Author: Caliph akan menyambung cerita ini sampai bahagian 2 kerana dalam episode sebenar tak ada sangat AliMoon.
.............................................................
Selepas Ali dan pasukannya menyelesaikan misi, mereka semua terus pulang ke Akademi.
Apabila sampai di Akademi, Ali ternampak Moon dan terus menegurnya serta bertanya apa yang dah berlaku.
Moon memandang Ali dengan matanya yang penuh kesakitan. Ali perasan perkara tersebut. Moon mengendahkannya dan terus meninggalkannya.
Ali berasa keliru dengan apa yang berlaku pada situasi tersebut. Ali terus pergi ke kelasnya untuk mengambil barangannya dan pulang ke rumah.
Apabila Ali turun tangga, Ali ternampak Ejen Bakar pun dalam perjalanan balik. Ali pun mengikutinya dari sebelah. Ali sebenarnya juga berasa hairan dengan Ejen Bakar. Ali melihat Ejen Bakar asyik murung dari tadi. Ali tidak mahu bertanya kerana berfikir mungkin Unclenya perlu masa untuk berehat daripada misi tadi.
Selepas itu, mereka pun terus pulang je rumahnya...
........................................................
Keesokan hari di sekolah, selepas sahaja berakhir kelas Sains iaitu, mengenal 'Bunga Tahi Ayam' bersama Cikgu Munah, Cikgu Munah ingin memberitahu suatu berita kepada pelajar-pelajarnya...
Beliau mengatakan bahawa keesokan harinya akan ada lawatan sambil belajar di luar sekolah.
Pelajar-pelajar di dalam kelas terus berborak dan mengatakan ingin pergi ke suatu tempat seperti Taman Tema, Zoo Negara dan lain-lain. Ada pelajar yang berkata ia bagus kerana tidak belajar pada hari itu.
Cikgu Munah memberhentikan perbualan mereka dengan memarahi mereka kerana mereka ingin pergi ke suatu tempat bertujuan untuk tidak belajar.
Cikgu Munah pun memberitahu mereka bahawa mereka akan menjalankan lawatan sambil belajar di Pusat CyberRaya Cyber Sains.
Sarsi yang teruja dahulu selepas mendengar apa yang cikgu Munah katakan.
Sarsi memberitahu pada kawan-kawannya bahawa pada hari tersebut akan berlangsungnya pembukaan Majlis RoboPol di sana.
Ali pun teruja juga sehingga dia terkejut akibat Cikgu Munah yang tiba-tiba berada di tepinya.
Cikgu Munah berpesan semasa dalam lawatan nanti, Ali perlu mengambil pengetahuannya dalam meningkatkan menguasai subjek Sains.
.....................................................
Pada waktu rehat, Ali dan Viktor sedang bermain game tablet mereka sambil makan.
Viktor melihat makanannya sudah habis terus pergi membeli makanannya.
Pada masa itu, Ejen Bakar datang membawa sepinggan yang dipenuhi burger yang banyak terus duduk di sebelah Ali. Ejen Bakar makan dan menegur Ali kenapa tak makan kerana Ejen Bakar telah beli banyak makanan.
Ali melayan Ejen Bakar tetapi terlalu fokus pada gamenya.
Ejen Bakar memberitahu dulunya tiada tablet atau henfon macam ni sekarang. Dulu kelihatan susah.
Ejen Bakar menceritakan kepada Ali bagaimana kehidupan dahulu.
Kali ni Ali mendengar.
.............................
Selepas Ejen Bakar menceritakan ceritanya, baru Ali tahu dulunya memang susah.
Ali masih tumpukan kepada tabletnya.
YOU ARE READING
Ejen Ali: Ali X Moon [Glitch Episode] (Continue)
RandomCerita daripada episod sebenar Ejen Ali tetapi yang ini telah di edit dan ditambahkan dengan Ship Ali dan Moon bagi menambah menarik cerita lagi. Keseluruhan cerita ini adalah bersambung-sambungan ataupun tiada cerita pendek tentang itu tentang ini...