Di sebuah dunia yang mempunyai banyak pulau dan di setiap pulau terdapat sebuah kerajaan. Kerajaan yang memegang pelbagai status.
Kerajaan pari-pari.
Kerajaan devil.
Kerajaan bayang.
Dan banyak lagi sehingga tidak terkiranya di dalam peta.
Di tengah-tengah peta empat segi itu terdapat sebuah kerajaan yang pertama terbesar. Kerajaan Pulau Rintis.
Kerajaan Pulau Rintis adalah kerajaan yang antara termaju di dunia. Kerajaan ini diperintah oleh seorang raja yang berwibawa dan sangat mengambil berat akan rakyatnya. Kerajaan ini juga merupakan hanya sebuah kerajaan yang membenarkan makhluk-makhluk lain dari kerajaan lain masuk dengan di bawah kawalan yang sangat sempurna.
Raja Aba. Seorang raja yang lebih kurang berumur 80-an dan masih giat memerintah kerajaannya dengan baik walaupun sudah menginjak usia.
Di sebuah kerajaan sudah pasti ada sebuah istana dan terdapat pangkat-pangkat di bawah raja.
Salah seorangnya ialah seorang gadis yang sedang berlari di taman istana.
Gadis yang separa pari-pari dan manusia. Berambut hijau muda dan di hujungnya berwarna hijau tua. Diikat ekor kuda dan jika dilepaskan pasti panjang melepasi pinggang.
Iris hijau mudanya giat melilau mencari seseorang. Selepas puas mencari, irisnya terhenti di sebuah pokok sakura yang besar. Terlihat susuk tubuh seorang lelaki yang sedang membaca sebuah buku perihal element di dunia.
???: Harru!!
Gadis tersebut memanggil riang lelaki tersebut. Gadis tersebut mempercepatkan lariannya menuju ke arah lelaki itu atau lebih dikenali sebagai...
Akira Hikaru/Harru
Umur: 150 tahun (15 tahun)
Status: Separa dewa-manusia
Kuasa: Element dan pakar dalam bidang teknologi dan perubatan.
Sifat: Pendiam, bengis dan tegas orangnya. Berpendirian tetap dan lebih gemar mengkaji perihal kuasanya dan alam yang berada di sekitarnya.
Lelaki tersebut berpaling ke arah gadis yang memanggilnya. Senyuman yang sangat jarang diberikan kepada orang ramai mula terukir di bibirnya.
Harru: Yo! Lambat lagi, Hana?
Harru memandang sini ke arah gadis yang baru sahaja sampai di tempatnya. Dari posisi bersandar pada pokok sakura Harru memperbetulkan dirinya dan berdiri tegak di hadapan gadis yang dipanggilnya Hana itu.
???: Mana ada! Aku sampai tepat-tepat je!
Harru: Kau pasti? Lewat 2 saat Sakura Tsubasa.
Harru menunjukkan jam tangannya ke arah gadis tersebut. Gadis itu hanya muncung geram. Ada je benda dia buat salah! 2 saat je kot!
Harru: Apa guna kuasa kau kalau kau tak manfaatkannya?
???: Haih...mak ayah aku takut kalau kuasa aku di luar kawalan. Masa kecil dulu pun pernah guna dan last sekali aku jadi out of control kan? Kau nak aku jadi macam Ali dalam Ejen Ali tu ke? Jadi override mode? Macam tu?
Harru: Kau ingat sini Cyberaya ke boleh jadi benda tu?
???: Haih..yalah. Kau menang lagi.
Sakura Tsubasa/Ani
Umur: 150 tahun (15 tahun)
Status: Separa manusia-pari-pari.
Kuasa: Api dan petir. Ada sejenis kuasa yang dipanggil Kurayami No Chikara. Sejenis kuasa yang mampu mengusai sesiapa sahaja. Sekiranya di bawah kawalan, kuasa ini mampu menghancurkan pulau dengan serta-merta.
![](https://img.wattpad.com/cover/133315191-288-k91180.jpg)
YOU ARE READING
Missing [HIATUS]
Fanfiction[On Hold!] "Cari cucu-cucu pengendali element beta dan bawa mereka ke pulau ini. Hanya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan kerajaan Pulau Rintis ini." - Raja Aba "Macam mana kita nak cari mereka?" - Ani "Aku rasa...setiap seorang element ada di...