Bab 8

105 3 0
                                    

" alya bangun lah , dah sampai ni " akmal mengejutkan alya seraya mematikan enjin kereta

Akmal keluar mengangkat beg pakaian lantas meletakkan beg itu di tangga rumah tok dengan wan. Akmal mengucup tangan tok dengan wan

" akmal, mana alya ?" tanya wan yang mencari kelibat alya

" dia tidur dalam kereta wan, dah kejut tadi tak bangun bangun lagi. wan dengan tok masuk lah dulu" kata akmal dan terus melangkah kaki ke arah pintu kereta belah alya

" susahnya nak bangun kau ni " kata akmal dan terfikir untuk kejutkan alya menggunakan cara kasar. akmal mengambil rumput yang terdapat di halaman rumah wan lalu menghalakan ke hidung alya. Alya berasa geli pantas membuka mata

" kau buat apa ni akmal eeee " marah alya

" kau tu susah sangat nak bangun, wan panggil tu" kata akmal tertawa kecil

" kejut lah elok elok " jawab alya dingin

" alalala cepat lah bangun ke nak aku angkat ?" usik akmal. alya menunjuk penumbuk lantas bergegas bangun. takut juga kalau akmal angkat, nanti tok dengan wan tengok kehkeh

" tok ! wan ! alya rindu ! " jerit alya yang baru masuk ke rumah kayu itu. alya memeluk tok dengan wan untuk melepaskan rindu

" dah besar cucu wan ni , sihat ke sayang ?" akmal dan tok hanya tersenyum melihat gelagat wan dan cucunya itu. Sedara sepupu alya ramai yang memanggil alya dengan gelaran 'sayang' kerana alya cucu perempuan tunggal

" dah dah jom makan , wan kamu masak tom yam ni" sampuk tok pula

" wah sedapnya lama tak makan masakan wan, duduk lah akmal " pelawa alya yang melihat akmal masih tersenyum dan berdiri itu. akmal melabuhkan punggung di tepi alya

Setelah selesai makan, alya merengek dekat tok nya supaya dapat ikut ke kebun.

" tok, boleh lah pergi kebun. alya nak cari manggis macam haritu " pujuk alya

" yelah yelah jom , ajak suami kamu sekali " kata tok mengalah

" akmal jom pergi kebun " laung alya dari muka pintu biliknya. akmal berehat di bilik kerana penat memandu

" penat lah, pergi lah dulu, nanti aku menyusur " kata akmal kerana kebun yang dimaksudkan terletak di belakang rumah sahaja. alya tersenyum dan terus pergi. senyuman alya sudah cukup menghilangkan kepenatan akmal

sedang leka alya makan manggis di pondok yang berada di kebunnya itu, tetiba ada suara yang memanggil. tok pula pergi mencari rambutan di kawasan dalam kebun itu

" hai alya " sapa lelaki itu

" hm " jawab alya sepatah tidak memandang muka lelaki itu. fokus sangat makan manggis

" ingat saya lagi tak ? " tanya lelaki itu. akya mengangkat muka untuk melihat wajah lelaki itu. cukup dia kenal lelaki itu

" ingat " jawabnya sepatah lagi. dia malas nak melayan lelaki yang suka dengannya itu, alya dari dulu lagi menolak cinta lelaki itu. tanpa disedaru ada mata yang memandang dari pintu dapur. alya melangkah kaki menghala ke pintu dapur

" eh akmal " terkejut alya yang melihat akmal di tepi pintu itu. dia tahu akmal nampak dia dengan lelaki tadi. akmal lantas masuk ke biliknya

" akmal tunggu dulu, aku nak terangkan " kata alya

" takde apa yang nak diterangkan, dah terang terang kau layan lelaki tu" jawab akmal dingin. akmal menghempaskan dirinya di atas katil. mahu merajuk agaknya

" akmal dengar lah dulu , tengok aku kejap " pujuk alya. akmal masih mengendahkan

" sayang ! akmal ! jom makan petang, wan buat kuih melaka ni " jerit wan. akmal terus keluar tanpa memandang muka alya yang masih tercengang itu

KAU YANG TERINDAH Where stories live. Discover now