BAB 33

286 4 0
                                    

"Johnny dan Rieyll aku nak korang berdua ikut je mana Cik Aisyah pergi dan lindungi dia faham!" Arah Alex

"Alright" balas Rieyll

Aku hanya berdiam diri.

"Alex,aku akan arahkan Eliyana dan Mariana untuk awasi Dato Kamal jadi kalau ada apa-apa tindakan yang Dato Kamal lakukan senang kita tahu gerak-geri dia" beritahu Abbey

"Okay aku setuju dengan cadangan kau tu" balas Alex

20 minit kemudian.

Lalu Abbey memandang ku.

"Err Bos tidur ke?" Tanya Abbey

Kemudian Alex menoleh ke kanan.

"Yelah kot,hmm korang boleh balik dah" arah Alex lalu membuka kot bajunya kemudian disarungkan di tubuh ku.

"Alright" balas Rieyll lalu mereka bertiga pergi meninggalkan aku dan Alex bersendirian.

"Jonny buka pintu tu luas-luas" arah Alex.

"Ya aku tau" Balas Johnny

Lalu Alex duduk di sofa sambil memandang ku.

Aku tahu aku dah terlambat dan tak mungkin masa akan berputar kembali kepada masa lalu dan kini semuanya hanya tinggal kenangan yang akan sentiasa bermain di fikiran ku bicara Alex dalam hati.

Flashback.

Malam.

Alex lalu di lorong yang gelap dan sunyi.

"Bak duit kau!" Tengking lelaki itu sambil menarik rambut budak perempuan itu dengan kasar.

Budak perempuan itu hanya mampu diam dan menahan sakit.

Lalu lelaki itu menendang berkali-kali pada perut budak perempuan itu.

budak perempuan itu terbaring lemah di atas jalan raya.

Alex pantas menendang perut lelaki itu lalu menumbuk sekuat hati tanpa belas kasihan kerana dirinya dikuasai oleh kemarahan.

10 minit kemudian.

Alex membiarkan lelaki itu.

Lalu Alex menuju ke arah budak perempuan itu kemudian mengangkatnya.

"Nama adik apa?" Tanya Alex

"Entah" balas budak perempuan itu

"Hmm kalau macam tu saya nak awak panggil saya abang dan saya akan panggil awak sweetie boleh?" Tanya Alex sambil tersenyum.

Budak perempuan itu menganguk kepalanya sambil tersenyum.

Sampai di rumah Mak Alex.

Alex membaringkan Sweetie di atas sofa.

"Baring je jangan pergi mana-mana,sweetie tunggu abang kejap ya" arah Alex

"Okay" balas Sweetie ringkas

Lalu Alex menuju ke almari kemudiannya kembali ke ruang tamu bersama-sama kotak First Aid di tangannya.

Alex duduk di sofa di sebelah sweetie .

"Abang nak bersihkan luka-luka sweetie ni kejap,baru sweetie boleh makan makanan ibu abang masak tu,ibu abang pandai memasak" beritahu Alex

"Alright" balas Sweetie ringkas.

Lalu Alex menyapu dettol di tangan ku dengan perlahan-lahan.

"Abang umur berapa?" Tanya sweetie

"11 tahun" balas Alex

"Saya 7 tahun,nama abang apa?" Tanya sweetie

"Hmm rahsia" balas Alex lalu tersenyum.

Lepaskan Aku Where stories live. Discover now