Mydina si Rambut Kuning

20 1 0
                                    

Mydina  melihat sekeliling. Kawasan yang dilaluinya itu sunyi. Dadanya sentiasa tidak tenteram setiap kali dia melalui lorong lengang itu. Tiada orang yang lalu-lalang . Hal ini kerana kawasan itu tidak lagi menjadi tumpuan . Yang tinggal di situ hanyalah kucing dan anjing liar sahaja yang setia mencari makanan di tong sampah berdekatan.

Dia mengambil keputusan untuk melalui jalan sunyi itu kerana malas hendak bertemu penduduk kampung.  Mereka pasti mentertawakan dia. Sungguh menyakitkan hati. Hanya kerana warna rambut dan kuasanya yang tak sama dengan penduduk Ani-Mei (sebuah kota di Adilicious) , mereka semua bertindak mengeji dan melayannya umpama sampah.

Medyna teringat akan kata-kata Chylian mengenai Adilicious. Apa yang didengarinya, Adilicious ialah dunia yang berbentuk bulat seperti pizza hot dan terbahagi kepada lima bahagian. Lima bahagian itu tidak dipanggil sebagai negara atau negeri tetapi ia disebut sebagai Kota. Kelima-lima kota tersebut ialah Kota Ani-Mei, Kota Barabes,Kota Calaein, Kota Dendyna dan Kota Metropolitan.

Pusat pemerintahan Adilicious terletak di Kota Metropolitan. Ia sebuah kota yang lebih maju daripada yang lainnya.

Tiba-tiba...

Pukk!!

"Auchh!," dia mengerang kesakitan. Lamunannya hilang serta-merta .Belakang badannya terasa perit apabila dihumban dengan batu keras.Langkahnya terhenti sementara tangannya memegang bahagian badannya yang perit.  Dia mengalih pandang melihat orang yang membaling batu kepadanya di belakang .

Dibelakangnya beberapa pemuda sebayanya ketawa berdekah-dekah. Mereka semua ada tiga orang. Yang seorang paling hadapan berambut putih, kulit cerah, matanya berwarna kelabu, dan memakai baju kot berjenama. Agaknya dia ialah ketua kumpulan pemuda itu. Kedua rakannya pula ialah kembar seiras. Rambut mereka berwarna merah , mata mereka hitam gelap, namun kelihatan segak bergaya dengan baju tebal berwarna hitam. Semuanya tersengih melihat perempuan yang mengerang kesakitan itu.

Celaka bisik hati perempuan itu. Matanya tajam melihat satu persatu wajah pemuda dihadapanya..

" Hei si cacat !! Apasal tak lawan dengan kitorang? Takut ehh?! Alololo, dia takde power lah.. Cian dia.. Hahaha," Akif selaku ketua kumpulan itu ketawa jahat. Rakannya hanya tersengih seperti kerang busuk. Agaknya yang ini lebih busuk dari kerang itu sendiri.

Mydina malas hendak melayan kutu rayau dihadapannya itu. Meskipun hatinya sakit tidak terkata, namun dia malas nak bertekak dengan orang yang tak reti berperasaan. Kalau bukan kerana abang angkatnya yang beria-ia minta tolong dia beli makanan di kedai, pastilah dia takkan keluar rumah. Dah muak sangat nak tengok muka penyangak tiga orang tu.

Belum sempat Mydina melangkah kakinya menjauh dari kumpulan pemuda itu, dengan sepantas kilat Akif berada dihadapannya.

Mydina yang kaget melihat pemuda itu seraya berkata " kau dah kenapa? Apasal nak sibuk hal orang? ". Mukanya merah padam. Amarahnya membuak seakan mahu meletus.

" alahai! Cik adik rambut kuning dah marah.. Huhuhu, takutnya.. Apa aje dia boleh buat? Kesian, satu kuasa pun dia takda," kali ini sindirannya agak pedih juga ditelinga Mydina. Memang Akif ni tak pandai berbahasa langsung.

" kau jangan nak sembarangan cakap boleh tak? Aku dah muak tengok muka kau lah.. ," marah Mydina.Dia mencuba melangkah pergi namun ditegah pula oleh rakan-rakan Akif.

" wou.. Wou..  Dah pandai melawan eh.. Sejak bila kau jadi berani ni? Ingatkan dia ni budak hingusan yang tahu nanggis je. Hehehh," satu daripada kembar iras itu membuka bicara .  Dia menguntum senyuman. Namun senyumannya itu kelihatan lebih jelek dimata Mydina.

