Chylian duduk bersandar pada kerusi sambil merenung jauh membelah pandangan di antara samudera lautan nan luas dari tingkap kamarnya. Jasadnya berada di situ sedangkan mindanya menerawang jauh. Entah apa yang sibuk sangat difikirkan olehnya. Wajahnya pula menunjukkan riak yang tenang , tiada tanda menunjukkan bahawa dia sedang bermasalah.
Tiba-tiba pintu kamarnya diketuk lembut dari luar diselangi suara halus.
Ah, ni mesti Mydina. Kacau pula dia ni. Aku dah syok cari ketenangan pun tak boleh. Ishh...
Bisik hatinya.Lantas dengan langkah berat, dia gagahkan juga untuk membuka pintu itu.
Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan Mydina memandang ke arahnya dengan wajah yang dibuat-buat comel.. Ingat dia comel lah sangat...wkwkwkw
"Ada apa ni Dina?," dengan pelik , Chylian bertanya. Memang aneh adik angkatnya yang sorang ni. Boleh pula dia tak rasa bersalah sebab dah ganggu Chylian yang sibuk mengelamun.
"Ehh, tak boleh ke Mydina datang bilik abang?," wajahnya masam mencuka. Sengaja dijuihkan sedikit bibirnya tanda protes dengan soalan Chylian.
Chylian jadi serba salah bila tengok adiknya itu merajuk sakan.. " err, mestilah boleh.. "
" Abang ni... mesti tak ikhlas cakap ni kan?," Mydina masih lagi dengan rajuknya. Tidak dipeduli sang abang yang terkinja-kinja mencari akal untuk memujuknya.
" ehh mana ada.. Abang ikhlas ni...err, marilah masuk.. Kita main dam ular , nak?," akhirnya Chylian mendapat akal untuk memujuk Mydina.
Kelihatan Mydina berfikir sejenak. Akhirnya dia tersengih kembali. Chylian melepaskan nafas lega kerana tidak perlu lagi mencari helah untuk memujuk.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kamar itu. Terdapat sebuah katil besar yang empuk didalamnya. Cadarnya berwarna biru muda termasuklah bantal-bantal yang berada di sekelilingnya. Bukan itu sahaja, malahan dinding kamar itu juga berwarna biru laut. Memang menenangkan pada setiap mata yang memandangnya.
Mydina melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia sebenarnya bukan saja-saja nak datang ke bilik abangnya itu. Ada satu tujuan lain. Tapi dia mendiamkan sahaja sebentar. Dia menunggu masa yang sesuai.
Dia melihat abangnya itu sedang berdiri dan sibuk mencari-cari sesuatu di dalam laci almari.
"Abang cari apa?," tanyanya kepelikan melihat tingkah si abang.
Chylian mengalih pandang ke arahnya. Ternyata abangnya pun turut sama pelik dengan pertanyaan itu.
" tadi bukan ke Mydina nak main dam ular dengan abang? ," soalan Mydina dijawab dengan soalan. Selepas itu, Chylian kembali menyelongkar laci mejanya. Mencari-cari buah dadu yang hilang. Sudahlah benda tu kecil, memang agak susah nak cari di dalam laci yang macam ada ribut di dalamnya. Dah salah Chylian sendiri yang malas mengemas lacinya itu.
Mydina tersengih apabila memikirkan yang dia bertanya soalan bonus macam tu. Hehehe.. Patut pun abangnya rasa pelik.
Tapi, sengihan ceria itu tidak bertahan lama, akhirnya ia berubah menjadi satu keluhan berat . Mydina melihat Chylian yang sedang membelakanginya kerana masih sibuk mencari buah dadu . Sebenarnya Mydina ada banyak persoalan yang hendak diajukan kepadanya. Hatinya tidak senang kalau dia tidak menemui jawapannya.
"Abang. Mari duduk sini kejap.," akhirnya Mydina bersuara memecahkan keheningan antara mereka.
Chylian memandang Mydina di belakangnya. Pelik tengok wajah itu tiba-tiba suram sedangkan baru tadi dia tersengih manja.
Mahu tidak mahu, Chylian akhirnya melabuhkan pungunggnya di sebelah Mydina.
Dia mengusap lembut rambut kuning adik kesayangannya itu. Bibirnya mengukir senyuman penuh ketenangan.
YOU ARE READING
HERO ADILICIOUS!!
AdventureDunia Adilicious dibawah pemerintahan Ratu Raziana Evelyn atau digelar sebagai Queen of Adilicious.. Dunia ini bulat. ibarat sekeping pizza hot yg sedap dan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Kota Ani-Mei, Kota Barabes, Kota Calaein, Kota Dendyna d...