Sedang aku melipat baju ku untuk dimasukkan ke dalam beg ku.
Zariff menuju ke arah ku,lalu duduk di sebelah katil ku.
Apa dia nak ni? Tanya ku dalam hati.
"Assalamualaikum" Zariff memberi salam.
"Waalaikumsalam" balas ku lalu mengalihkan pandangan ke arahnya.
"Rine tak boleh ke tidur sebilik dengan saya?lagi pun kita ni suami isteri" tanya Zariff
Tak habis lagi dengan soalan dia tu,suka hati aku lah nak tidur mana pun,nak saja aku cakap begitu tapi aku malas nak gaduh dengan pak ustaz yang tak seberapa ustaz ni kata ku dalam hati.
"Eh Rine mengelamun ni kenapa?Rine dengar tak apa saya cakap tadi?" Tanya Zariff
"Ya aku dengar,kau faham kan situasi aku sekarang ni,takkan aku nak tidur dengan kau,lagi-lagi orang yang aku baru kenal dah jadi suami aku dengan Terpaksa pula tu" balas ku sambil menekankan ayat terpaksa.
"Rine tak salah kalau Rine cuba jadi isteri solehah,abang boleh bimbing Rine" kata Zariff
"Rasanya kalau bertengkar dengan kau ni seminggu pun belum tentu selesai,okey aku mengalah,tapi kalau kau buat macam-macam dengan aku tahulah nasib kau"kata ku
"Rine jangan risau abang takkan paksa Rine kalau Rine belum sedia"kata Zariff
"Kau cakap macam tu,ingat aku boleh percaya,memang tak lah" kata ku
"Abang kahwin dengan Rine bukan sebab nafsu tapi sebab abang cintakan Rine" Kata Zariff dengan jujur
"Okay" kata ku ringkas lalu mengangkat beg ku keluar dari bilik ku.
"Biar abang tolong" kata Zariff
Aku membiarkan Zariff membawa beg ku turun ke bawah.
"Ariana!"panggil ku sebaik saja berada di ruang tamu
Ariana yang berada di kebun terus terdengar suara ku lalu berjalan cepat menuju ke arah ku.
"Ya Cik" sahut Ariana sebaik saja berada di hadapan ku.
"Xiandra mana?" Tanya ku
"Di dalam bilik" balas Ariana
"Aku dah check dah tadi tapi dia takde" beritahu ku
"Eh seingat saya dia ada dalam bilik semasa saya kemas rumah tadi" kata Ariana
"Macam mana dia boleh takde!" Tengking ku marah terhadap Ariana.
" Maafkan saya Cik,saya sibuk mengemas rumah tadi" kata Ariana lalu menundukkan kepalanya.
Zariff masuk ke dalam rumah setelah memasukkan beg ku kedalam bonet kereta.
"Kenapa ni?"Tanya Zariff
"Mana Selyne?" Tanya ku
"Err" Ariana tak tahu soalan yang mana satu harus dia jawab.
"Bila aku tanya jawab dan pandang aku,kau tahukan aku pantang bila orang bercakap dengan aku tapi tak pandang muka aku" marah ku
Garangnya bini aku ni kata Zariff dalam hati.
"Err saya tak tahu" balas Ariana ringkas dengan rasa macam mahu menangis.
Ariana aku pandang lalu aku mengambil telefon ku di dalam poket seluar ku.
"Selyne kau ada mana?" Tanya ku dengan suara marah
"Dalam kereta on the way nak balik rumah bos" balas Selyne
YOU ARE READING
Lepaskan Aku
RomanceLelaki itu hadir dalam hidup ku dan mengubah hidup ku,tetapi semuanya hilang dan membuatkan aku benci dan bertambah benci terhadap lelaki itu sehingga tertutup hati ku untuk menerima insan yang bergelar lelaki,sekali lagi aku terluka dan dilukai. "J...