dua enam

15.6K 252 18
                                    

"Hasri, tunggu". Aish... perempuan ni. Nak apalagi. Ye.. Anis la, siapa lagi. Dari orang kat pejabat ni pandang lain padaku, baik aku act nice. Nanti disebabkan dia, imej aku tercalar.

Boleh aku tak perasan selama ni, Anis salah seorang pekerja di syarikat yang sama dengan aku. Tapi departmen kami berbeza. Mungkin sebab tu, aku tak perasan dia.

"Nak apa?"
"Kita buka puasa sama sama petang ni". Aduh, dah banyak kali aku menolak pelawaannya makan bersama.
"Petang ni tak kot. Esok je la. Kan pejabat dah booking hotel untuk staff berbuka", jawabku terus melarikan diri darinya.

Aku penat nak layan dia ni dah. Tak layan pun sebenarnya, cuma dia yang tak jemu menelefon dan menghantar mesej. Dari balik Langkawi lagi, setiap pagi akan selalu ada bungkusan sarapan di dalam bilikku, selalunya aku bagi makcik cleaner. Mujur Lia jenis tak kesah akan kewujudan Anis.

Lia pun semakin hari semakin sibuk, dah masuk semester terakhir dan semakin stress. Aku biarkan saja dia bermain telefon, main games atau bermesej- aku tak tau. Setiap malam tidurnya makin lambat, hubungan badan kami turut terjejas. Dengan puasa lagi, seks hanya di malam hari. Tu belum tolak dengan hari cuti rasminya.

-Lia, want something for breaking fast?

-anything sayang. TTYL. Ada lecture.

"Esok Ayie ada majlis buka puasa dengan officemate", kataku sewaktu kami berbuka di rumah. Lia mengangguk sambil mengunyah roti john yang aku beli di bazar.

"Lia macam mana?", tanyaku mengambil roti john, nampak sedap pula Lia makan. Sos lada hitam, sos cili dan mayonis bercampur, lelehannya menjejeh bila digigit sangat menggoda.

"Lia buka dengan kawan la. Nanti Lia tanya la sapa yang free to accompany me. Dont worry sayang", jawab Lia meneguk air katira.

"Kita nak balik kampung bila ni? Mak dah call Lia, tanya bila nak balik buka puasa. Ajak Lia beraya sekali", tanya Lia sambil menunjukkan senarai panggilan di telefonnya. Atas sekali mak, sepuluh minit tah berapa saat. Mataku tertarik pada nama Izham dalam senarai itu. Satu satunya nama lelaki selain nama aku. Siapa dia?

"Lia cuti bila?", tanyaku sambil menyuap rojak pasembur.
"Kita raya isnin. Sabtu la mula cuti", katanya sambil membelek kalendar di telefon.
"Boleh ponteng kelas?", soalku. Yelah, semester akhir kan.
"Bila?"
"Few days before sabtu"
"Boleh kot. Tak pun postpone class. I am really looking forward for this raya", katanya kegembiraan.

"Looking forward for raya ke for along?" Sengaja aku mengusiknya.
"Ayie ni... you know how I feel about him. Spoil my mood la".
"Ala bucuk bucuk ni, merajuk pulak. Main main je la. Esok, Ayie apply cuti. Kita balik few days before raya, boleh puasa dengan mak sekali", pujukku sambil mencuri ciuman dari bibir Lia. Manis.

******

Emilia

-hello my love. Buat apa tu? Rindu I tak? I rindu sangat sangat kat you. I baru nak balik rumah dari solat terawih.

-baru on computer. Nak buat assignment. Due next week.

-bila kita nak berbuka ni? Dah lama tak makan sekali.

-esok I free.

- betul ni?

- yes. On tak on?

-on la. I love you so much.

-you ambil I ke kita berbuka kat Sunny Cafe je?

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now