar , jarang sekali akmal dapat tengok cerita kung fu sebab asyik mengalah je , alya tu borak gaya selama ni dia tengok kung fu je padahal setiap malam akmal mengalah hahaha , drama melayu alya ni
Akhirnya tv yang tengok alya bukan alya yang tengok tv . habis lama pon 2 jam je dia boleh layan tv sebab alya mudah mengantuk bila tonton tv dilewat malam
" weh bangun lah setiap malam kau tertidur kat sofa ni , bangunlah " akmal mengejutkan alya untuk masuk ke bilik
" taknak aku penat " jawab alya
' haih takkan nak tinggal dia tidur kat sofa ni pula. argh angkat jelah alya ni ' desia hati akmal.
akmal pon mengambil tindakan untuk mengangkat alya , nasib baik alya ni kurus ala ala mira filzah je , setakat akmal yang sado ( acah je ) macam syafiq kyle tu takde hal lah nak angkat
Akmal meletakkan alya perlahan lahan di atas katil lalu mengucup dahi isterinnya itu. mencium dahi alya sebelum tidur adalah rutin harian dia
" tidur lena sayang " bisik akmal ditelinga alya yang sedang lena itu

ANDA SEDANG MEMBACA
KAU YANG TERINDAH
Roman d'amourSIPNOPSIS ; WRITER BY @WNAARMN Alya Maiysarah dan Akmal Haziq terpaksa berkahwin kerana itu adalah pesanan terakhir arwah ibu dan abah Alya. Alya tidak dapat menerima kenyataan kerana alya masih muda dan terpaksa berkahwin pada usia 22 tahun. Akma...