Kota Dendyna...
Seseorang berdiri diambang pintu. Melihat kanak-kanak yang berlarian sambil mengejar sesama sendiri. Gelagat mereka amat mencuit hati dan menarik perhatiannya.
Namun , hatinya gusar. Dia dapat merasakan sesuatu yang bakal terjadi. Cumanya, dia tidak tahu sama ada perkara itu baik ataupun tidak. Hatinya tidak tenteram. Sesuatu itu sentiasa menghantuinya baik siang mahupun malam.
Aku takut, perasaan itu semakin menebal. Seolah-olah aku telah kehilangan sesuatu yang penting padahal aku tidak pernah kehilangan apapun . Aku semakin merasakannya, dan dalam firasatku... Sesuatu yang besar pasti akan berlaku kelak. Katanya didalam hati.
Keriangan kanak-kanak yang bermain di hadapannya tidak lagi menarik perhatian. Dia tenggelam dalam fikirannya yang melayang .
Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan suara tangisan seseorang. Suara budak. Dia tersedar daripada lamunannya.
Apabila melihat satu susuk tubuh yang jatuh tertiarap di hadapannya, dia segera bergegas mendapatkan budak perempuan itu. Budak itu menangis . Kawan-kawannya yang lain sudah lama pulang. Kepulangan mereka langsung tidak disedari olehnya sebab dia sibuk berkhayal.
" adik tidak apa-apa? " tanyanya. Dia risau melihat budak itu masih tidak berhenti menangis.
Budak yang tertiarap itu dibantunya untuk bangun. Kelihatan lutunya berdarah.
" adik, mari sini ya. Biar akak tolong balut luka ni," dia berkata kepada budak perempuan itu.
Budak itu berhenti menangis. Wajahnya comel , berambut unggu serta matanya yang bundar memukau. Dia kemudian mengangguk perlahan tanda bersetuju mengikuti wanita yang menolongnya tadi.
Dia memimpin tangan budak itu menuju ke rumahnya yang hanya beberapa langkah daripada tempat budak-budak itu bermain sebentar tadi. Budak perempuan yang dalam lingkungan 7 tahun itu berjalan terhinjut-hinjut sambil bibirnya diketap menahan sakit .
Sampai sahaja diambang pintu, dia menyuruh budak itu menunggunya seketika sementara dia mengambil kotak kecemasan di biliknya. Sekali lagi, budak itu mengangguk dan melabuhkan punggung di tangga rumah .
Sekembalinya daripada bilik, dia terus membuka kotak kecemasan dan menyapu ubat di bahagian yang terluka. Sesekali budak itu mengerang menahan sakit.
" adik siapa nama?," tanyanya sambil membalut luka tersebut.
" nama saya zetta. Saya ada kakak. Namanya Zetti." Jawab budak itu.
Dia tersenyum. Rupanya budak ini memang peramah. Seronoknya bila ada adik yang macam ni. Tak lah dia kebosanan. Maklumlah, dia ni anak tunggal.
"Zetti mana? Kenapa dia tidak ada di sini?" tanyanya lagi. Lutut budak itu telahpun siap berbalut. Zetta kelihatan membelek-belek kakinya yang berbalut kemas. Kemudian dia tersenyum.
" kakak Zetti dah pulang rumah. Dia tak tahu Zetta ikut dia senyap-senyap," jawab Zetta. Bibir mungilnya petah bercakap. Senyuman kecil dihadiahkan kepada kakak di hadapannya itu.
"Ouhh... Zetta nak akak hantar pulang ke rumah?"
" betul ke akak nak hantar Zetta?"
" ya. Kalau macam tu, marilah . Nanti ibubapa Zetta risau," katanya kepada Zetta.
Zetta hanya mengangguk sambil tersenyum kecil. Namun, jauh di lubuk hatinya tersembunyi perasaan takut yang teramat.
***********
"Zetta!," jerit satu suara kecil dari dalam rumah.
Di hadapannya tika itu ialah sebuah rumah besar yang mewah . Perkarangan rumah itu dihiasi bunga-bungaan yang mekar mewangi. Ada sebuah ayunan kecil yang berada di kiri rumah itu. Sebuah pohon rendang berada betul-betul dibelakang rumah dan menutupi sebahagian atapnya. Pohonnya tinggi sehinggakan dia boleh melihatnya dari jauh.
Dia berkalih pandang melihat sekujur tubuh yang berlari-lari anak ke arahnya dan Zetta. Budak perempuan itu menarik minatnya.
Wajah Zetti sama sebijik macam wajah Zetta. Sejak itu dia tahu yang Zetta dan Zetti ialah kembar seiras. Namun, Zetti ialah kakak kepada Zetta.
Dua saudara kembar itu berpelukan seolah-olah telah lama berpisah. Padahal baru setengah jam yang lalu.
"Hoiii!!!"
Tiba-tiba satu sergahan daripada pintu rumah mngejutkan mereka bertiga. Lantas cepat-cepat Zetta dan Zetti bertapuk di belakangnya.
Dia terpingga-pingga. Di hadapan pintu itu muncul seorang wanita yang menakutkan. Wajahnya dihiasi parut dari dahi ke matanya. Hidungnya panjang bak pembaris. Kulitnya berkedut-kedut menggambarkan yang usianya sudah melangkau puluhan tahun. Badannya sedikit bongkok. Dia memakai baju labuh berwarna hitam gelap serta topi panjang menutupi bahagian kepalanya. Dan wanita tua itu sedang memandangnya dengan TAJAM!
Bergegar lututnya melihat wanita itu. Saudara kembar itu tidak kurang juga ketakutan. Siapa wanita ini? Dia ibu mereka?
" Kau buat apa di sini!?" sergah wanita tua itu.
Dia tidak mampu menjawab. Mulutnya terkunci rapat. Lutunya terasa bergegar kuat, jantungnya mahu sahaja tercabut keluar, dia begitu ketakutan.
" Zetta , Zetti, masuk ke dalam! Kau , BERAMBUS dari sini!," marah wanita tua itu lagi .
Akhirnya dia melangkah pergi dengan sejuta rasa. Rasa bersalah membiarkan budak berdua itu yang dimarahi , rasa takut, rasa geram kerana ditengking, rasa menyesal kerana tidak mampu menolong Zetta dan Zetti. Apalah dia ni, ada kuasa hebat, tapi pengecut!
**********
Apabila memikirkan Zetta dan Zetti, rasa kehilangan yang dia rasai dua hari sebelum ini semakin menebal. Entah kenapa, dia rasa semua ini ada kaitan dengan kembar itu.
Siapa aku?
Mengapa aku tiba-tiba merasai perasaan yang pelik?
Ahh!! Mungkin aku sedang berburuk sangka....
YOU ARE READING
HERO ADILICIOUS!!
AdventureDunia Adilicious dibawah pemerintahan Ratu Raziana Evelyn atau digelar sebagai Queen of Adilicious.. Dunia ini bulat. ibarat sekeping pizza hot yg sedap dan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Kota Ani-Mei, Kota Barabes, Kota Calaein, Kota Dendyna d...