Dia melihat sekelilingnya. Penuh dengan kawasan padang rumput yang hijau. Rumput-rumput itu meliuk-lentuk dibawa angin yang menyapa halus pipinya. Terdapat bunga-bungaan berwarna-warni menghiasi pandangan mata. Ia pemandangan yang indah di mana rama-rama terbang umpama sekawanan pelangi yang menebar keindahan. Wangi-wangian menyusur masuk ke rongga hidungnya.
Alangkah indahnya..
Kalau dapat ku takluki
Alangkah bebasnya...
Andai dapat ku jejakiHiduplah kau sang Cahaya
Terangilah alam yang gelap gelita..
Bisakah kau lihat orangmu menderita?..
Apa kau tidak terasa keperitan menjadi mereka...Dalam suasan terlena dek hembusan bayu nan damai, dia terdengar suara nyanyian seseorang. Suara itu kedengaran seperti tidak asing baginya. Tapi, siapa dia?
Aku tidak mengenalinya bisik hatinya. Ia kedengaran mengelirukan. Dia susah hendak mencari daripada mana arah suara itu seolah-olah ia tidak mahu memberitahu siapakah dia.
Namun, Medyna pasti yang orang itu mungkin ialah orang yang dikenalinya. Cuma, dia tidak mengingatinya.
Dia hanya mengangkat kening dan bahu tanda tidak mahu ambil kisah perihal itu. Baginya, mengamati alam yang indah itu adalah satu peluang yang pastinya dia takkan lepaskan.
Cahaya... Marilah .. Datang kepadaku.. Jangan biar Adilicious menjadi semakin teruk.. Kaulah penyelamat... Hanya kau....
Suara itu lagi. Ia berngiang-ngiang di telinganya. Medyna mengerutkan dahi.
"Siapa kau? Tunjukkan dirimu." ujar Medyna . Matanya meliar melihat jikalau ada jejak yang membolehkan dia tahu siapa gerangan si pemilik suara.
Aku adalah kau.. Dan kau adalah aku.. Sang Cahaya.. Jangan biar aku menunggu lama.
Dia semakin bingung. Apa maksudnya? Sang cahaya itu siapa?
"Kau siapa sebenarnya hah!? Siapa sang cahaya? Mengapa kau cakap semua ni dekat aku? ". Dia semakin kaget. Kaget mendengar jawapan yang diterimanya tadi. Otaknya tidak dapat mencerna segala maklumat tersebut.
Usah fikirkan diriku.. Fikirkanlah dirimu. Akan ada sesuatu yang bakal merubah hidupmu . Dan kau, kau mesti tempuhinya juga. Bersamaku... Kerana kita adalah satu..
Tergamam Medyna apabila mendengarkan jawapan itu. Hatinya dipenuhi tanda tanya. Tetapi , mengapa 'orang' itu suka membelitkan cerita? Lain ditanya lain pula dijawabnya .
" tolonglah jawab soalanku yang terakhir. Kau siapa?," dia bertanya sekali lagi.
Aku adalah kau.. Kau adalah aku.. Kitalah cahaya itu..
Medyna sudah terlalu pening. Entah kenapa tiba-tiba pandanganya berpinar-pinar. Lantas dia memejam mata. Namun kali ini lagi teruk, dia merasakan dirinya sedang jatuh di dalam sebuah lohong hitam. Sedang matanya tertutup rapat dan kedua tangannya menutup telinga.
Akhirnya dia tidak sedarkan diri. Hingga tiba-tiba dia merasakan tubuhnya digoncang perlahan. Dia membuka mata dalam keterpaksaan.
Wajah pertama dilihatnya ialah Chylian.
" mimpi buruk ke? ," Chylian bertanya . Dia risau apabila melihat adiknya meracau tak tentu arah sejak tadi sambil bertanya 'Siapa kau?'.
Dengan kudrat yang ada, Mydina bangun dari pembaringan. Dia lantas mengeluh berat. Dahinya yang berpeluh disapu dengan tangannya. Sekadar menghilangkan peluh itu.
Chylian masih tegar menunggu adiknya itu membuka bicara.
"Abang, Dina nak tanya sesuatu," kata Mydina. Dia melihat wajah abangnya. Wajah itu tenang namun disebaliknya penuh tanda tanya. Kesihan. Pasti dia menunggu Mydina menceritakan kisah mimpinya.
" tanyalah." jawabnya sepatah.
" aku adalah kau.. Kau adalah aku .. Apa maksudnya?," kali ini Mydina mengalih pandang ke tingkap. Melihat suasana laut yang menenangkan.
" err," Chylian kehilangan kata. Namun dia menyambung lagi "mungkin maksudnya, hanya seorang. Mereka ialah satu. 'Kau' dan 'aku' kemungkinan ialah orang yang sama. "
"Ouhh...."
"Kenapa tanya soalan pelik mcm ni?"
" tiada apa. Err, Dina nak masuk bilik dulu," Mydina lantas berjalan keluar dari bilik abangnya meninggalkan Chylian terpingga-pingga.
Kenapa dengan adik aku ni? Pasti ada sesuatu yang dia rahsiakan daripada aku.. Tapi takpe lah. Suatu hari pasti dia ceritakan juga, bisik hati Chylian.
Kemudian dia bangkit dan berdiri di tingkap kamarnya. Pemandangan luas itu cukup menghilangkan setiap kerisauan yang bersarang dihati. Dia sudah terbiasa dengan persoalan. Mydina lah yang sering membuatkan dia tertanya-tanya. Dan sememangnya, Mydina sungguh budak yang misteri. Sehingga sekarang misteri itu belum terbongkar lagi.
YOU ARE READING
HERO ADILICIOUS!!
AdventureDunia Adilicious dibawah pemerintahan Ratu Raziana Evelyn atau digelar sebagai Queen of Adilicious.. Dunia ini bulat. ibarat sekeping pizza hot yg sedap dan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Kota Ani-Mei, Kota Barabes, Kota Calaein, Kota Dendyna d...