Ammar tersenyum melihat isterinya sedang tersenyum,dengan berbaju kurung pesak berbunga kecil.nampak cute jer,tapi membuat dia sedih,tubuh isterinya makin susut.ammar rasa gelisah tiap kali isterinya tidur.takut isterinya takkan bangun lagi.
Dua minggu lagi aidan balik dari indonesia.tiket umrah dah dibeli.pakej ditempah untuk semua ahli keluarganya.perniagaannya ditinggalkan pada abang ayub.aisyi dan aisya pula dah balik dari sabah.ammar tersenyum melihat isterinya menghampiri."abang comelnya anak firdaus dan dina,perempuan pulak." komen nisa
(Nisa)
Dina isteri kedua firdaus dah berubah.nadia pulak keguguran anak kedua.yang buat aku terkejut nadia minta cerai dari firdaus.
Dina banyak berubah,dengan berniqab,hampir aku tak kenal kata firdaus dina yang menjemput aku.masa aku sampai di rumahnya, dia yang menyambutku,memeluk tubuhku,dan meminta maaf atas dosanya padaku...apala sangat dosanya,dia sebenarnya tak jahat,tapi mungkin dia perlukan bimbingan,mungkin firdaus berjaya mendidiknya.Dari cerita firdaus katanya dia hampir kehilangan dina...dina yang membantu nadia sewaktu nadia keguguran tanpa memikirkan dia sedang sarat,dina membawa kereta walaupun tika tu dia sudah sakit nak bersalin,firdaus pulak waktu tu masih dipejabat,ada mesyuarat kat hospital.
Masa dalam perjalanan dina dah tumpah darah sebab uri dia dibawah,sampai dihospital dina dah tak sedar diri.nadia pulak rasa serba salah,kalau tak sebabnya pasti dina tak koma.dina koma selama sebulan,firdaus dah macam orang sasau,dia sayangkan kedua-dua isterinya,walaupun dina isteri keduanya diatetap sayangkan dina sama macam nadia.
Nadia minta cerai ,tapi firdaus menolak,dua-dua dia sayang,dia cuba berlaku adil,mungkin sudah tersurat dia hidup berpoligami.
Sedar dari koma dina terus berubah,dia amat sayangkan nadia,sebab dia tahu nadia terlalu baik.mereka bertolak ansur demi rumahtangga yang mereka bina,lagipun firdaus tak pernah berat sebelah,rumah pun firdaus buat kembar dua,senang kalau firdaus bertugas luar daerah.
Aku memandang nadia menghampiri kami,perutnya sikit buncit,firdaus memeluk bahu nadia di kanan,dina dikiri," maaf nisa, nadia tak berapa sihat,tengah mabuk,baru nak masuk dua bulan,tapi kali ni kembar tu yang nampak perut sikit besar" ucap firdaus sambil tersenyum dan mengusap-usap perut nadia...dina cuma ketawa bila firdaus memeluk bahunya..."ishh..hubby depan orang ramai dok usap dan peluk badan kitaorang,tak malu ke" tukas dina,sebab dia berniqap tak nampak la merah mukanya,firdaus tersenyum....pada ammar dan aku...moga mereka terus bahagia aku doakan....takdir tertulis sebegitu,dan mereka redha...ganjarannya bahagia...."Sayang fikir apa" tanya ammar padaku"aku memandang wajah ammar,ammar makin berusia,aku juga makin tua,malah lebih tua dari ammar,kalau dulu ammar dengan nadia mungkin dia akan bahagia,tak macam aku,sakit dan selalu menyusahkan ammar...
" abang nak kahwin lain tak?tanyaku pada ammar.dia diam membisu,sudahnya sampai dirumah mulutnya tak berbunyi.bila aku cuba menyentuh tangannya ammar menarik,dan berlalu kedalam bilik.ammar merajuk denganku,tapi salah ke soalan tadi.
Selepas solat,aku berbaring di buaian gantung di pinggir laman,sejuk saja.dari jauh aku nampak ammar termenung dikerusi batu.aku biarkan dan pejamkan mata,hampir terlelap ammar membisik padaku"maaf,sikit emosi" bisiknya.dia memelukku erat,rapat kedadanya,buaian ini muat untuk kami berdua." sayang tahu tak sebab apa abang bercerai dengan nadia?aku cuma mengelengkan kepala.
Ammar mengucup dahiku."selepas sayang pergi abang cuba terima nadia,tapi tiap kali abang cuba sentuh dia,bayang sayang bermain difikiran,tiap lekuk tubuh sayang,bau badan sayang... Dan itu tak adil buat nadia,dari situ lah abang faham,abang bukan jenis lelaki boleh menyintai dua wanita sekaligus,dan mungkin hati abang dicipta untuk seorang wanita sahaja sebagai isteri,satu-satunya sayang"ujar ammar.
"Nadia dicipta allah buat firdaus,walaupun bermadu,tapi firdaus mampu,sebab tu dia dapat dua isteri.firdaus ni dia banyak belajar ugama,lagipun dia menuntut dimesir.poligami ni kena ada ilmu cukup,nak didik dua isteri,anak-anak lagi...abang tak mampu sayang,hati abang tak mampu, cukuplah apa yang ada...sayang fahamkan" terang ammar lagi." dah lah jom tidur,esok anak-anak balik,sayang nak ajak pergi gunung jeraikan,nak tengok sunset dari puncak,so jom tidur"tegas ammar kemudian mencempung tubuh isterinya yang makin kurus,dan dia tahu dia harus isikan masa-masa yang masih berbaki untuk mencipta moment indah dia dan isterinya....kau yang satu,tiada duanya...nurhanisa....
YOU ARE READING
demi sebuah rindu(tamat)
Romanceseorang isteri kehilangan suami kerana kemalangan jalan raya.sebelum Irsyad suami Nurhanisa meninggal dunia,dia mengamanahkan doktor Ammar firhad untuk menjaga isterinya sehingga bersalin,kerana Nisa baru hamil 2 bulan dan dia juga meminta Ammar ber...