Avrin terbangun dari lenanya apabila mendengar suara seorang perempuan.
"Sir, everything done ?", tanya Bella.
"Yeah. Take this. You may go now", Aryan menghulur fail kepada Bella.
Bella kemudian menunduk sedikit tanda hormat dan terus melangkah keluar dari bilik.
Aryan kemudian menoleh menghadap Avrin.
"Hey. Dah bangun ?", tanya Aryan. Kakinya bergerak menuju ke Avrin. Dia kemudian duduk di sebelah Avrin.
Avrin hanya mengangguk.
"Sekarang pukul berapa ?", tanya Avrin.
"Dah pukul 6 lebih. Tadi saya kejut awak untuk solat asar tapi awak tak bangun", terang Aryan.
Empat jam Avrin terlena di sofa empuk itu.
"Saya tak boleh solat", Avrin memberitahu Aryan.
Aryan hanya mengangguk tanda faham.
"Dah. Jom kita balik. Kerja saya dah selesai", ajak Aryan.
Avrin kemudian mengangguk.
Di luar masih terang. Matahari tidak turun lagi. Avrin hanya berdiam diri di dalam kereta.
"Hantar saya balik kondo boleh ?", tanya Avrin yang tiba-tiba bersuara."Haa ? Esok tak boleh ke ?", soalan dijawab dengan soalan.
"Tapi saya nak balik harini", jawab Avrin.
"Okay. Tapi esok awak kena pindah masuk rumah saya, okay ?", Aryan memberi syarat.
"Okay", sepatah Avrin menjawab. Suasana menjadi sunyi semula.
"Kenapa Ariq dengan Hayden datang office awak tadi ? Diorang takda kerja nak buat ke kat office diorang ?", Avrin memulakan bicara.
"Saya yang suruh diorang datang", jawab Aryan. Matanya masih tertumpu pada pemanduannya.
"Kenapa suruh diorang datang ?", tanya Avrin lagi.
"Ada benda nak bincang", jawab Aryan lagi."Kenapa tak bincang kat tempat lain ?", tanya Avrin. Matanya menghadap ke Aryan.
"Memang nak bincang kat luar mula-mula, tapi tukar plan"
"Kenapa ?"
"Awak tidur tadi, saya tak sampai hati nak kejut. Takkan saya nak tinggal awak sorang kat dalam bilik tu pulak", jawab Aryan jujur.
Avrin hanya terdiam selepas mendengarkannya. 'Seriously Ariq dengan Hayden datang sebab aku' getus Avrin di dalam hati. Tapi otaknya masih tidak mempercayai."Buka phone awak sekejap", Avrin menghulur telefon pintar milik Aryan yang baru diambil dari tempat letak telefon itu.
Aryan tidak banyak soal, dia terus membuka.
Avrin kemudian membuka whatsapp.Bro, datang office aku. Bincang kat sini -Aryan
Why ? -Hayden
Avrin tengah tidur -Aryan
Dia ada sana dengan kau ? -Hayden
Yeah. Aku bawak dia datang office tadi. Dia duduk rumah sorang -Aryan
YOU ARE READING
[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang mewah ini m...