Selepas subuh kami bertolak ke kedah.anak-anak sudah tidur balik dibelakang.kali ini ammar bawa grand livina, maklumlah semua dalam satu kereta.aisy memang kaki tidur,aisya biasa la,suka melayan adik-adiknya.aidan pula sama macam aisy kuat tidur.bekalan nasi goreng dan sandwich yang sempat ku buat,ammar ni cerewet sikit kalau pasal makan anak-anak.nama saja seorang doktor ammar ni pengemar tegar kopi"o,siap suruh aku tapau dalam flask.untuk anak-anak ammar beli milo kotak masa isi minyak.
Lagi sejam kami akan sampai di hentian bukit merah,aku merenung wajah ammar.teringat kenangan lama.sambil memejam mata kubayangkan saat terindah dalam hidupku..tak terasa airmata menitis,sayu terkenangkan arwah irsyad.walau ada ammar disisi, tak terdaya kenangan dengan irsyad dihapus.tanpa irsyad aku takkan kenal siapa ammar, tanpa irsyad aku takkan ada kurnia terindah putraku aidan,seorang anak yang sangat persis macam irsyad...sesungguhnya irsyad adalah pinjaman terindah yang allah berikan biarpun seketika.ku hembus nafas, terasa sentuhan dipahaku,diusap-usap lembut.bila ku buka mata ammar dah pun berhenti di hentian bukit merah." kenapa sayang, susah hati pindah tempat baru?tanya ammar sambil mengusap-usap pipiku.aku cuma tersenyum dan mengelengkan kepala memegang tangannya dan mengucup lembut tapak tangannya"tak lah,cuma agak letih kan,banyak barang kita kena kemas"jawabku.ammar cuma tersenyum dan mengangukkan kepala"owh lupa pula,sayang nak makan kat sini atau nak makan kat pondok hentian seterusnya,abang tak dak selera nak makan kat kedai lah sayang" ujar ammar,sambil menoleh kebelakang melihat anak-anak masih tidur,"tapi kalau sayang nak ketoilet boleh lah,abang nak isi minyak dulu"terang ammar sambil memandu masuk kestesen minyak petronas.aku cuma mengelengkan kepala.terasa mengantuk pula.
Terasa usapan lembut dipipi,berat rasa mata namun kugagahi membukanya."sayang jom kita singgah kat sini,ada pondok untuk rehat dan tempat solat,kita makan bekal kita tadi,abang dah lapar ni,tu anak-anak dah bangun" ujar ammar sambil mulut mengunjuk kebelakang."ok..jom lah! balasku kembali.rupanya kami dah sampai kegurun kedah.Jam lapan malam kami sampai dirumah ammar di mergong indah.cantik walaupun taklah sebesar rumah lama kami tapi tetap menarik.dekorasi simple,maklum anak-anak kami lasak.ada empat bilik tidur,3 bilik air.dapur sederhana besar dan ruang tamu yang luas.bahagian belakang ammar letakkan buaian kecil dan kerusi hiasan dengan meja.ammar cuma letakkan beberapa pokok bunga kertas."cantikk!bisik hatiku.
Rupanya hanya tinggal aku dan ammar.aidan,aisy,aisya serta triplet,dah masuk kebilik masing-masing.aidan mungkin membawa triplet tidur, dalam usia sebelas tahun aidan dah boleh diharap,aisya pula sudah boleh membuat susu pada adik-adiknya.beza usia mereka cuma dua tahun,namun mereka sudah boleh berdikari.ikatan kuat antara mereka ku harap kekal sampai bila-bila.kata firdaus masa aku koma,aidan banyak membantu ammar.sikap penyayang dan lemah lembut dengan adik-adiknya sama seperti irsyad.aku bersyukur diberi kesempatan merasai indah kasih sayang anak-anak.
"Sayang abang jenguk anak-anak kejap,kalau sayang nak mandi tuala ada dalam almari, baju sayang ada dalam almari sebelah katil!terang ammar dan bergerak keluar kebilik tidur anak-anak kami.
selesai mandi dan solat, kurebahkan tubuh dikatil.ku pandang sisi tingkap kaca di tepi katil. Agak samar cahaya neon jalan, kerana hujan turun agak lebat,ku malapkan cahaya lampu tidur,indahhh gerimis dimalam hari, bagai merestui kami ditempat baru, moga hidup kami disini di permudahkan allah.dalam tak sedar aku terlelap.
Terasa sejuk ketulang hitam,namun semakin berkurang bila sepasang tangan kekar dan tubuh sasa menghimpit.ammar memeluk erat tubuhku dengan tubuhnya yang telanjang bulat.walaupun aku terjaga namun badan terasa letih,kutarik selimut untuk membalut tubuhku dan ammar.namun ammar pulak berbisik"hujan ni sayang,abang rasa macam nak sayang panaskan abang, bolehkan?tanya ammar."hmm..kat tempat baru ni lain macam sikit abang rasa" bisik ammar sambil mengucup leherku dan telinga ku. Nak buat macamana, layan jer laa blues ammar,nak bangkang berdosa so redha jer lah nisa...
YOU ARE READING
demi sebuah rindu(tamat)
Romanceseorang isteri kehilangan suami kerana kemalangan jalan raya.sebelum Irsyad suami Nurhanisa meninggal dunia,dia mengamanahkan doktor Ammar firhad untuk menjaga isterinya sehingga bersalin,kerana Nisa baru hamil 2 bulan dan dia juga meminta Ammar ber...