P/s pagi ni ada mood nk menulis, time tggu baby kecik tidur...hahaha...sis sambung skit... :-)
Seminggu telah berlalu....aku masih dalam pantang, kak tini yang menjaga Ku.biarpun sibuk dengan butik nya.kak tini juga.. Sepertiku digantung tak bertali, anak2 kak tini tinggal bersama ibunya diparit sulong johor, suaminya tak pernah peduli pasal anak mereka.kak tini lah Yang menyara anak2nya.puas kak tini merayu minta dilepaskan namun suaminya tetap berkeras.walaupun dia berkahwin lain tapi dia tetap sayang pada kak tini. Cuma mertua kak tini tak restu perkahwinan kak tini dgn anaknya.sebab itulah suami kak tini dipaksa kahwin dengan pilihan ibunya. Pada hari pernikahan suaminya kak tini membawa diri. ..kata kak tini biarlah mertua dia bahagia asal suaminya tak jadi anak derhaka.... Dia pasrah....kata kak tini lagi suaminya macam orang tak betul selepas kak tini menghilangkan diri... Itu yg diberitahu oleh kawan kak tini yang bekerja satu pejabat dengan suaminya.
Ku pandang sisi dua kembarku Yang sedang tidur. Rupa mereka saling tak tumpah seperti ammar.ya...ammar salah kerana menipu, tapi ammar berhak untuk bertemu anak-anaknya. Ammar masih punya hak padaku, tapi hatiku Sakit sangat. Nusyus kah aku....!!!
Kak tini menasihatkan aku jangan berfikir banyak.... Tak elok bila didalam pantang.masalah aku dan ammar harus diselesaikan. Tapi tunggu aku habis pantang. Dengar penjelasan ammar...mengapa dan kenapa. Ammar seorang lelaki Yang baik. Cuma mungkin Ada sesuatu berlaku....apapun kata kak tini lupakan sekejap sampai sihat....nanti kita sama-sama jumpa ammar,tapi nisa yg kena selesaikan dengan ammar... Kak tini cuma boleh tolong bawa saja...ujar kak tini...!! Aku cuma tersenyum ..pasrah...pada kesalahan sendiri, namun rasa kecewa tak mampu kuhakis... Entahlahhh....
Kadangkala rasa penat berlari,bukan tak redha cuma Cuba untuk ubati luka sendiri,mencari silap sikap sendiri. Cuba menerima takdir tertulis, pemergian irsyad dengan amanah ditinggalkan padaku, perkahwinanku dengan ammar, aku merampas hak orang lain.... Dan takdir menentukan suami Ku memadukan aku. Allahhh...perit sungguh...tapi siapa aku menolak lakaran hidup ku Yang tertulis, dalam liku ini aku terkandas antara menerima atau menolak qada Dan qadar Yang ditetapkan padaku sebagai hamba Yang tak punya apa-apa...mungkin ada hikmah buat Ku, insan kerdil INI ya Allah...
YOU ARE READING
demi sebuah rindu(tamat)
Romanceseorang isteri kehilangan suami kerana kemalangan jalan raya.sebelum Irsyad suami Nurhanisa meninggal dunia,dia mengamanahkan doktor Ammar firhad untuk menjaga isterinya sehingga bersalin,kerana Nisa baru hamil 2 bulan dan dia juga meminta Ammar ber...