Di sebuah Akademi M.A.T.A,Ali dan Alicia telah menyelesaikan misi hari pertama.Pada masa itu,mereka diperhatikan oleh mentor-mentor dan pelajar akademi.
"Setakat ni,belum ada lagi sesiapa pun yang telah berjaya misi hari pertama. Korang telah set rekod baru."
Ali dan Alicia dengar penjelasan Ejen Bakar dan melihat pelajar lain menepuk tangan dan bersorak kepada mereka.Penjahat yang dikalahkan oleh mereka,bangun dan menunjukkan identitinya..
"Huh...silap.Tak patut aku main-main tadi." Penjahat itu membuka topengnya dan memaparkan identiti Ejen Karya!!
"Hehe,padan muka.Kan aku dah kata,diorang ni terer." Kata Bakar sambil menepuk belakang Ejen Karya.
Ejen Karya mengambil kainnya dan letakkan di atas tangan.Sebaik dia menarik kain tersebut,Comot muncul di genggaman Karya.
"Comot!! Kau selamat!!" Kata Ali lalu memeluk kucingnya balik semula.Selepas itu,terdapat sebuah suara memanggil mereka.
"Ali,Alicia.Selamat datang ke Akademi M.A.T.A. Silakan,naik ke atas." Ejen berbaju merah itu berkata kepada mereka.
"Hah,jom.Mari pergi jumpa yang lain."
Ali,Alicia dan Comot naik ke atas untuk berjumpa dengan pelajar lain.
Semua pelajar di atas pergi ke bahagian utama untuk mengalu-alukan kedatangan mereka kecuali seorang pelajar lelaki teras Inviso berambut terpacak(mungkin).Dia masih kekal di posisinya dan memerhati Ali naik ke atas.Selepas itu,dia mengambil tindakan untuk beredar dari situ sampailah...
Dia perasan seorang pelajar perempuan teras Inviso berambut pendek dan bertocang masih berada di kedudukannya.Dia masih pandang ke bawah walaupun di bawah kosong sahaja.Dia seperti sedang berangan-angan.
Dia yang melihat pelajar itu terus menegurnya.
"Kau kenapa Moon."
".............huh? Nanti,mana yang lain?" Pelajar perempuan itu terkeluar daripada angannya.
"Diorang berada dekat tempat utama."
"Huh?! Mana pelajar bercermin mata tu?" Pelajar itu bertanya lagi.
"Pelajar ada I.R.I.S tu? Hmph!! Dia tengah naik atas."
"Kenapa tak bagitahu awal-awal!!" Dia berteriak lalu berlari ke tempat utama. Pelajar lelaki Inviso itu juga terus ke tempat utama.
==Tempat Utama==
"Di akademi M.A.T.A,kami sebagai mentor akan mendidik ejen-ejen lain untuk menjadi ejen dan pasti terdapat yang tidak sedar bahawa budak-budak inilah sebenarnya ejen-" Mentor perempuan berteras Tekno itu memberitahu Ali dan Alicia.Tetapi Ali tidak memberi perhatian sepenuhnya.Alicia menegur Ali supaya tumpu perhatian untuk mendengar taklimat.
"Kamu telah berjumpa dengan Ejen Karya,dari teras Inviso." Ejen Karya menunduk memberi kehormatan.
"Dan saya pasti kamu sangat kenal dengan Ejen Kombat kami,Bakar." Ali dan Alicia senyum.Mereka sudah lama berkenalan.
"Asalkan kamu ikut arahan,semuanya akan berjalan dengan lancar." Kata Ejen berteras Neuro bercermin mata kepada mereka.
"Ini Ejen Leon dari teras Neuro."
"Dan saya Ejen Geetha,Tekno" Ejen Geetha memperkenalkan.
"Dan ini semua adalah rakan sekelas kamu.Mereka semua telah berada di sini selama lebih setahun." Ejen Geetha menunjukkan rakan sekelas mereka.
Semasa Ali melihat semua rakan sekelasnya,dia melihat seorang pelajar perempuan teras Inviso melambaikan tangannya sambil senyum ke arahnya.Ali berasa malu terhadapnya dan hanya senyum balik ke arahnya.Pelajar perempuan itu perasannya dan tutup mukanya kerana malu.
YOU ARE READING
Ejen Ali: Ali X Moon [Glitch Episode] (Continue)
RandomCerita daripada episod sebenar Ejen Ali tetapi yang ini telah di edit dan ditambahkan dengan Ship Ali dan Moon bagi menambah menarik cerita lagi. Keseluruhan cerita ini adalah bersambung-sambungan ataupun tiada cerita pendek tentang itu tentang ini...