"Mana cantik, ni ke tu?", soalan kutujukan kepada Ayie yang sibuk dengan telefon. Tadi ajak aku beli baju raya tapi ni sibuk dengan hal kerja. Dari tadi dengan telefon tu.
"Dua dua cantik", jawab Ayie tanpa memandang. Ni yang aku tak suka, sabar Emilia sabar.
Aku ambil dan bayar guna kad kredit yang diberi, Ayie masih bercakap di telefon.Sampai di rumah, aku meletakkan beg kertas berisi baju raya ke sofa dan masuk ke bilik. Pintu kututup rapat. Sakit hati aku, Ayie sekarang tak macam dulu, sibuk sangat. Aku pun sibuk. Tapi bila masa berdua, aku letak ke tepi semua perkara lain. Ye ke Ayie sibuk dengan kerja? Mungkin benar kata Kak Shila. Sekurang kurangnya, dia nak bawa aku keluar berdua dan berbelanja pun kira dah rahmat besar, aku memujuk hati. Buat biasa jer Lia.
"Lia, kita balik kampung Kamis ye. Tapi dari esok, Ayie berbuka di luar. Banyak pula jemputan berbuka dengan pelanggan dan pembekal dah hujung hujung puasa ni", ujar Ayie dari sofa masih memegang telefon. Tah apa yang dibuatnya, kalaulah aku ni telefon tu, bahagianya. Aku yang berada di meja makan sedang mencari bahan tugasan di dalam Google, terhenti.
"So, 3 hari la Lia buka sendiri?"
Ayie memandang aku, kemudian telefonnya kembali; "Lia nak ikut sekali?".
"No thanks".
"Sure?"
"100% sure. Besides, nak cakap apa kat diorang kalau tanya siapa Lia", aku sengaja menduga dia. Ayie meletakkan telefon dan memandang padaku. Aku perasan tapi sengaja buat tak tau, konon masih terus menggali infomasi dalam Miss Google.
"Lia? Kenapa ni? Kalau nak ikut, Ayie bagitau secretary".
"Tak payah la. Takkan nak bawa Lia dan Anis sekali", kataku kegeraman tapi penuh sindiran.
"Anis? Why her?", soalnya pelik.
"Dah la. Lia nak tidur, esok nak bangun awal untuk sahur". Aku menutup komputer dan masuk ke bilik."Lia menangis?", aku tersedar dari lena. Ayie mengesat hujung mataku. Aku mimpi aku keseorangan ditinggalkan di dalam hutan belantara, gelap hanya ada bunyi bunyi yang menakutkan. Aku rasa kosong dalam jiwa.
"Bad dream. Why sayang?", soalku dan memegang tangan Ayie yang menyentuh wajahku tadi. Aku kenal sentuhan tu, sentuhan menginginkan sesuatu. Aku mencium telapak tangannya. Aku mengensot ke tengah katil, untuk memberi ruang kepada Ayie yang ingin berbaring di sebelahku padahal memang ada ruang kosong dibelakang aku. Sengaja. Tangannya membelai rambutku.
"Lia ok tak?", bisiknya.
Aku mengangguk, "dont worry about me. Sampai bila Lia nak bergantung pada Ayie kan?""Good girl. Lia sekarang dah matang. Body, mind and thinking. Cukup dah kot untuk memasuki alam yang lebih mencabar". Ayie mencium dahiku.
"Kalau Lia dapat kerja, kita macam mana?"
"It is time for me to let you go. Have your own life".
"Macam tu je?", pedih hati ni mendengar jawapan tu.
"Kita saling tolong menolong, I give you something you need and so do you. Bila Lia boleh dapat sendiri apa yang Ayie bagi selama ni, buat apa Lia nak tinggal dengan Ayie". Aku terdiam walau dirangsang Ayie."Lia...", bisiknya meniup telingaku.
"I want it now". Bila kalimah itu dibisikkan maknanya aku yang memainkan peranan utama. Mood, please come here.Aku meredah bazar Ramadan tak jauh dari kolej. Pertama kali seorang diri. Selalunya dengan Kak Shila. Dia berbuka dengan 'papa' hari ni, buat kali terakhir sebelum balik ke Sabah. Aku terasa bahu disentuh ketika sedang beratur untuk membeli air.
"Hello sweetheart...". Izham disebelah aku, tersenyum. Aku membalas.
"Rindu awak", katanya selepas aku selesai urusan pembelian. Aku lihat dia menjinjing plastik, maknanya dah berbelanja."You berbuka di mana? Jarang nampak beli kat sini. Bukan selalu you masak ke?"
Banyaknya soalan tuan peguam ni, "I buka seorang hari ni. Tu malas nak masak".