Darjah 5
Aku masuk kelas 5C. Syafiq masuk kelas 5G. Zack pun 5G.
Budak lelaki yang popular masuk kelas 5G. Nak mencari jodoh sila ke kelas 5G.
Masa tu, ada budak baru masuk kelas aku.
Nama dia Ika.
Cantik.
Tinggi.
Pandai.
Masa tu, Ika dah couple dengan Daus. Budak kelas 5G.
Ika bergaduh dengan Daus dan aku menjadi posman dengan rela hati. Sebenarnya motif aku nak jadi posmen sebab Zack sama kelas dengan Daus.
"Teacher may i go to toilet?" tanya aku.
"Okey. Cepat sikit." balas Teacher Normah guru bahasa English.
Tangan aku genggam sekeping surat yang dikirim kan untuk Daus.
Kebetulan nak pergi tandas akan lalu di kelas 5G.
Aku panggil Daus. Nasib baik Daus duduk dekat meja belakang. Cikgu tak perasan.
Lepas bagi surat tu, aku dan Niza pergi ke tandas. Aku sempat pandang Zack. Zack tengah borak-borak dengan geng dia.
Pergi ke tandas dan mengosip la.
"Kau baca apa yang Ika tulis?" kata Niza pada aku.
"Baca."
Mula lah cerita kita orang. Lepas 5minit tu, kita orang keluar tandas. Sebelum masuk ke kelas kita orang pergi ambil surat dari Daus untuk bagi Ika.
Ika suruh aku bagi Daus lagi.
Kali ni teacher Normah dah tak bagi keluar. Aku keluar senyap- senyap ikut pintu belakang.
"Daus!" aku panggil.
"Syakila panggil kau." Zack kata pada Daus.
Daus datang dan aku serahkan surat tu.
Semua kawan Daus baca surat tu. Termasuk Zack.
Aku jalan macam biasa dan masuk ikut pintu belakang. Aku bagi surat tu dekat Ika. Ika nampak marah dan dia buang surat tu.
Tiba-tiba Daus datang ke tingkap kelas kita orang dengan alasan nak asah pensil sebab kelas dia tak ada tong sampah. Itulah peluang Daus dan Ika berborak.
Timbul cemburu dalam hati aku. Bila lah aku dengan crush aku nak macam tu? Nampak sweet je.
Sekolah aku ada list famous couple.
1. Iskandar dan Amyra
2.Daus dan Ika.
3. Amir dan Liyana
4. Izan dan Adila
5.Salman dan Ayu
6. Faris dan Maria
Top couple yang Famous. Dia orang famous.
Hot stuff yang single
1. Zack
Dia seorang je. Dia macam tunggu seseorang. Aishh siapa lah budak bertuah tu.
Petang tu, disebabkan tak ada homework aku keluar lepak.dekat pondok. Sha datang dan ajak main.
Masa tu ada Syauqi, Syafiq, Iman dan Sha. Kitorang main monyet- monyet. Siapa yang kene..kene jadi monyet.
Iman panjang pokok rambutan. Pokok tu hampir jatuh dekat dalam parit sebab Iman berdiri hujung dahan. Syauqi pun dah hampir jatuh. Aku dan Sha lompat nak pegang kaki dorang dan dia orang jatuh dalam parit. HAHAHAAHAHAHA!
Iman pula terus balik. Syafiq tak jatuh. Syauqi dah jatuh. Kita orang perhatikan Syauqi yang sibuk nak tangkap ikan tu. Shafiq pula masuk dalam parit sebab dia nak tangkap ikan.
"Syakila, try masuk. Anggap ni kolam." kata Syafiq.
Kepala kering kau kolam. Tu parit la.
"Tak nak aku. Kau nak mandi pergi mandi sesorang." balas aku.
Bulan puasa dah tiba. Aku dan Sha plan nak pergi sembahyang terawih sesama. Dugaan weyh nak solat terawih ni.
Malam pertama solat terawih. Blackout dekat surau.
Malam kedua. Aku dalam kawan baru.
Malam yang seterusnya, kawan baru aku tu semua nya baik kecuali budak yang duduk dekat flat yang tak siap tu.
Nama dia Baby. Orang panggil dia Baby.
Aku tengah solat terawih, dia pergi ambil super ring dan letak dekat bibir aku. Aku pejam mata. Bila buka mata dia buat muka bodoh depan aku. Aku terus tergelak.
Sebenarnya, kita orang tak sembahyang tapi main. Aku pula tak sangka yang datang surau. Dia orang lepak luar surau. Tak sembahyang pun.
Masa tu, Baby kejar aku satu surau sebab nak sumbat makanan dalam mulut aku. Aku dah la kenyang masa tu. Aku terlanggar si Syafiq. Zack and the geng pun pandang.
"Aku bagi tahu umi kau main dekat surau." ugut Syafiq.
"Kau jangan lah main lari- lari dekat sini." Abang aku tegur.
Aku masuk dalam tempat perempuan.
Masa nak balik tu, aku balik jalan kaki dengan Sha. Rumah kita orang tak ada lah jauh sangat dengan surau. Eh , masjid bukan surau.
Kita orang lalu sebelah flat yang seram. Aku cuba ingatkan dalam hati yang ni bulan puasa tak ada apa-apa.
Dan tiba-tiba....
"Baaa!!!!!" Syafiq menjerit belakang aku dan Sha.
Longgar jantung weyh. Dah la jalan tu gelap. Seram pula tu.
"Tau takut." kata Syafiq.
"Korang balik la dulu." Kata aku.
Syafiq dengan abang aku naik basikal.
"Kita orang teman kau balik." kata Syafiq.
Abang aku dan Syafiq jalan belakang kita orang.
![](https://img.wattpad.com/cover/133606364-288-k496911.jpg)
YOU ARE READING
My Crush
Random🌸🌸 Kisah tentang aku dan crush aku. 🌸🌸Semuanya bermula bila abang aku kawan dengan dia 🌸🌸Tapi kenapa dia buat aku makin suka dia