Masa Darjah 3
Aku satu kelas dengan Syafiq. Syafiq betul- betul perangai setan.
Zack pula kelas 3G.Sekolah aku punya turutan.
Dedikasi, Bestari, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Aku selalu masuk kelas Bestari dan Cemerlang tak pernah masuk kelas lain.
Kelas aku dan Zack sebelah- sebelah je.
Masa tu, mata pelajaran bahasa Melayu. Cikgu Anuar. Cikgu idaman. Cikgu Anuar lah paling baik dengan aku sampai kan si Syafiq tu cemburu.
Masa tu, aku duduk depan tau. Belakang ketua kelas otak kuning. Aku dengan Nur. Lepas tu datang lah budak baru ni. Nama dia Nurin.
Masa dia masuk sekolah, aku tak datang sekolah sebab bangun lambat.
Aku nak duduk tempat aku lepas tu Nur kata...
"Ni tempat Nurin."
"Siapa Nurin?"
"Budak baru." kata Winda.
Aku pun pergilah seorang diri mencari meja dan kerusi.
"Aku teman kan kau Syakila." kata Hawa.
Hawa ni baik. Comel. Pipi dia chubby. Dia lah paling baik.
Aku cari lah meja dan kerusi. Jodoh aku kuat.
Kerusi dan meja lebih ada dalam kelas Zack. Aishh.Malu sebab kene angkut meja kerusi tu. Aku bawa meja sebab Hawa ni dia kecil je badan dia.
Aku masa tu duduk belakang sekali. Seorang diri.
Tapi si Syafiq ni selalu gelak kan aku.Cikgu Anuar mengajar macam biasa. Cikgu Anuar akan pilih murid yang dikehendaki untuk baca ayat di buku teks.
Aku fokus je mengadap buku. Nak bergurau tak ada orang sebelah aku. Aku duduk seorang diri.
Tiba- tiba Cikgu Anuar panggil aku.
"Syakila baca ayat yang seterusnya."
Aku berdiri.
"Dah lama tak dengar suara Syakila" cikgu Anuar cakap macam tu.
Suka aku. Sebab banyak cikgu sisihkan aku. Sedih.
Aku baca sampai la habis. Suara aku jadi lain bila baca.
Aku duduk dan aku pandang Syafiq. Dia pandang aku weyh. Tapi cara pandang tu nampak sangat dia cemburu dengan aku. Sebab tak ada cikgu yang perasan sangat pasal aku. Hanya cikgu- cikgu tertentu je perasan.
Aku pula buat muka innocent. Muka ni lah yang aku selalu pakai untuk sakitkan hati orang. HAHAHAHAH.
Aku dengan Nur tak bercakap sangat sebab Nur ni cepat lupa diri bila ada kawan baru.
Lama-lama Hawa pindah sekolah. Serius aku rindu gila Hawa.
Aku berani jamin siapa nampak dia memang terus suka. Muka dia comel. Bila malu muka dia jadi merah terutama pipi dia.Aku mula duduk kat belakang tapi barisan meja guru. Hari tu, aku duduk dekat barisan hujung sekali. Satu barisan dengan Syafiq.
Hari tu, Izah tak datang sekolah. Aku duduk tempat Izah sebelah Winda. Winda dengan aku kalau buat kerja yang cikgu bagi aku pusing belakang.
Kejap lagi waktu rehat. Sekarang mata pelajaran cikgu Anuar bahasa Melayu.
"Siapa yang tak diam tak boleh rehat." kata Cikgu Anuar.
Satu kelas terus diam.
Aku dan Winda kemas meja sebab bersepah dengan buku.
"Winda boleh rehat. Siapa kawan Winda boleh rehat sekali." Nampak tak permainan cikgu Anuar dekat situ.
Aku dan Winda bangun. Winda pegang tangan aku.
"Cikgu, Syakila menipu. Dia tak kawan Winda pun." Itu dia suara pembangkang yang bernama Syafiq.
Syafiq pandang aku. Dia marah sebab aku rehat dulu. Dengki si Syafiq ni.
"Syakila dengan Winda siap pegang tangan lagi. Winda , kamu kawan Syakila?" soal Cikgu.
"Kawan." balas Winda.
