Sorry , lambat update. Author busy sikit .
Aku mengemas semua barang dan membawa keluar daripada hotel. Aku mengangkat lima jari untuk memanggil teksi datang. Selepas aku mengangkat lima jari , teksi pun tiba di hadapan aku.
"Sir , can you bring me to this adress ?" Aku menunjuk alamat yang tertulis di atas kertas itu kepada pemandu teksi.
"Sure , miss."
"Thanks." Aku masuk ke dalam teksi dan mengangkat beg galasku.
Beberapa minit kemudian , aku tiba di sebuah villa yang sungguh unik dan cantik. Aku keluar daripada teksi dan membayar 50 bath kepada pemandu teksi itu.
"Wahhh , cantiknya villa ni. Betul ke ni rumah nenek Sojakul ?" Terbeliak mataku apabila melihat villa ini. Aku seakan tidak percaya. Mulutku terganga berbentuk 'O'. Amazing...
Aku menekan loceng villa itu. Dengan automatiknya pintu pagar terbuka. Aku berjalan masuk ke dalam villa itu dan aku disambut oleh pembantu - pembantu Villa.
"Sowadika.." Ujar pembantu - pembantu villa dengan membongkokkan badan.
"Sowadika..." Balasku dengan meletakkan tangan di bawah dagu. Adat orang Thailand.
Tiba - tiba datang Nek Sojakul bersama 3 orang cucu lelaki dan seorang cucu perempuan .
"Terima kasih kerana sudi membantu. Oh ya , ni cucu - cucu nenek. Kenalkan yang di sebelah nenek ni Ten dan diikuti di sebelahnya Tern , Bambam dan Nickhun."
Kesemua cucu nek Sojakul hanya membongkokkan badan sebagai tanda hormat.
Giliran aku pula memperkenalkan diri.
"Nama saya Nur Farzana. Boleh panggil Ana je." Kataku dengan memberi senyuman.
"Jemputlah masuk... Tern , tolong nenek tunjukkan bilik dekat Tern ni." Panggil Nek Sojakul.
"Okeyhhh , Nek."
Tern menunjuk bilik kepadaku. Aku pula terasa tidak selesa duduk dalam villa ni. Ye lah , dahlah ada 3 orang lelaki bujang dalam villa ni. Aku pulak yang tak selesa. Adoiii...kalau beritahu , mesti diorang terasa lah pulak. Lagi pun diorang bukan orang Islam T^T .
"Kak Ana , ni bilik akak ye." Ujar Tern.
Aku hanya mengangguk. Aku meletakkan barang - barangku di dalam bilik , aku pergi ke ruang tamu untuk mencari Nek Sojakul. Tiba-tiba , aku ternampak Ten sedang duduk di ruang tamu. Lalu aku terus bertanya dia.
"Awak , nenek awak mana ?" Tanyaku.
Ten tidak menghiraukan kata-kata aku dan terus menonton televisyen.
Aku ni cakap ngan tunggul ka ? Tunggul ohh tunggul , kenapalah manusia yang sedang tonton tv ni tak jawab soalan aku ha ? Adakah dia pekak , wahai tunggul -,- ?
Tiba-tiba datang Nickhun menghampiriku , lalu aku terus menanyakan tentang neneknya.
"Awak ada nampak nenek awak ? Dia ada kat mana ?"
"Ohh , dia ada di luar. Mari ikut saya..." Senyum Nickhun.
Huhu..nasib baiklahh ada sepupu si pekak ni. Dahlah baik , berbudi bahasa. Tak macam dia. Buat bodoh je ...
"Ok." Nickhun membawaku ke luar dan menunjukkan neneknya. Aku menuju ke arah Nek Sojakul.
"Nekk , apa yang Ana boleh bantu ?"
"Ambik ni... nenek berharap sangat Ana dapat tolong nenek.." Kertas di tangan nek Sojakul bertukar tangan denganku.
"Okeyyy , nenekk.." Aku meletakkan tangan di dahi. Macam tanda hormat dalam citer askar tu lahhh.. haha.. kes terpengaruh punya pasal citer askar descendant of the sun .
Aku masuk ke dalam villa. Tiba-tiba lelaki yang bernama Ten menghampiriku...
"Awak tak payah susah-susah nak satukan kami balik. Tidak akan mudah terjadi." Kata-kata Ten itu amat sinis dan dia berlalu pergi.
Aku terkaku. Rasa macam sakit hati pun ada. Arghhh , gerammm pulakkk aku dengan kata-kata mamat Siam tadi. Dia nak suruh aku give up arr tu ;-;. Tabahlah wahai hati... sorrylahh yeee , aku takkan muda give up !
"Kak Ana !" Panggil Tern.
"Akak ni orang Malaysia eah ? Cantiklah bila ada penutup kepala ni. Boleh akak ajar Tern macam mana nak pakai penutup kepala ni." Aku tersenyum.
"Tern , ni tudung lahh. Bukan penutup kepala. Perempuan Islam yang sudah akhir baligh atau dipanggil cukup umur hendaklah memakai tudung yang melabuhkan paras dada."
Tern sudah terlopong dan mulutnya sudah membentuk 'O'...
"Tapi kan , kenapa jarang Tern nak nampak perempuan Islam pakai tudung selabuh tudung akak ?"
"Ya , memang jarang. Kebanyakkan perempuan Islam pakai tudung shawl , tudung bawal , tudung ariani dan pelbagai lagi. Kak Ana pun kadang-kadang pakai tudung bawal jugakkk.." Terangku kepada Tern.
"Owhhh.. hehe.."
"Mari ikut akak masuk dalam bilik. Akak akan ajar macam mana nak pakai tudung dan terangkan kenapa perempuan umat Islam kena memakai tudung menutupi paras dada." Aku menuju ke bilikku.
"Yeahhh ! Ok , akak..." Tern berjalan mengikut belakang aku.
--------
Sorry , lambat update sbb busy ngan pt3. Sorry tk best jalan citer ni... vote and komen my ff ! Thank youuu .... enjoy reada my ff ..
YOU ARE READING
Love You , Mr.Thailand [Ten(NCT U)] [SLOW UPDATE]
Novela JuvenilMengisahkan tentang Nur Farzana pergi ke Thailand untuk menghabiskan masa lapangnya iaitu cuti semester dengan melawati Negara Thailand yang dia tidak pernah jejaki. Tiba - tiba ada seorang wanita tua meminta tolong dengannya untuk menyatukan 3 oran...