MISI:MAIN (BAHAGIAN 1)

1K 31 38
                                    

==Rumah Ali==

Pada waktu pagi yang indah..... langit kelihatan kebiru-biruan, udara bertiupan segar. Sinaran matahari memancar ke arah tingkap bilik Ali untuk membangunkannya tetapi kelihatan Ali telah pun bangun daripada tidurnya.

Ayah Ali, Dr.Ghazali, berasa hairan mengapa Ali tidak turun daripada biliknya lagi. Beliau terfikir Ali masih belum bangun daripada tidurnya. Beliau pun memanggilnya...

"Ali! Ali! Kamu dah bangun ke?"

......................

==Bilik Ali==

Ali terdengar suara panggilan ayahnya. Pada masa itu, Ali sedang berselimut walaupun dia sudah terjaga. Ali pun bangun tetapi tidak meninggalkan katilnya, hanya duduk. Dia teringat-ringatkan sesuatu yang membuatkannya berasa sedih, seperti semalam....

Ali teringatkan tentang peristiwa semalam....

............................

==Waktu selepas latihan misi==
<Di Kelas Latihan>

Ali bersama ahli-ahli pasukannya sedang menghadap mentor-mentor mereka. Mereka menundukkan kepala mereka kerana ditegur...

"Saya minta maaf. Pertunjukkan kamu hari ini kurang memuaskan." Ejen Geetha berkata.

"Prestasi kamu teruk!! Tiada kerjasama dalam pasukan! Dan kamu tidak mengikut peraturan yang ditetapkan!" Tambah Ejen Leon.

"Kamu semua patut bekerjasama ketika berlawan. Jangan hanya bergantung kepada Iman sahaja." Ejen Karya memberitahu.

"Dan satu lagi. Ali, kamu tidak sepatutnya meninggalkan ahli pasukan kamu di belakang." Nasihat daripada Ejen Geetha.

Ali berasa perasaan malu semakin berkembang di dalam diri. Dia melihat ahli pasukannya dan terpapar wajah kawan-kawannya yang marah kecuali Iman.

Ali melihat Moon di hadapannya dengan mimik muka yang marah tetapi kurang marah. Ali hanya melihat Moon dengan mimik mukanya sehingga muka marah itu menjadi muka sedih. Ali berasa hatinya hampir terbelah dengan perasaan Moon. Ali tidak sanggup melihat dia bersedih. Dia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menundukkan kepala.

.....................................................

Ali tidak mahu perkara itu berlaku lagi. Ali hanya ingin menolong mereka menyelesaikan misi.

Ali rasa dia tidak jawab panggilan ayahnya terlalu lama dan terus menyahut...

"Ok." Dengan suara lembutnya Ali berkata.

Ayah Ali kemudian melihat jam tangannya dan terkejut...

"Alamak!! Dah lambat!!" Maka beliau terus pergi ke pintu keluar. Sebelum itu...

"Duit makan ada dekat dapur! Nanti ambil!" Dengan itu, perginya beliau.

Pada masa itu, Comot ingin meminta makanan daripada beliau tetapi beliau berlalu dengan cepat ke arah pintu.

" Comot, kamu tolong tengokkan Ali ya!" Kata Ayah Ali kepada Comot.

Apabila beliau ingin menoleh kepala dan terus pergi ke kerja, kawan Ali iaitu Viktor berada di hadapan beliau. Beliau terkejut.

"Urr...selamat pagi Doktor Ghazali." Kata Viktor.

"Oh...ur...Viktor, pak cik tak cakap dengan Comot tadi. Urr....Ali ada dekat atas. Main bersama dengan dia ya! Pak cik pergi dulu!!" Akhirnya, beliau pergi juga ke kerjanya.

"Urr...okey." Viktor menjawab tetapi kelihatan Ayah Ali sudah kejauhan.

==Bilik Ali==

Ali masih baring di atas katilnya. Dia masih terfikir tentang perasaan Moon dan begitu juga dengan apa yang ingin dikatakan oleh Moon kepada Ali...

Ejen Ali: Ali X Moon [Glitch Episode] (Continue)Where stories live. Discover now