Kota Calaein, 16 tahun lalu...
Eyvin terduduk di atas tanah . Kakinya tidak lagi larat hendak melangkah. Dia sudah berlari terlalu jauh. Perutnya sibuk mendendangkan lagu balada menandakan ia sangat kelaparan.
Dia melihat sekeliling. Di hadapannya tidak lain hanyalah pohon-pohon tinggi yang mencakar langit. Suasana kelam akibat cahaya tidak sepenuhnya sampai ke lantai dunia . Tiada jalan keluar dari hutan ini. Dalam erti kata lain, dia telah sesat .
Dilihatnya dua orang bayi yang dikendong olehnya sejak tadi. Kedua-duanya senyap, namun matanya tidak sudah-sudah berkelip . Mereka melihat ibunya yang kepenatan . Tiada reaksi daripada mereka kerana mereka langsung tidak mengerti apa yang telah terjadi .
Eyvin menanggis sambil memeluk anaknya. Keadaannya terduduk lemah di atas tanah sambil menyandar di pohon tua.
" anakku, maafkan mama sayang," katanya sambil tersedu-sedan. Nafasnya tertahan-tahan seolah dia tidak mahu kesedihannya didengari oleh anak berdua itu. Sedangkan mereka langsung tidak mengerti.
" mama gagal ,nak.. Mama yang bersalah. Mama minta maaf sangat-sangat. Mama sayang kamu berdua." katanya lagi memecah keheningan hutan .
Dia sebak, melihat kedua anak yang tidak berdosa ini. Merekalah pewaris keturunannya. Disebabkan kedengkian orang lain, dua orang anak kembarnya ini menjadi mangsa dunia. Mereka hendak dibunuh oleh penjahat yang memendam hasad dengki.
Suaminya telah dibunuh. Malah abang dan kakak kesayangannya juga. Bukan itu sahaja, seluruh keluarga keturunannya. Penjahat itu langsung tidak mahu menyisakan keturunannya di muka dunia ini lagi. Entah apa salah mereka.
"Anakku, membesarlah menjadi orang yang baik. Maafkan mama," ucapnya lagi dalam kesayuan. Dia membelai rambut anaknya.
Tiba-tiba dari kejauhan dia mendengar ada suara orang sedang bercakap-cakap.
"Ke mana mereka telah pergi? Pastinya tidak jauh dari sini. Zender, cari mereka cepat!" arah seseorang . Tidak dikenali siapa yang berucap .
Eyvin cepat-cepat bertapuk dibawah pohon tempatnya bersandar. Dia sempat melihat beberapa makhluk yang menunggang penyapu terbang. Baju mereka berwarna hitam dan bersamanya ada beberapa orang lelaki sasa . Mungkin orang suruhannya. Dia kenal wanita itu. Dialah penyihir jahat yang hendak menghapuskan keturunannya. Dia Henambei.
" maafkan mama," buat kali terakhir dia mencium pipi kedua anaknya . Dia mengeluarkan sehelai kertas dan pen dari koceknya . lalu dia menulis sesuatu dengan tergesa-gesa.
Cyhelin, harap sudi jaga mereka . aku minta maaf. Aku terpaksa memberinya pada kau. Aku percayakan kau.
Eyvin
Eyvin menyelitkan kertas itu didalam baju salah seorang anaknya.
Lalu tanpa berlengah dia memejamkan mata . Tangannya dihalakan tepat diatas kedua anak itu. Dengan tiba-tiba muncul cahaya ungu yang terang dari telapak tangannya. Cahaya ungu itu meresap kedalam kedua anaknya lalu membentuk sejenis tanda berwarna unggu dileher mereka .
Dan setelah itu, dia melakukan aksi yang sama, namun kali ini muncul cahaya berwarna biru laut dan cahaya itu terus terang. Akhirnya ia menelan kedua susuk tubuh anak kecil tersebut sehingga hilang dari pandangan.
Selesai sahaja upacara itu, Eyvin tertunduk lesu. Sebak meruntun hatinya. Dia kesedihan kerana terpaksa berpisah pada satu-satunya makhluk yang dia ada di bumi Adilicious ini.
Tanpa dia sedari, kuasa yang dikeluarkan olehnya telah menarik perhatian segerombolan makhluk berbaju hitam yang menaiki penyapu terbang. Mereka sebenarnya dari kaum sihir .
Eyvin terkejut tatkala tiba-tiba muncul seseorang dihadapannya. Dibelakang orang itu, ada beberapa orang lagi. Orang itu semua ialah mereka yang dilihatnya tadi .
