MISI:ORIENTASI (BAHAGIAN 3)

1.4K 39 9
                                    

Maaf sebab dah lama tak buat cerita....
Dari thetathorn_izzathorn

..............................

Semasa berjumpa dengan ketua-ketua teras,mereka memberitahu Ali bahawa Djin tidak akan berputus asa untuk mendapatkan I.R.I.S dan menyuruh Ali untuk berlatih dengan lebih gigih bagi melindungi dirinya.
===========================

Ejen Bakar dan Ali masuk ke dalam kelas. Mereka melihat semua pelajar ejen mendengar taklimat daripada Ejen Leon.

"Tengah cakap pasal apa ni?" Tanya Ali yang baru sampai kepada Khai dan Roza.

Tiba-tiba Ejen Leon berkata..

"Sila beri perhatian kepada apa yang saya katakan." Katanya kepada Ali.

"Oh, sorry."

"Seperti yang saya katakan, disebabkan ada pertambahan pelajar,kita boleh melakukan latihan secara berpasukan." Ulang Ejen Leon kepada ejen lain.

Ali berasa keliru dengan apa yang dikatakan oleh Ejen Leon. Begitu juga dengan ejen yang lain. Mereka bertanya sesama dengan ejen yang lain.

"Maksudnya,kita akan berpecah ahli kepada beberapa pasukan untuk bertanding dalam setiap latihan misi." Kata Ejen Geetha yang menerangkan kepada mereka.

"Jadi,maksud pasukan,ikut teras masing-masing ke?" Ali bertanya.

"Tidak. Dalam M.A.T.A,sebuah pasukan yang lengkap adalah terdiri daripada setiap ahli dari teras masing-masing." Terang Ejen Geetha kepada Ali.

"Saya,teras yang mana satu?"

"Kalau kamu perasan,sut kamu berwarna merah dan kamu juga pengguna I.R.I.S." Ejen Geetha menunjukkan.

"Jadi kamu secara automatik dimasukkan ke dalam teras Tekno."

"Oh." Faham Ali.

"Baik,sekarang kamu boleh memilih ahli pasukan sendiri."

Semua pelajar ejen terus mencari ahli pasukan mereka. Moon yang teruja terus memilih Iman sebagai ahli pasukannya manakala Jet pula hanya mengikuti mereka walaupun tidak di ajak.

Bulat memastikan bahawa ahli pasukannya telah cukup ataupun tidak.Namun,apabila Bulat memastikan Rudy cukup untuk dimasukkan ke dalam pasukannya,Rudy terus meninggalkan mereka dan pergi ke tempat lain. Disebabkan oleh itu,Bulat terpaksa memilih ejen yang lain.

Ali pula teruja dalam untuk memasuki pasukan yang dia mahu. Sebelum dia membuat keputusan,dia melihat di sebelahnya Khai dalam keadaan yang gelisah. Ali pun bertanya kepadanya...

"Kenapa? Kau ok ke?"

"Kita tak boleh satu pasukan, sama teras." Kata Khai.

"Jadi,macam mana ni?" Tanya Ali.

Khai hanya mengeluh dan memberi semangat kepada Ali.

"Semoga berjaya." Kata Khai sambil memegang bahu Ali lalu meninggalkannya. Ali berfikir,dia tidak mahu bertanding dengan Khai kerana dia merupakan kawannya.
Ali berhenti berfikir apabila mendengar sebuah suara memanggilnya.

"Ali!!"

Ali menoleh kepalanya kebelakang dan melihat Moon sedang memanggilnya.

"Jom team dengan kitorang!!" Moon mengajaknya.

Bagi Ali,sudah tentu dia ingin memasuki pasukan Moon. Sebelum Ali pergi ke Moon, Alicia menarik tangan Ali dan membawanya menjauhi daripada mereka.

"Jom!"

"Eh?! Kenapa ni?" Ali bertanya.

"Kau kena masuk pasukan aku. Mika sudi terima untuk masuk ke team kita. Jadi cuma tinggal seorang daripada teras Invis-" Sebelum Alicia habis berkata,Ali menyampuk Alicia.

Ejen Ali: Ali X Moon [Glitch Episode] (Continue)Where stories live. Discover now