BAB 31

240 2 0
                                    

Jam 9:45 sampai di bangunan terkenal dengan keselamatan tinggi iaitu bangunan Group Jaoz milik Zyn yang mempunyai 20 tingkat dan level paling bawah ialah tempat rahsia

Sama seperti syarikat Keselamatan dan perlindungan di mana hanya orang yang kaya mampu mengupah Bodyguard dan juga perisik.

Aku masuk ke bilik mesyuarat.

Lalu duduk di sofa.

Semua orang-orang ku berdiri tegak sambil memandang ku.

Aku berdiam diri sambil berfikirkan sesuatu.

"Alex,macam mana bos boleh jadi kaya?" Tanya Yusri

"Cik Zyn jadi kaya kerana hasil usaha titik peluhnya sendiri dan cik Zyn tubuhkan Group Jaoz untuk melindungi dan membantu orang yang perlukan bantuan tapi ni beza sikit biasalah kena ada bayaran yang tinggi baru Cik Zyn akan bantu,macam biasa kerja kita hampir sama dengan pihak polis tapi kita tak boleh beritahu ni semua pada polis dan sebab tu kita harus rahsiakan semua ni" kata Alex

"Ouh k" balas Yusri ringkas

Syazie menghampiri ku.

"Bos ,dah 50 minit bos berdiam,ada apa-apa yang boleh saya bantu Bos ke?" Tanya Syazie

"Ouh k,kau diam sekejap,aku tengah berfikir ni" arah ku

"Baik bos" balas Syazie

Aku memandang Alex yang sedang rancak berbual dengan Yusri.

"Ehem,petang tadi Dato Hasyim ada telefon saya untuk hantar 2 orang bodyguard untuk jaga anak perempuan dia,okay Sally beri maklumat Anak perempuan Dato Hasyim" arah ku

"Baik Cik Zyn,Aisyah Nurqine, anak tunggal Dato Hasyim dan berumur 19 tahun yang masih menyambung belajar di US,mempunyai ketinggian 167 cm dan berat badan 43 kg,suka meluangkan masa di clubbing dan mempunyai bakat iaitu menari dan menyanyi,aktif bersukan dan kuat makan,seorang playgirl dan mempunyai tabiat buruk iaitu pendendam,suka melawan,suka merokok dan suka bergaduh,nama gelaran Qine,mempunyai 26 ex boyfriend,sekarang Cik Qine couple dengan seorang lelaki yang bernama Aqbal berumur 29 tahun" beritahu Sally selaku penolong Team Hacker.

"Sally mana mak kandung Aisyah?" Tanya Sam

"Datin Syarifah Nurain meninggal ketika berumur 37 tahun kerana mengalami Kanser Payu Dara tahap kritikal" balas Sally

"Badri tolong senaraikan musuh-musuh Aisyah,Datin Syarifah dan Dato Hasyim" arah ku

Lalu Badri mengeluarkan Laptopnya.

"Musuh Cik Aisyah tiada,musuh Datin Syarifah Tiada dan Musuh Dato Hasyim iaitu Dato Kamal kerana kematian anak tunggalnya iaitu Mohammad Iqbal mati ketika berumur 22 tahun dan iqbal ialah teman lelaki Aisyah yang pertama ,mati kerana dibunuh oleh orang upahan Dato Hasyim iaitu Amri bin Abdul dan Amri seorang penagih dadah dia sanggup buat apa saja untuk cari duit" beritahu Badri

"Itu saja?" Tanya ku

"Ya Bos" balas Badri selaku ketua Team Hacker.

Aku terdiam seketika.

Lalu Alex menghampiri ku.

"Bos,saya rasa lebih baik kalau Team Haz yang uruskan tugas ni" beritahu Alex

Aku memandang Alex.

"Bagus juga cadangan tu tapi aku nak Johnny dan Rieyll yang jadi bodyguard Aisyah" kata ku

"Bos,kenapa tak bagi Abbey yang ganti tempat Rieyll?" Tanya Johnny

"Kalau Abbey ikut kau habis tu siapa nak uruskan Ahli korang?Abbey sebagai ketua harus jaga Team Haz" balas ku

Lepaskan Aku Where stories live. Discover now