lima kosong

12.7K 255 75
                                    


"Siapa Emilia ni? You kenal mana?".
Aku kenal suara tu - suara Lisa. Saat itu, aku baru lepas mengemas tingkat atas, nak dijadikan bilik pengantin  dan pelamin nanti. Ingatkan nak turun. Langsung tak jadi.

Makin dekat tarikh kenduri, makin kerap kami balik kampung. Ada saja urusan mak. Dan setiap kali itulah, Lisa akan muncul. Dia takkan hulur tangan bersalaman denganku jika aku tak hulur dulu.

Aku duduk di tepi pintu bilik Suhaila, mencuri dengar. Bila masa dia datang pun aku tak sedar. Mak kat mana tah. Hanya dengar suara Lisa, Ayie dan rengekan bayi.

"Bakal isteri I la. Mana kenal tu bukan masalah you pun. Selama ni pun, you tau perempuan keliling pinggang I kan. I bagi kad ni untuk jemput you datang. Bukan jadi modal untuk you soal selidik".

"Tak de la. I nak tau je. Diam diam nak kawin. Tu yang nak kenal. Hebat dia ni. I ingat I sorang je yang mampu ikat hati you".

"You datang je la nanti. Boleh kenal masa tu".

Huh.. aku dalam rumah ni. Bagitau je la kat Lisa tu. Susah sangat? Yang Lisa ni tak pernah nak tanya nama aku. Padahal dah lama tengok aku ada kat rumah ni. Dia dating dulu pun aku dah wujud. Ke dia lupa nama aku?

"Kita macam mana?". Lisa bertanya.
Apa yang aku dengar ni? Lisa dan Ayie?

"Apa yang macam mana?"
"Yang malam malam kita bermesej tu".
Aku mengensot lebih dekat ke tangga.

"Eh.. Lisa. Bila sampai?"
"Makcik... baru lagi. Ke mana tadi?"

Ala mak ni... kacau betul.
Hmmm... nak check ke tak telefon Ayie ni?

*******

Hasri

Sungguhpun dalam hatiku gembira, debar tu tetap ada menghitung hari. Paling merisaukan aku adalah kehadiran dua wanita yang pernah berada dalam hidupku dulu muncul kembali saat aku meniti hari hari terakhir hidup bujang.

Lisa ni, tau je bila aku balik. Tanpa jemu, mesti datang. Ajak keluar la. Ajak makan la. Walaupun aku menolak. Kalau mesej ni, tak payah cakap la. Aku tak layan pun jika dia mula merepek repek.

-jangan buat I macam ni.

-buat apa?

-please. I nak kita macam dulu

-lisa, you yang tinggalkan I. Ingatlah. You ingat senang I nak lupakan apa yang you buat?

-you pun tak setia.

-yes. I admit. Tapi bila kita dah serius nak kawin, I tinggalkan semua tu. You yang mintak I berubah. Tapi you?

-I am sorry. Bagi la I peluang sekali lagi. At least for Syifa. Dia serasi dengan you. Syifa perlukan bapa.

-lisa, I dah nak kawin. Tolong jangan ganggu I. And pasal Syifa, tak bermakna I tak kawin dengan you, dia tak dapat jumpa I.

-macam mana dengan I?

-you? Bukan masalah I.


"Ayie.. buka la pintu ni. Lia nak turun". Keras bunyi suara Lia. Kebelakangan ni, Lia tak seperti dulu.

"Kenapa sekarang ni sayang lain sangat?"

"Lain? Lia tak lain. Abang yang lain. Dah la, buka pintu ni".

"Apa yang lain? Tell me". Perkara macam ni tak boleh dibincang di rumah. Nanti mak dengar. Aku tak mahu mak susah hati.

"Tiga tahun kononnya tiada siapa. Ni lagi beberapa hari nak nikah, apa yang Ayie buat? Siapa yang Ayie layan? Ayie kawin dengan Lia sebab nak menutup rasa bersalah kan?"

"Layan sapa? Bersalah apa?"

"Ayie tau sendiri la benda ni. Ke nak Lia ingatkan kejadian malam tadi?". Aduhh... mana dia tau ni.

"Petang ni Lia balik sendiri. Ayie tak perlu ambil. Pergi la mana nak pergi dengan perempuan tu". Lia menghempas pintu kereta. Marah betul dia ni.

Salah aku. Memang salah aku malam tadi. Teman sekerja, Debby dari Amerika Syarikat ada tugasan di sini selama sebulan. Dia pernah menjadi teman sukariaku dulu. Sewaktu aku menghantarnya ke kondo selepas happy hour dengan beberapa orang teman lain, dia memelukku erat, enggan membenarkan aku keluar dari kondonya. Kejadian berlaku betul betul depan pintu. Kebetulan ada pula beberapa penghuni kondo lain keluar dari lif. Aku tak nampak siapa di antara mereka dan ke pintu kondo yang mana.

Aku memandang Lia dari jauh. Kenapa makin banyak rintangan dalam perjalanan kami untuk menghalalkan hubungan ni?

******

Emilia

"Dee, bawak aku dengan Nida pergi Sport Arena. Rasa nak makan ikan bakar la, kan Nida. Naik uber kau, aku bayar. Dont worry".

Aku bermain mata dengan Nida yang baru melabuhkan punggung disebelah aku. Zaidi, buah hati pengarang jantung Nida tersenyum lebar. "Lunch aku pun kau belanja?", tanya Zaidi.

"Melampau la tu. Makan sendiri sendiri la", balasku. Nida tergelak besar.

Satu tabiat Nida ni, lepas makan mesti buat lawatan ke tandas. Jadinya selepas makan tadi, dia pun lesap meninggalkan kami. Dan berpesan supaya tunggu di kereta.

"Emilia"
Aku menoleh ke arah suara itu. Hasri.
"Buat apa kat sini?"
"Baru sudah lunch". Dia memandang Zaidi disebelahku.

"Hasri, hurry. The queue is getting longer". Tangan perempuan itu merangkul lengan Ayie dan menarik pergi jauh dariku.

"Dee, perempuan tu kan?"
"Haah. Pintu sebelah. Dah dua minggu dia kat situ. Baru semalam aku nampak bakal suami kau kat situ".

Aku bersandar di kerusi belakang. Harus aku berdiam seperti dulu atau bersuara? Patutkah aku teruskan atau batal saja pernikahan kami?

"Kenapa Emi tu?", tanya Nida pada Dee sebaik masuk kereta. Aku sekadar memasang telinga.

"Terjumpa couple semalam tu. Pintu sebelah".

"Ohhh. Kau bagitau Emi pasal tu. Eiii... kan aku suruh kau rahsiakan", kata Nida menampar lengan Dee.

"Sakit la. Aku tak boleh la. Aku kesian kat Emi. Macam kena tipu".

"Takpe Nida. Atleast I know something before getting married". Aku bersuara.

"Kau jangan buat gila Emi. Lagi berapa hari je ni".

"Let see how. I just go with the flow".

"Kau fikir betul betul. Dee ni, kau siap kang". Dee mengaduh. Aku tau dah, mesti kena cubit dengan Nida si ketam betina.



Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now