MISI:CABAR (BAHAGIAN 1) [G/IT©H]

613 14 6
                                    


CAN YOU HEAR ME?









ARE YOU THERE?











ARE WE CONNECTED?










GOOD.









BUT









ARE YOU ACTUALLY THERE?












ARE YOU ACTUALLY REAL?












ARE YOU ACTUALLY HER?
















Jangan Di Ambil Serius Cerita Ini.

== Akademi==

"Ejen Geetha. Bagaimana sekarang?"

Ejen Geetha mengimbas semula data yang dipaparkan di skrin hologram, mencuba memecahkan lokasi rahsia penceroboh mereka. Tetapi keputusan seperti tidak memberangsangkan.

"Tak sempat. Mereka telah memutuskan pertalian hubungan."

"Haih." Ejen Leon mengeluh, risau dengan keadaan serius yang baru sahaja tadi.

Lampu-lampu yang malap mula menyala bercahaya semula, sistem kini telah kembali seperti biasa begitu juga dengan data simpanan rahsia dibekalkan di akademi. Ejen-ejen muda kembali dalam biasa selepas persiapan untuk menyerang dan berlindung.

Situasi kini masih lagi tegang.

"Apa sebenarnya berlaku tadi?" Ali menuju ke kawannya selepas cahaya telah dikembalikan.

"Entah. Salah alarm kot." Moon mengulas.

"Ish tak mungkin punya. Sistem pertahanan dekat sini terlalu canggih untuk kesan penceroboh luar." Khai beritahu.

"Terlalu canggih ke? Aku tengok macam biasa je semuanya." Ali berkata demikian.

"Memang macam tu teknologi dekat sini. Teknologi M.A.T.A merupakan antara sumber kemajuan yang paling berjaya dan terhebat berbanding dengan CyberRaya." Kata Khai. "Kalau kau nak tahu, M.A.T.A merupakan agensi pertama dan terawal dibangunkan menggunakan elektronik."

"Ooh. Macam tu pulak." Kata Ali.

"Senang kata kita ni generasi terbaiklah!"

"Generasi terbaik pun dengan teknologi tapi saya masih risau, sistem akademi dekat sini dah kena pintas. Mereka semua berkemungkinan letakkan sesuatu ke dalam sistem seperti virus bahaya." Iman menjelaskan dengan nada yang risau.

"Virus? Virus tu ke? Ke virus lain?" Moon berfikir.

"Virus? Virus jenis apa? Aku tak pandai bab-bab program ni." Ali mengeluh.

"Hah Aku tahu! Covid-19 kan!!" Tanya Moon Yang masih blur.

Semua memandang Moon tertanya-tanya dengan mimik kebuntuan. Ali seperti mengenali perkataan tersebut mula mengingati semula.

"Huh? Co apa? Apa benda tu?"

"Eh?  Korang tak tahu ke? Kan penyakit tu sekarang dah merebak seluruh dunia. Takkan tak ingat kot? Kita kena berjaga-jaga tau." Moon tidak pasti kata-katanya berfungsi sebaiknya.

"Er, kalau kau cakap pasal virus-virus bakteria, aku rasa ia memang mustahil untuk merebak ke dalam teknologi. Tapi aku tak pernah lagi dengar tentang penyakit Covid-19 ni."

"Ha ah. Cer cerita sikit." Khai berkata membetulkan spek matanya.

Moon tidak membalas. Adakah sepatutnya perkara ini berlaku? Ataupun dirinya yang tidak yakin?

Ejen Ali: Ali X Moon [Glitch Episode] (Continue)Where stories live. Discover now