Aryan memarkir keretanya di dalam garaj rumahnya. Kaki melangkah ke arah pintu utama.
"Hey, kenapa masukkan kereta ? Kata nak keluar", dengan pantas Avrin menyambung kepulangan Aryan dengan soalan. Aryan tersenyum.
"Kita guna kereta awak lah. Kereta saya takda minyak lah. Kunci kereta awak mana ?", Aryan berkata. Kemeja hitam yang dipakai dilipat dua lipatan menampakkan jam tangannya yang bewarna hitam. Baju kemeja yang di tuck-in di keluarkan dari dalam seluar.
"Kejap, saya pergi ambil dekat atas", kata Avrin lalu terus menuju ke biliknya di tingkat dua. Aryan tersenyum.
Kereta Audi TT milik Avrin bergerak laju dengan dipandukan oleh Aryan. Aryan menoleh ke bawah Avrin. Gadis itu memakai kasut tumit tinggi. Nampak sangat cantik.
"Hey ! Apa tengok-tengok kaki orang ni ?", Avrin menegur selepas menyedari kakinya diperhati.
"Saja nak tengok kaki yang saya akan cium masa malam pertama saya nanti", Aryan menjawab selamba. Ada tawa halus yang keluar dari bibirnya.
"Ish awak ni. Please lah jangan kotor sangat. Geli lah saya", Avrin membuang pandangnya ke luar tingkap. Tidak sanggup untuk memandang wajah lelaki yang sudah membuat hatinya berdebar-debar setiap kali bersua muka.
Aryan tersenyum melihat pipi Avrin yang sudah berona merah. Tiba-tiba iPhone milik Aryan berdering dengan nyaring.
"Hello... Okay", talian dimatikan. Begitu ringkas panggilan antara lelaki dengan lelaki. Hanya mengambil masa 5 saat. Paling lama pun 2 minit. Manakala panggilan antara perempuan dengan perempuan pula mengambil masa 3 jam 56 minit 31 saat. Apa yang mereka bincangkan sebenarnya ? Dari isu rumahtangga, pergi ke isu berat badan, kemudian isu Najib pula. Macam-macamlah.
"Siapa call ?", tanya Avrin. Kepala sudah ditoleh ke arah Aryan yang berada di sebelahnya. "Ariq", jawab Aryan ringkas. Avrin menganggukkan kepala beberapa kali.
"Kita nak pergi mana ?", tanya Avrin sambil membelek iPhone miliknya.
"Kita pusing-pusing KL ni dulu. Lepastu kita pergi shopping. Okay ?", jawab Aryan. Kening sebelah diangkat sedikit.
"Okay sangat !", jawab Avrin dengan teruja. Perempuan mana yang tak suka shopping ? Cer royak mari. Lagi-lagi kalau bukan guna duit sendiri, kan ?
Aryan tersenyum penuh makna.
BANG !!! BANG !!
"Apa tu ?", Avrin bertanya kepada Aryan. Mata sudah melilau mencari dari mana datangnya bunyi yang sangat kuat itu. Bunyinya seperti kereta dilanggar.
"Ada kereta accident kat belakang kita", jawab Aryan. "Oh my gosh !!! Kita kena tolong diorang ! Stop the car !", Avrin menjerit. Mata memandang ke belakang kereta. Kelihatan Honda Civic lama dan Honda Accord lama dilanggar oleh dua biji Hummer H3 bewarna hitam. Kedua-dua kereta Honda itu jelas hancur manakala Hummer hanya nampak tenang dan berlalu pergi begitu sahaja. Yes langgar lari.
(Hummer H3)
"No. Bahaya kalau turun tolong diorang. Kita kat tengah jalan ni. Karang tak pasal-pasal kita pulak kena langgar", kata Aryan. Mukanya masih tenang seperti biasa.
"Gila lah Hummer ni. Tahulah besar, tapi suka-suka hati je nak langgar orang. Larikan diri pulak tu, Tak ambik lesen kereta ke apa ni ?", Avrin mengomel sendiri. Aryan pula hanya tersenyum. Dia pasti anak buahnya mempunyai lesen kereta.
Avrin melangkah masuk ke dalam rumah. Seharian membeli-belah membuatnya letih. Yang penting, semuanya Aryan yang bayar.
"Awak rehatlah. Saya ada kerja nak buat", Aryan berkata kepada Avrin yang sedang memandang ke arahnya. Avrin menganggukkan kepalanya beberapa kali.
Kereta Ferrari 488 memasuki kawasan rumah. Ariq keluar dari kereta bewarna hitam itu. Kakinya terus melangkah ke arah Aryan yang sedang membelek iPhonenya di luar rumah.
"Dah settle", Ariq berkata sejurus selepas berdiri di hadapan Aryan.
"Bagus. Jayden dengan Hayden ke yang buat kerja ?", tanya Aryan. Matanya sudah tertumpu kepada adiknya.
"Kami bertiga", Ariq menjawab sebelum melepaskan tawanya.
"Kau pun ikut sekali ?", tanya Aryan. Kening diangkat beberapa kali.
"Well. Aku yang drive lagipun hahhaa", Ariq berkata lagi. Aryan hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kaki terus melangkah masuk ke dalam rumah.
"Fuck !!! Fuck !!!! Fuck !!! Macam mana boleh jadi macam ni ?!! Hancur plan aku !! Hancur !!", Erin menjerit. Satu rumah bergegar dek suaranya yang lantang.
"Hummer tu larikan diri, boss. Langgar lari", kata seorang lelaki berjaket kulit.
"Macam mana dengan budak-budak aku ?", tanya Erin.
"Diorang mati kat tempat kejadian, boss. Kereta-kereta boss tu pun hancur", jelas seorang lagi lelaki.
Erin mendengus. Dendam apinya semakin marak.
YOU ARE READING
[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang mewah ini m...