MISI:ORIENTASI (BAHAGIAN 4)

1.1K 34 6
                                    

Setelah semua pelajar ejen telah memilih ahli pasukannya..
Ejen Leon akan memberikan tugasan latihan misi...

"Baiklah, objektif kamu semua adalah mendapatkan intel ini." Kata Ejen Leon terhadap pancaran hologram disket berbentuk segi empat tepat yang nipis dipancarkan di tengah kelas.

"Terdapat tiga salinan intel ini di tiga kawasan yang berbeza di atas pulau ini." Ejen Leon menunjukkan intel-intel diletakkan di kawasan yang berbeza.

"Pasukan yang pertama dapatkannya dan sampai dahulu....menang."

==Di kawasan permulaan latihan==

......................................

Dilihat semua pelajar ejen telah bersiap sedia dengan gajet mereka untuk menjalani latihan tersebut. Ejen Bakar dan Ejen Leon yang berada di belakang mereka akan mengira detik permulaan dan menunggu mereka yang mendapat intel terdahulu.

Pasukan Alicia dan Pasukan Bulat telah bersedia manakala di pasukan Ali juga begitu. Moon bersiap sedia dengan memanaskan badan dengan meregangkan badannya.

"Kau sedia Moon?" Tanya Alj kepada Moon yang berada di sebelahnya.

"Sedia!!" Moon berkata dengan yakinnya.

Apabila semua telah bersedia, Ejen Bakar pun memulakan pengiraan...

"Semua sedia......satu......dua..." Pada detik tu, semua pelajar ejen bersedia untuk memulakan jejak langkah pertama...

"Tiga...."

Dan begitulah....

"Mula!!!"

Sebaik sahaja perkataan itu disebut....kesemua pelajar terus memecut laju daripada tempat permulaan ke destinasi mereka iaitu untuj mendapatkan intel.

Di kumpulan Bulat, Zass yang mempunyai kelebihan iaitu berlari laju, terus berlari meninggalkan ahli pasukannya dan pelajar lain untuk mendapatkan intel bagi mempercepatkan masa untuk kembali ke tempat permulaan.

Jet juga menggunakan kelebihannya untuk terbang tinggi bagi melihat dan memastikan tempat destinasi kumpulan mereka.

Khai juga tidak mahu ketinggalan. Alicia telah mengarahkan Khai untuk menghantar robot Khai iaitu Aro untuk sampai ke destinasi bagi mendapatkan intel dengan cepat. Kumpulan mereka mempunyai kelebihan untuk memasuki sistem simpanan untuk mendapatkan intel yang tersimpan.

==Di kumpulan Ali==

Kumpulan Ali masih dalam perjalanan mencari intel tetapi mereka tidak menjumpai tempat intel itu disimpan lagi. Dengan kata lain...

"Jet!! Kat mana?" Moon bertanya kepada Jet di mana tempat intel terletak.

Jet memerhati sekitar di sekeliling, Jet telah menemui tempat yang ingin di cari oleh mereka, namun.....

"Ada satu dekat sana, tapi Zass dah nak sampai." Jet menyampaikan maklumat kepafa ahli pasukannya.

Sementara itu, Ali sedang mengimbas kelilingnya dengan menggunakan I.R.I.S. Akhirnya, Ali telah menjumpai tempat tersebut yang tidak mempunyai orang di sana.

"Dekat sana ada satu lagi!!" Ali memberitahu pasukannya.

"Jom Moon, semua!!"

Mereka pun bertolak pergi ke tempat yang diarahkan oleh Moon. Tetapi mereka tidak tahu apa yang mereka bertembung.

...................

==Di Sekitar kawasan pulau==

Semasa Ali dan pasukannya pergi ke arah yang berlainan.... Zass dengan kelebihannya telah tiba ke destinasinya dengan lebih awal daripada ejen yang lain.

Ejen Ali: Ali X Moon [Glitch Episode] (Continue)Where stories live. Discover now