Pagi yang indah. Udara yang nyaman. Aku melihat pokok-pokok yang segar dan berbuah😍. Inilah kali pertama aku melihat dusun durian di Thailand🙈💕. Aku fikir di Malaysia aje ada buah durian. Rupa-rupanya di Thailand pun ada. Hiksss😂😅😅. Aku tersenyum sendirian apabila teringatkan ketika waktu kecil dahulu,aku selalu menyuruh atuk aku membuka kulit durian yang dipenuhi duri-duri durian. Haihhh,rindu lahh pula aku dekat dusun durian atuk😔😥...
Tiba-tiba senyuman aku mati setelah ada suara garau yang menegurku.
"Hoiii,bestnya khun(awak) duduk tengok-tengok pokok-pokok durian dekat situ. Bukan nak tolong kutip durian di bawah tu." Sindir Ten.
Hekkk eleh,mamat siam ni😑...mentang-mentanglah dusun durian ni nenek dia punya...sesuka hati je bagi arahan dekat aku. Aku ni tetamu,sepatutnya layanlah aku baik-baik. Baru je nak merasai udara nyaman dekat sini. Ciss,tak ada adab langsung ! Semalam baik je,tapi hari ni sudah kejam macam mula-mula jumpa😓😤😑..
Aku menoleh ke arahnya.
"Ya,nak kutip lahh ni..." Aku mengutip buah durian tanpa melihat muka Ten. Menyampah !
"Eh,Ana...kenapa kutip buah durian jugak ni ? Biar je cucu-cucu nenek yang kutip buah durian ni yaa. Ana duduk je yee." Ujar nek Sojakul dengan memberi senyuman.
"Ehh,takpe-takpe. Cucu-cucu nenek tu ramai. Biar je diorang yang buat😊." Aku hanya mengangguk dan kembali tempat yang aku duduk tadi.
Ishhh ! Mamat Siam yang poyo tu, saja nak buat aku sakit hati kann😤.
Selepas siap kutip buah durian di dalam bakul. Ten,Bambam,Nickhun,Tern,Nek Sojakul dan aku duduk di atas wakaf. Kami menikmati makan buah durian😋.
"Wahhh,sedaplah buah durian dekat sini." Aku bersuara kerana daripada tadi sunyi aje😕. Bosanlah sunyi-sunyi ni😔. Kalau dekat dusun atuk pasti bising walaupun keluarga aku suka menyakat aku😂.
"Memanglah. Durian dekat Thailand memang sedap. Jemput kin(makan) Kak Ana😄." Tern mengangkat jari tanda sedap👍.
"Kalau macam tu,kin(makan) lah banyak-banyak durian ni. Nanti balik Malaysia nanti mengidam nak makan buah durian dekat sini pula. Tak ke naya kamu nanti😂." Nek Sojakul ketawa kecil.
"Ok,nanti Ana kin(makan) banyak-banyak eah. Kalau habis jangan marah haaa😆." Aku ketawa mengekek. Heheuwwww.
"Kalau macam tu,ambil durian ni buka sendiri." Ten meletak durian di hadapan aku dan memberi parang untuk aku membuka kulit durian.
Hekk elehh,dia ni...aku gurau je kot tadi. Tu pun nak ambil hati😒. Sayang sangat dekat durian tu😑. Macamlah durian ni untuk dia sorang. Tamaknyaa😤.
"Ten !" Tegur Nek Sojakul.
Ten dan Nek Sojakul bercakap dalam Bahasa Thailand. Apa entah diorang cakap. Nak kutuk aku lahh tu😪. Huh !
Bambam daripada tadi diam. Dia terus mengambil durian di hadapan aku dan mengambil parang. Bambam pula masuk campur bercakap dengan Nek Sojakul dan Ten dalam Bahasa Thailand. Dan akhirnya Nek Sojakul mengangguk tanda setuju👍. Apa entahlah diorang cakap tu. Tak faham.
Bambam membuka kulit durian dan menghulur isi durian yang kuning menyala kepadaku😋.
"Ambil lah." Hulur Bambam isi durian yang berada di dalam kulit durian kepada aku. Aku mengambil isi durian di dalam kulit durian. Bambam tersenyum. Senyumannya semanis madu😊.
"Takpelah,nenek. Ten dah kenyang. Lagi pun kalau makan banyak nanti. Tak pasal-pasal panas nanti😏. Sinis. Ten menjeling ke arah aku.
Amboii,ayat dia. Ikutkan hati aku sekarang juga aku nak berperang mulut dengannya. Geram😡 ! Tapi nasib baiklah boleh dikawal perasaan marah ni😌. Tak pasal-pasal tempat ni jadi pertumpahan darah antara aku dengan Ten. HAHAHAHAHA.. berangan je lebih😂.
Aku menunduk kepala.
"Ten,tak elok cakap macam tu kepada Ana. Kalau ye pun kenyang...tak payah lahh nak sindir bagai." Tegur Nek Sojakul kepada cucunya. Ten hanya mendiamkan diri dan berlalu pergi.
"Ana,maafkan nenek ya sebab kelakuan cucu nenek tadi. Jangan ambil hati sangat lahh ya😊." Aku mendongak melihat Nek Sojakul.
"Tak ambil hati pun,nenek. Betul juga kata dia tu nenek." Senyuman terpaksa walaupun hatiku sedikit rasa terguris😔.
Selepas habis makan,kami membersihkan tempat makan tadi sebelum pulang.
"Ten,nah ambil guni ni.Nenek awak suruh kutip kulit buah-buah durian masuk ke dalam guni ni😌. Khun(awak) ambil satu lepastu dua guni ni bagi dekat Bambam dan Nickhun." Aku menghulur guni kepada Ten.
"Ok. Khun(awak) pun kena kutip kulit durian ni juga tau. Sebab awaklah makan banyak durian tadi😏. Yang lagi satu guni tu ikut awaklah nak bagi Bambam ke Nickhun ke. Saya nak awak kutip juga." Tegas. Senyuman sinis terukir😏.
"Tapi....."
Ayat aku dipotong oleh Ten.
"Takde tapi-tapi. Kutip cepat ! Ni tanah air saya,jadi khun(awak) kena dengar cakap saya. Faham !" Mata Ten dijengilkan ke arah aku.
Aku mengetap bibir. Geram pun ada. Dan aku terus kutip kulit buah-buah durian masuk ke dalam guni yang disuruh oleh Ten a.k.a mamat siam paling annoying yang pertama aku pernah jumpa dalam hidup ini😤. Ada senyuman di hujung bibir Ten tanpa aku sedari.
------------------------------------
Sorry lambat update. Author busy sikit. Keep reading and voting my ff even not best like others people😊💕. Thanks !
@-Gyugyus
YOU ARE READING
Love You , Mr.Thailand [Ten(NCT U)] [SLOW UPDATE]
Teen FictionMengisahkan tentang Nur Farzana pergi ke Thailand untuk menghabiskan masa lapangnya iaitu cuti semester dengan melawati Negara Thailand yang dia tidak pernah jejaki. Tiba - tiba ada seorang wanita tua meminta tolong dengannya untuk menyatukan 3 oran...