"Kamu boleh keluar. Syafiq, kamu dengki dengan Syakila ke?" soal Cikgu Anuar.
Terdiam si Syafiq ni.
Aku pula pandang dia dengan muka innocent. Sakit hati kan. Padan muka! MUAHAHAHAHA!
Aku pergi beli makanan dekat kantin. Aku tunggu Winda dekat meja budak lelaki sebab meja depan dah penuh dengan budak hot. Meja depan tu hanya untuk budak hot.(mesti sekolah korang ada macam tu kan)
Aku tunggu. Lama pula tu.
Aku nampak Zack and the geng. Dia orang duduk dekat meja yang tak jauh dari aku.
Aku curi- curi tengok.
Winda lama sikit lagi. Crush aku depan mata ni.
"Jom." kata Winda.
Baru aku suruh lama sikit tapi cepat pula dia datang.
Aku lalu depan Zack. Muka cool Syakila is back.
Waktu rehat dah habis. Aku masuk kelas. Aku tengok Nurin dengan Nur berborak.
Teringat masa aku duduk dekat sebelah Nur.
Teacher bagi surat khabar dan suruh kita orang ambil gambar yang berguna. Masa tu buat kerja berkumpulan. Ketua kelas dan kawan sebelah dia pusingkan kerusi dan mengadap kita orang.
Aku tak boleh buat kerja sebab si Zarif ni buat lawak bodoh dengan Nik. Nik mata dia hazel. Cantik. Tapi sayang , handsome lagi crush aku.
Tiba- tiba Nik dengan Zarif bisik- bisik.
"Korang bisik pasal apa?" tanya aku.
"Kalau aku bagi tahu , kau jangan bising." Kata Zarif.
Zarif bisik dekat aku.
"Kau tengok ni betul - betul."
Zarif tunjukkan gambar sepasang kekasih yang kiss. Gambar tu kecil gila tapi Zarif nampak.
"Otak kau tercemar." kata aku.
"Nak tahu juga." Kata Nur.
Aku tengok Zarif tunjuk kat Nur. Nur terus tutup mulut.
Kitorang gelak-gelak dan aku perasan ada orang pandang. Iaitu musuh sejati aku, Syafiq. Muka dia macam nak makan orang.
Sekarang ni hanya duduk belakang.
Peperiksaan akhir tahun bermula. Aku suka bila dah musim periksa ni sebab tak ada sesi tiru meniru dan lepas siap jawab kertas periksa aku boleh main atau tidur.
Nur duduk belakang aku.
"Syakila bagi aku tiru kau. Susah lah soalan nombor 36 ni." Nur bisik- bisik dengan aku.
Aku pun tak tahu lah asala aku bengap bagi dia tiru. Aku angkat kertas tinggi- tinggi bagi dia tengok jawapan aku. Nasib baik tak ada cikgu.
"Dah." Kata Nur.
Aku pula sambung tidur.
Keputusan periksa dah keluar and guess what?
Aku dapat nombor 4 dan Nur dapat nombor satu. Musuh sejati aku dapat nombor akhir.
Aku dengan Syafiq selalu lawan nak dapat nombor tertinggi.
Hari tu, aku dapat nombor 4 dia nombor 5. Lepas tu, aku nombor 9 dia 15. Dan bila peperiksaan akhir tahun dia gagal.
Dengar cerita ayah dia suruh dia balik jalan kaki. Mesti penatkan. Rumah dia dengan aku dekat sangat. Jadi memang penat sebab sekolah kitorang jauh sangat.
Bila tengok nombor kedudukan dalam peperiksaan, kitorang akan pandang muka masing- masing. Dan semestinya aku yang menjakun sebab aku selalu dapat nombor atas dia.
Macam- macam yang Syafiq ni buat tapi aku pula boleh je dengar cakap dia. Tapi bila dekat sekolah kitorang musuh yang aku sentiasa menjeling maut dan bila dekat rumah jadi kawan.
A/N:
Ni kisah masa darjah 3. Author akan update dari awal persekolahan.
YOU ARE READING
My Crush
Random🌸🌸 Kisah tentang aku dan crush aku. 🌸🌸Semuanya bermula bila abang aku kawan dengan dia 🌸🌸Tapi kenapa dia buat aku makin suka dia