Part 17

832 78 24
                                    

TINGGI oktaf suara Daris menghalau menyinggung Laela. Tetapi ditelan sahaja memandangkan sememangnya dia yang bersalah. Kerana kesilapannya, Daris tercedera. Namun itu bukan alasannya untuk lari meninggalkan Daris yang bertempur dengan Pemburu Hati yang mengerikan itu.

"Aku takkan pergi!"

Termengah-mengah Daris menahan pedang. Terasa cengkamannya pada ulu pedang melonggar ketika dagingnya berdenyut kesakitan. Betapa tidak, anak panah masih tercacak di bahunya. Serangan bertubi-tubi dari pihak lawan mencantas niat Daris mencabut mata panah.

"Arghhh, damn it Laela!" Rahangnya mengeras ketika dia mengetap gigi. Menelan bisa yang mula terasa menjalar ke pembuluh darah.

Guruh yang berdentum menyuluh harapan yang tadinya terdetik mahu melarikan diri. Dengan bahunya yang kesakitan, mustahil dia gagah membuat serangan balas.

"MENGALAH DARIS! JANGAN BUANG TENAGA AKU!"

"Jangan harap!" Kali ini Daris menghayun pedang ke kaki Pemburu Hati. Namun serangannya dengan mudah dielak oleh makhluk di hadapannya.

"Daris, bagitahu aku macam mana nak kalahkan makhluk ni? Aku akan ikut semua arahan kau!"

Daris tidak mengendahkan. Sebaliknya dikerah otak mencari jalan mahu menumpaskan Pemburu Hati yang nampak bermain-main dengan lawannya yang sudah tercedera.

"NAMPAK GAYANYA INDAH SUDAH TIDAK BERJAYA MENJADI PELINDUNGMU."

"INDAH SUDAH HILANG KEPERCAYAAN PADAMU. INDAH RAGU-RAGU DENGANMU."

Kata-kata Pemburu Hati kembali terngiang-ngiang di telinga. Memberi petunjuk pada Daris yang mula kelelahan.

Laela menjadi pelindungnya jika gadis itu menyimpan rasa percaya dan membuang ketidakyakinannya.

Sinar mata Daris bercahaya terang. Laela dan hujan yang bakal turun memberi harapan untuknya menang dalam pertempuran kali ini.

Laela resah sendiri. Kebisuan Daris menandakan lelaki itu memendam kemarahan. Apa lagi yang harus dilakukan demi menebus kesilapannya?

"Laela!"

Semangat yang goyah tersentak. Terkejut mendengar panggilan Daris yang garang.

"Buang ragu-ragu kau dan percayakan aku. Itu yang akan tolong aku!"

Si Pemburu Hati terkejut. Kiranya lelaki di hadapannya sudah berjaya mengesan pelindung yang memagari hatinya. Tidak bertangguh, tangan kanan yang kosong ikut memegang ulu pedang. Melibas pedang berapi ke bahagian leher Daris.

Daris pantas menunduk sebaik sahaja berjaya membaca ke mana menghalanya mata pedang Pemburu Hati.

"Cepat Laela!"

Laela yang kebingungan terkesiap. Anak matanya tertunak lama ke tubuh Daris yang masih gagah menepis serangan Pemburu Hati. Bagaimana dia mahu membuang rasa ragu-ragu dan percayakan Daris kalau sememangnya itu yang dia rasakan?

Serangan yang bertubi-tubi tanpa henti merobek paha kanan Daris. Keluhannya berat. Menahan nyeri yang bermain di luka baru. Pantas Daris melompat menjauh. Tetapi tidaklah jauh mana dengan sebelah paha yang tergores.

Terkebil-kebil Laela memandang Daris yang mula kekurangan tenaga. Gendang di dadanya semakin kencang. Mendesak hatinya menuruti apa yang Daris mahukan.

"MENGALAH DARIS! MUDAHKAN KERJA AKU!" Pemburu Hati meletakkan pedangnya di atas tanah. Gembira kerana musuhnya semakin lemah.

Daris mengambil masa untuk menarik nafas. Dikerling Laela yang berada agak jauh. Sedang memukul dadanya berulang kali.

TRISWhere stories live. Discover now