Selepas beberapa hari duduk di rumah tok dan wan belah alya. harini akmal dan alya pulang ke rumah mama dan papa
" Assalamualaikum mama " sapa alya yang menerjah masuk ke rumah mama dan papa akmal. akmal masih di luar rumah mengangkat beg pakaian untuk dibawa masuk
" eh alya waalaikumusalam " lantas mama memeluk alya
" duduklah alya, mama ada masak ayam berlada ni, alya suka kan ayam berlada ?" kata mama
" dari mana mama tahu alya suka makan ni ?" kata alya dan terus melabuhkan punggung di atas kerusi
" ibu alya yang ajar mama, dia kata kalau dia dah takde, dia minta mama jaga alya, ni pon resepi ibu alya " kata kata mama membuatkan alya menitiskan air mata
" eh alya kenapa ? kenapa ni mama ? lap air mata tu alya " kata akmal yang baru tiba . Alya tersemyum dan terus mencedokkan nasi ke pinggang keluarganya
" hai abang mal hai mama papa , hai kakak ipar " jerit haziqah iaitu adik akmal
" akmal, siapa tu ?" bisik alya ke telinga akmal
" adik aku lah , haziqah " balas akmal
" hai haziqah , duduk lah " kata alya cuba beramah mesra
" cantiknya akak ni , patutlah abang mal suka " usik haziqah. Alya tersipu malu
" kak alya, abang mal baik ke ? ke dia suka buli akak ? dia ni jahat tau kak" kata haziqah sambil mengunyah nasi
" Anis Haziqah ! jangan kacau kak alya " kata akmal dengan membulatkan mata, dia sengaja mahu bergurau lagipun dia dan alya tidak seperti pasangan suami isteri yang lain, dia takut alya tak tahu nak jawab soalan haziqah
" akmal, kita balik lah esok , aku tak selesa lah borak dengan iqah tu, semua benda dia nak tanya pasal kau , aku mana tahu apa apa" kata alya kepada akmal
" tulah kau, padan muka, aku suruh sayang aku , kau taknak, kata ada someone special lah apa lah" kata akmal dalam nada cemburu
" someone special tu jangan main " alya tersenyum sinis
" cakaplah apa beza aku dengan someone special kau tu " akmal cuba mengorek rahsia
" dia lain " kata alya dan terus menarik selimut untuk melelapkan mata
" lain ? tapi jangan lupa aku tetap suami kau, ingat tu alya " pesan akmal lalu menghempaskan badan ke katil. sebelum tidur sebelah alya, akmal kena tepuk bantal. tu syrat alya berikan sebelum tidur disebelahnya
" qayyum mairullah " jerit alya dalam ketakutan
" alya bangun weh , kau mimpi ni " akmal mengejutkan alya dari tidurnya setelah melihat alya seperti ketakutan. Alya membuka mata lantas terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu
"siap qayyum mairullah tu" kata akmal perlahan, dia masih pelik kenapa alya mimpi fasal lelaki itu
" alya, duduk sini kejap" panggil akmal dari balkoni bila melihat alya keluar dari bilik air
"nak tidur" jawab alya sepatah
" aku suami kau, ingat tu" gertak akmal. Alya akur dan terus pergi ke arah akmal
"ha apa?" soal alya
" siapa qayyum yang kau mimpi tadi ? aku nak kau jujur " kata akmal
" entah " jawab alya sepatah
" aku nak kau jujur dengan aku sekarang ! " arah akmal dingin
" ex boyf " jawab alya dan terus berlalu dari balkoni itu
YOU ARE READING
KAU YANG TERINDAH
RomanceSIPNOPSIS ; WRITER BY @WNAARMN Alya Maiysarah dan Akmal Haziq terpaksa berkahwin kerana itu adalah pesanan terakhir arwah ibu dan abah Alya. Alya tidak dapat menerima kenyataan kerana alya masih muda dan terpaksa berkahwin pada usia 22 tahun. Akma...