empat empat

20.2K 280 66
                                    


Aku pulang dengan hati yang membengkak selepas tumbukan padu melayang ke muka Saiful. Perutku sebu. Isteri?? Merah inai di jari perempuan tu, pasti baru lagi bernikah. Aku teringat- ingat pada Lia dan anak anaknya. Ahhh... tak keruan jadinya aku.

Kunci kereta, wallet dan jaket. Done. Aku memandu ke rumah Lia. Aku berhenti di depan rumahnya. Hanya ada kereta Lia. Kereta Saiful tiada, maknanya dia bersama perempuan tadi.

Lampu tingkat bawah sudah terpadam. Hanya lampu di bilik utama yang menyala. Aku nampak bayangan budak melompat lompat atas katil. Tingkap yang hanya ditutupi dengan langsir jarang membolehkan aku nampak Lia sedang mendodoikan baby Hana. Rambut Lia separas dada beralun mengikut rentak dodoiannya. Setelah beberapa lama, lampu kalimantang ditutup, hanya lampu tidur yang menyala. Tiada lagi bayangan Aryan melompat. Lia memandang keluar tingkap sambil mengikat rambut. Lama Lia bersandar memandang bulan separa penuh. Wajahnya muram, sedih. Aku kesal membiarkan Lia begini. Semuanya sebab aku, Lia menderita.

Aku kembali lagi pagi ni, satu malam aku tak mampu melelapkan mata. Satu malam aku diburu dosa dosa lampau. Setiap kali aku menutup mata, bayangan Lia datang menghampiri.

Aku nampak Lia sedang memerhatikan Aryan berbasikal roda tiga dan Hana diletakkan di dalam walker. Hana pun sibuk nak berjalan.

Lia nampak tenang, masih boleh tertawa dengan telatah Aryan disebalik kemuraman di wajahnya. Aku menghampiri pagar rumah dan memberi salam.  Aryan melambaikan tangan sebaik mendengar suaraku, mempamerkan gigi disebalik senyumannya. Oh anak.. comelnya.

"Ada apa datang sini?", soal Lia dingin tanpa memandangku.
"Nak jumpa Lia dan anak kita".

Lia berpaling memandangku sambil tersenyum sinis, "anak kita?
Baliklah. Tak manis orang pandang. Abang Saiful tak de ni", halaunya.

"No. Ayie nak jumpa anak Ayie", kataku keras. Emilia seolah tiada perasaan.

"Ayie tau Lia terseksa kan? Sebab Saiful kawin lagi", sengaja aku pancing reaksinya dan berjaya. Dia terkejut.

"Saiful ada di Cyber dengan isteri baru. Bukannya ke Indonesia", kataku menambahkan pedihnya.

"Biarlah. Asalkan dia bahagia begitu", balas Lia mendukung Hana dan menarik Aryan masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat. Aryan menjerit jerit hendak keluar.

"Assalamualaikum. Kenapa ni?", ada suara menegurku dari belakang. Ada seorang lelaki agak berumur dan perempuan lebih kurang sebaya aku, agak agak je. Aku pernah jumpa mereka masa kenduri tempoh hari.

"Waalaikumsalam. Saya nak jumpa Emilia", kataku bila perempuan tadi membuka pintu pagar. Aku bersalaman dengan lelaki itu kemudian dipelawa masuk.

Aryan meluru keluar untuk bermain semula, sempat aku menangkap Aryan. Hati terasa sayu saat memeluknya. Aku rugi 3 tahun dalam proses pembesarannya. Aku tak dapat lihat dia merangkak, berjalan jauh, berlari, dengar perkataan pertamanya dan macam macam lagi. Lia sedang duduk menyusui Hana ketika aku masuk, langsung tak dipandangnya aku.

"Emi, ni ada orang nak jumpa", ujar perempuan tadi. Emilia langsung tak mengangkat muka. Perempuan tadi memandangku seribu persoalan.

"Lia, please forgive me". Ungkapan paling berat aku pernah ucapkan. Tiga tahun aku menanti untuk melafazkannya. Air mata Lia menitik. Lia memandang ke arah lain.

"You Hasri kan? I Shila", kami berjabat tangan. Dia mencelah bila suasana agak janggal tadi.

"Ni my husband, Ahmad Adri but I think you kenal dia as Andrew". Aku menghulurkan tangan, hormat dia lebih tua. Aku kenal dia, pernah berjumpa saat aku mendaftar Lia di kolej dulu.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now