Terbakar hatinya bila mana lelaki itu berani mengatakan dia hanya pandai nanggis je.. Sakit hati, namun cuba dikawalnya juga. Apa boleh buat, dia ni bukan ada kuasa hebat macam diorang. Si Akif ni seorang dah cukup kuat untuk menumbangkan dia dengan kuasa elemen anginnya itu. Belum lagi si kembar seiras ini, Fendi dan Fedia yang masing- masing ada kuasa elemen api maha hebat. Boleh lembik dia kalau macam ni. Aduhai!!

Wajahnya sedikit berubah jadi sedih. Dia dah tak tahan tengok muka pembuli bertiga ni. Tapi, apa boleh buat, dah nasih badan yang dia ni bukan ada kuasa elemen macam diorang semua..huhuhuh

" ehh, tadi bukan main bertenaga je. Ni tetiba lembik. Haahahah, dah takut ke dengan kitorang?!," Fendi menunjukkan wajah garangnya yang semacam mengancam.

Bergegar juga isi kulit Mydina bila dia melihat wajah-wajah rakan sekelasnya itu. Garang bukan main. Tapi, nakal lagilah.

Aku kena lari dari sini secepat mungkin. Aku mesti pergi beli makanan untuk abang Chylian dulu.

Mydina terdiam sejenak . Dalam fikirannya sibuk memikirkan helah untuk keluar dari kemelut itu.

" hei si cacat, kau diam kenapa? Takut eh? Hahahah," kali ini Fedia pula yang bersuara.

Kali ini Mydina tersenyum nakal. Akhirnya dia berjaya mendapat idea. Harapnya berjaya. Heheh.

" Aku tak takutlah. Tapi kan, korang ni berdiri lama-lama disini, tak lapar ke? Aku dengar kedai baru buka disimpang jalan tu ada jual Dorayaki New Recipe . sedap gila. Tak nak cuba ke?," Mydina mengangkat sedikit keningnya. Dia tersenyum menampakkan giginya yang serba putih serta raut wajahnya yang comel.

Akif, Fendi dan Fedia yang sejak tadi berwajah sinis dan garang tiba-tiba wajah mereka bertukar kelat. Perut mereka berkeroncong kelaparan. Padahal, tadi dah makan..

"Tak guna kau cacat.kau main tipu.. !!," kelihatan Fendi terduduk lesu memegang perutnya yang kelaparan. Staminanya hilang. Tiada tenaga.

Begitu juga dengan Fedia dan Akif. Masing-masing berwajah kelat dek kelaparan.

Sekarang tiba masanya Mydina tersenyum sinis. Sebelum dia berlalu pergi, sempat dia berkata " ada dijual Monorito paling sedap di simpang tiga. Ditaburi kacang hazel, sos kebab, dan cheeze.. Harapnya korang tak rugi pergi sana dengan perut kosong."

Lalu dia melangkah pergi dengan senang hati ke kedai untuk membeli makanan yang dipesan oleh Chylian, abang angkat kesayangannya itu.

Akif, Fendi dan Fedia tersenyum kelat sambil memegang perut masing-masing yang berkeroncong minta diisi.

"Kurang ajar betul budak cacat tu.. Tak senonoh guna kuasa tahap kanak-kanak macam tu. Tapi berkesan juga buat aku lapar. Ahhh!! Lapar!!," jerit Akif dengan marah. Moodnya jadi tidak baik lalu dia mengaktifkan kuasanya untuk berlari laju ke premis makanan berdekatan. Namun dia tak sempat sampai kerana staminanya telahpun habis..

"Celaka!"

Mydina dari jauh hanya mampu ketawa melihat tiga pemuda tadi.

" hehehh, aku cuma guna magik tahap satu pun korang dah lembik.. ," geli hatinya sangat-sangat.

Usai membeli barang yang dihajati, dia bergerak untuk pulang ke rumah.

Sesampainya dirumah, dia melihat Chylian menunggu didepan pintu dengan wajah risau. Melihat dia disitu, wajah risau itu cepat-cepat diusir pergi dengan senyum kelegaan

"Apasal Dina lambat sangat? Abang tunggu lama tau...ni dah separuh risau..takut juga kalau c Akif and The gang tu kacau kau lagi," tanya Chylian sebaik sahaja Mydina menghampirinya.

Mydina hanya tersengih nakal."memang ada jumpa diorang pun tadi. Tapi akhirnya Dina guna magic lapar je untuk tewaskan diorang.. Kesian juga tengok diorang berlari-lari cari kedai makan.. Hahhaha."

Chylian berasa lega mendengar berita itu.. Ada rasa geli hati juga bila dia membayangkan wajah-wajah kutu rayau itu berubah jadi serigala kerana lapar sangat.   Hilang ego yang dijaga selama ni..kahkahkahkah

HERO ADILICIOUS!!Where stories live. Discover now