"Cikgu Sal, boleh saya tanya?", tegur Cikgu Hilmi ketika berselisih di koridor menuju ke bilik guru. Cikgu Sal berbunga dihati, apataknya Cikgu Hilmi yang masih bujang menegurnya, walaupun bujang terlajak, yang penting b.u.j.a.n.g. Jarang sangat Cikgu Hilmi bersuara jika tak perlu. Selalunya senyum saja, itupun dah berbunga bunga hati cikgu perempuan di sekolah ni.
"Ada apa cikgu?", dilembutkan suaranya. Padahal satu sekolah tau kelantangan suaranya yang tak perlu guna pembesar suara ketika perhimpunan.
"Siapa budak tu?", tanya Cikgu Hilmi menunjuk ke arah seorang pelajar perempuan yang terkocoh kocoh berlari dari pagar sekolah menuju ke blok mereka berada.
"Dia tu.. Emilia. Semua cikgu kenal dia tu", terjuih mulut Cikgu Sal seolah mengumpat.
"Saya tak kenal", balas Cikgu Hilmi memandang ke arah tangga, budak tadi mencungap mengambil nafas setelah sampai ke tingkat di mana dia dan Cikgu Sal berdiri.
"Assalamualaikum cikgu", sapa budak perempuan tadi, berhenti dan tunduk sewaktu melepasi mereka berdua. Kemudian berlari anak ke kelasnya.
"Cikgu baru lagi. Lagipun penempatan sementara. Takkan semua kami nak cerita". Sungut Cikgu Sal berjalan menuju ke kelas.
**p.s:
Untuk pembaca baru:
Sila perhatikan nombor bab kerana ada berlaku kecelaruan urutan beberapa bab selepas bab tiga kosong dan ke atas. Diharapkan ini tidak memudarkan mood pembaca sekalian.
Buat pembaca yang sentiasa menantikan update, tak lama lagi dah nak complete Love??Hakthuiii. Bersabar yer.
I will try to finish up Yang Kedua after this.
Segala kesulitan amat dikesali.
Enjoy your reading guys!!😘
-mac 31, 2018 @ 1048