Darjah 4
Aku masuk kelas 4Bestari dan Syafiq pun satu kelas dengan aku. Dia senyum bangga sebab walaupun dia dapat nombor akhir dia dapat masuk kelas nombor 2.
Nur yang dapat nombor satu pun masuk kelas 4B. Patutnya masuk 4Dedikasi.
Aku duduk sebelah Muaz. Muaz is A big guy. Anak ustazah.
Masuk sekolah aku duduk sebelah budak baru iaitu Hana.
Tapi Cikgu Hazlin yang kejam pindahkan tempat. Semua perempuan kene duduk sebelah lelaki supaya tak banyak berbual.Aku fokus belajar. Well aku seorang pelajar yang baik.
Cikgu Hazlin mengajar sungguh seram. Terasa benci pula belajar subjek Bahasa Malaysia ni. Aku nak cikgu Anuar.
Habis je waktu mengajar Cikgu Hazlin. Aku nak pergi tempat Hana nk berborak. Sebab aku bosan duduk tepi Muaz. Budak ni asyik makan je meleleh air liur aku.
"Weyh, aku nak keluar ni." kata aku.
Aku duduk tepi dinding. Muaz duduk belah luar memang susah aku nak keluar.
Muaz angkat kerusi dia sikit. Aku kecil kan perut.
"Tak muat!" kata aku yang cuba untuk keluar.
"Siapa suruh kau besar sangat?" Muaz jawab.
Budak bengap ni. Aku kurus macam lidi kau kata besar. Kau tu!
Akhirnya aku berjaya keluar dari situ.
Aku borak-borak dengan Hana. Cakap pasal kerja rumah.
Aku nak duduk balik sebab nampak Cikgu Afidah nak masuk.
"Aku nak masuk." kata aku.
"Itu pun mak bagi tahu ke?" balas Muaz.
Aku cuba untuk masuk tapi tak muat. Aku tolak kerusi Muaz kuat supaya aku boleh lalu.
"Weyh perempuan sakit la perut aku!"
"Aku memang perempuan pun. Takkan aku pondan kot." aku duduk lepas tu pasang muka innocent.
Orang memang akan ingat aku ni baik tapi kalau kau cari masalah dengan aku keluar lah setan aku ni. Contohnya Muaz.
Cikgu Afidah ajar seni. Seni kali ini ialah melukis corak.
Cikgu kata tak kisah la corak apa pun.
Aku pun lukis la kek cawan. Kata tak kisah kan.
Aku selamber je selongkar pensil case Muaz nak ambil pemadam.
Semua fokus.
Budak-budak sekolah petang dah datang. Waktu balik dah dekat.
"Siapa tak siap tak boleh balik." ayat Cikgu yang mengugut.
Aku tinggal warnakan je.
Aku nak ambil warna merah. Tapi Muaz ambil dulu.
"Aku nak tu." kata aku.
"Ni colour aku."
Dia sengaja mencabar aku. Dah la tinggal 15minit nak balik.
Aku ambil kertas lukisan aku. Aku tolak kerusi dia dan pergi meja belakang baris tengah sebab semua orang pinjam colour Roza.
Aku duduk sebelah Shahir anak cikgu. Tak kisah la duduk sebelah siapa pun yang penting aku nak balik nak tengok Zack. Zack ni susah nak jumpa sebab kelas dia jauh dari aku.
Aku colour bukan main buruk sebab nak balik. Budak sekolah petang masuk kelas ikut pintu belakang untuk mengintai kerja yang akak dan abang sekolah pagi buat.
YOU ARE READING
My Crush
Random🌸🌸 Kisah tentang aku dan crush aku. 🌸🌸Semuanya bermula bila abang aku kawan dengan dia 🌸🌸Tapi kenapa dia buat aku makin suka dia