05

1.6K 80 0
                                    


Darjah 4

Cikgu Rafie mengajar subjek kemahiran hidup. Aku tak tahu apa-apa pasal kemahiran hidup ni.

"Assalamualaikum. " ada pelajar yang bagi salam di luar kelas.

"Waalaikumsalam. Nak apa?" kata Cikgu Rafie. Ganas cikgu ni.

Pelajar tu masuk dan aku tak pandang pun sebab aku tengah tiru homework Muaz.  Aku tiru science sebab budak ni power dalam science.

"Sir Harith nak pinjam maker pen." kata pelajar tu.

Aku terus pandang sebab aku kenal suara tu.

Zack!

Dia pandang aku. Aku berjaya buat muka innocent.

Aku sambung buat kerja tapi aku curi-curi pandang dia.

Setelah sekian lama aku tak jumpa.  Dia datang ke kelas aku. Apakah ini petanda?

"Okey. Cikgu nak kamu siapkan bingkai gambar menggunakan kotak. Markah projek tu 60% dari markah periksa. Kalau kamu tak buat markah akan ditolak." Kata Cikgu Rafie.

Kenapa?

Aku dah la tak pandai.

Balik je rumah aku terus nak siapkan projek tu. Aku pergi kedai cari kotak. Serupa orang gila aku.

Aku kayuh basikal pergi ke kedai runcit. Aku pakai seluar sukan dan T-shirt kosong. Rambut aku ikat.

"Acik, nak kotak dua." kata aku.

Acik tu ambilkan kotak tu. Acik kedai tu jiran aku sebenarnya.

Bersungguh-sungguh aku buat bingkai gambar tapi tak jadi. Abang Romeo datang.

"Nak buat apa ni?"

"Cikgu suruh buat bingkai gambar."

"Ni ke?"

Abang Romeo angkat bingkai tu. Muka dia nampak macam dia menghina hasil aku. Tak guna punya abang saudara.

"Meh abang buat kan." Abang Romeo tawarkan diri.

"Betul ni?!"

Abang Romeo is smiling. Petanda baik. Aku akan lulus.

Aku perhatikan Abang Romeo buat.

Tapi bila tengok muka abang Romeo nak tergelak sebab teringat bila aku terdengar dia telefon awek dia masa dia tengah buat hajat. Pengotor. Hahahahahahahah.

Hari ni hari sabtu. Masa untuk bermain.

Sha selalu datang rumah aku. Kekadang Syaz ada datang rumah aku. Sha dan Syaz ni sebaya. Aku tua tapi aku comel.

Hari ni,  aku dan Sha duduk dekat pondok main kedai-kedai.

Aku nampak Syafiz dan abang dia iaitu Syauqi pergi parit tepi pondok tu.

Rutin harian Syauqi ialah tengok perangkap dia dapat ikan ke tak. Si Syafiq pun sama.

Tapi hari ni semua membangang.

Farid jiran aku. Dia sebaya abang aku.

Syauqi dapat ikan besar ibu jari aku. Dia siang ikan tu lepas tu panggang.

De hekk!!

Masa tu ada ramai. Ada aku,  Sha,  Syauqi,  Syafiq,  Farid dan abang aku Iskandar.

Dia orang kongsi ikan yang besar ibu jari tu. Ada rasa ikan ke? Dah la ramai.

"Syakila kau nak tak?" Syafiq pelawa aku.

"Aku makan pun tak kenyang baik tak yah makan." balas aku.

Aku tengok dia orang makan. Makan orang zaman batu makan ikan besar ni lepas tu kongsi.

Zack and the geng datang. Nasib baim dia orang dah habis makan kalau tak Zack mesti join sekali.

Zack ajak abang aku keluar. Ronda- ronda di tempat yang budak- budak lepak.

Aku,  Sha dan Syafiq main nyorok- nyorok. Syafiq kira ,  aku dan Sha menyorok. Tempat Sha atas bumbung pondok. Aku pula atas rak yang ada dalam pondok tu. Tempat yang Bagus untuk menyorok.

Aku perhatikan si Syafiq ni cari aku. Susah kan nak jumpa.

"Keluar lah! Susah cari korang!" Jerit Syafiq.

Aku turun dari rak dan Sha turun dari bumbung.

"Bongok kau. Nyorok dekat tempat macam tu mana aku jumpa."




Tengah hari tu,  aku pergi duduk dekat pondok. Syafiq datang.

"Kau nak putih melepak macam aku tak?" tanya Syafiq.

"Nak!" aku yang bengap pun teruja sebab nak putih.

"Kau tengok aku. Aku putih sebab main panas. Matahari boleh putih kan kau. Kau tengok tak orang putih dalam tv. Dia orang siap berjemur lagi untuk putih." terang Syafiq.

"Yeke? Nanti aku berjemur." balas aku.

Syafiq pula duduk dekat pondok borak- borak dengan aku.

Keesokannya , aku pergi berjemur dalam panas. Aku pergi kebun umi.  Acah- acah nak cabut rumput. Nampak kan lembab aku dekat situ.

Malam tu, Syafiq datang mengaji. Umi aku ajar budak mengaji.

Aku tegur Syafiq sementara tunggu Syaz dengan abang-abang dia datang.

"Aku dah berjemur tapi tak putih macam kau pun."

"Manalah aku tahu. Yang aku tahu bila aku kene panas aku jadi putih lepas tu merah."

Aku pun termenung.

"Assalamualaikum. " Syaz dan abang dia bagi salam dan masuk rumah.

Aku pandang Syaz lepas tu senyum. Saya pun senyum.



Korang nak tahu cara aku kenal Syaz?

Masa tu,  kak Era duduk rumah Syaz. Dan masa tu, acik Ica duduk rumah aku. Kak Era dan acik Ica kawan.

Masa tu ada kereta kancil depan rumah aku. Dan aku nampak budak perempuan rambut macam ally cat. Serius aku rasa rambut dia unik sebab aku masa tu tak pernah nampak rambut kerinting. Rambut aku pula jenis yang lurus.

Dari situ aku nampak dia.  Dan Syaz ni suka senyum dan tersengih-sengih macam kerang busuk.

Ada sekali tu.

Malam jumaat cuti mengaji. Aku dan Sha rajin sangat nak baca yassin.

Masa kitorang baca yassin tu. Abang aku tengah repair basikal depan rumah. Zack dan Faris datang.

Masa tu Sha ada syok dekat Faris.

Aku dan Sha baca yasin kuat- kuat. Nak bagi Zack perasan aku.

Zack ketawa bila dengar kitorang baca yassin sebab suara macam pakai microphone. 


My  CrushWhere stories live. Discover now