" akhirnya aku bertemu dengan kau. Mana anak- anak kau? Serahkannya sekarang!," kata wanita sihir dihadapannya itu dengan angkuh.
Wajah wanita sihir itu menakutkan. Ada parut panjang merentangi dahinya. Matanya tajam melihat Eyvin.
" kau tidak akan sesekali berpeluang menyentuh anak-anakku!," jeritnya dengan marah.
Beberapa orang suruhan wanita sihir mula mengangkat senjata. Senjata diacukan kepada Eyvin. Berjaga-jaga sekiranya Eyvin menyerang ketua mereka.
" kau masih berdegil Eyvin. Kau ingat mereka akan selamat walaupun mereka akan hidup 16 tahun lagi? Ingat sikit, aku takkan sesekali biarkan keturunan kau hidup di Adilicious ini lagi. Hahahahah," wanita sihir itu ketawa penuh sinis. Nadanya mengejek dan menjengkelkan.
Eyvin hanya berdiam diri.
Setelah menghabiskan tawanya , dia berkata " tangkap dia!!."
Eyvin tidak pula melawan. Dia merelakan dirinya ditangkap . Sebelum dia dibawa naik ke atas penyapu terbang itu, dia berkata dengan perlahan.
" aku percayakan kau Chyelin."
***********
Bunyi pedang berdentingan memecahkan keheningan padang luas itu. Di sebelahnya berdiri gah sebuah rumah agam yang cantik . Rumah agam yang berwarna kuning telur dan disekelilingnya terdapat pagar berwarna hitam yang tinggi yang memisahkan antara dunia luar dengan dunia di rumah agam itu.
Dari atas pokok, dua ekor tupai sedang duduk bersantai sambil memerhatikan pasangan yang sedang beradu tenaga bermain pedang tidak jauh dari rumah agam . Salah satunya yang bermain pedang itu ialah perempuan dan seorang lagi ialah lelaki . Namun, si perempuan itu tetap tidak kurang hebatnya. Itulah sebabnya perlawanan pedang itu berjaya menarik minat dua ekor tupai tersebut.
" Shagy, tengok perempuan rambut kuning tu. Comel kan?," tegur salah seekor dari tupai itu. Dia melirik melihat saudaranya disebelah .
" Yalah. Kalau kau nak tahu, dia tu baik hati walaupun nampak garang bila main pedang," jawab tupai yang bernama Shagy itu.
Saudara Shagy terkejut bila mendengar kenyataan itu. Dalam hatinya tertanya, dari mana Shagy tahu?
" Dari mana kau tahu Shagy?," dahi tupai itu berkerut.
" Sem, aku ni kan penyiasat terbaik kaum tupai, mestilah aku tahu. Macam kau tak kenal aku." Shagy tersengih melihat saudaranya yang bernama Sem itu tertanya-tanya.
"Hehhe...aku lupa kawan aku ni penyiasat," Sem tersengih malu.
Hidung Shagy bergerak-gerak. Kembang juga dia bila dipuji sebegitu.
" Aku memang dah lama perhatikan dia. Malah aku tahu kisah sedih tentang dia. Nama sebenarnya ialah Mydina Rydin . Yang sebelah dia tu abang dia, Chylian. " kata Shagy setelah beberapa detik dibiarkan jeda .
" ouhh.. Err, apa kisah sedih dia yang kau tahu?." sesekali Sem melihat Shagy. Namun matanya masih tidak lepas melihat pertarungan sengit itu.
" Dia selalu dicaci oleh penduduk kampung. Kau tak perasan ke dia ini pelik? ."
" tak. Apa peliknya?"
"Rambut kuning emas itu"
Selepas menuturkan kata-katanya yang terakhir ,Shagy berlalu pergi membiarkan Sem yang ralit menonton.
"Mydina yang kasihan . Aku harap aku mampu membantunya suatu hari nanti." ucap Shagy seraya masuk ke dalam lubang pokok buatnya sendiri.
Namun, apa yang tupai itu tidak ketahui, Chylian hanyalah abang angkat sahaja kepada Mydina . Mungkin tupai itu dah perasan sangat yang dia tu tahu semuanya. Cehh! Ingat dia pandai sangat ke? Hehehe.
YOU ARE READING
HERO ADILICIOUS!!
AvventuraDunia Adilicious dibawah pemerintahan Ratu Raziana Evelyn atau digelar sebagai Queen of Adilicious.. Dunia ini bulat. ibarat sekeping pizza hot yg sedap dan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Kota Ani-Mei, Kota Barabes, Kota Calaein, Kota Dendyna d...