Aku memerhati keadaan di tapak perhimpunan yang bising mengalahkan pasar pagi. Penat nak tegur budak-budak yang tak faham bahasa Melayu. Agaknya kalau aku cakap bahasa korea baru nak faham kot.
'Aik? Bukan tadi bising ke. Apahal senyap semacam' mata ku melilau dan terlihat seseorang yang berada pentas.
'Patutlah senyap semacam, rupa-rupanya Encik Din berdiri di pentas dengan muka bengisnya, tahu takut. Ingatkan malaikat maut lalu tadi.' tanganku di siku.
Aku menoleh.
"Pandai pulak diaorang senyap." Sofia membisik. Aku hanya gelak tapi perlahan.
"Biasalah, bila firaun berdiri dekat atas pentas semua senyap sebab takut kena maki hamun." aku memandang jam tangan. Dah pukul 7:20 a.m, kenapa perhimpunan tak mula lagi.
"Hari ini tiada perhimpunan pagi" kata salah seorang guru yang bertugas pada minggu ini. Semua murid bersorak.
"Tetapi.." semua murid kembali senyap.
"semua murid yang pergi kem kepimpinan sila tunggu selepas semua murid bersurai." guru tersebut menyambung katanya. Haih! kena tunggu lagi.
Mataku memandang seseorang yang berada di barisan yang aku jaga. Aku mengecilkan mata. Lahh Ryan rupanya yang panggil aku tadi. Aku memerhati mulut Ryan seperti ingin mengatakan sesuatu.
"Tunggu-aku-lepas-perhimpunan" aku cepat-cepat mengganguk dan menunjukkan tanda thumbs up. Mesti ada orang kata aku gila sebab tetiba je angguk kepala.
Semua murid masuk ke dalam kelas dengan tertib dan senyap. Aku, Alya, Sofia, Ryan dan Tasya bersama murid-murid yang lain berkumpul di tapak perhimpunan berhadapan pentas.
"Kamu semua dah bayar duit kem?" tanya Puan Syarifah. Kami semua mengangguk kepala.
"Baju dah ambik?" sekali lagi kami mengangguk.
"Make sure baju yang kamu ambik mengikut saiz kamu. Bagi yang perempuan baju mesti lah berlengan panjang manakala lelaki berlengan pendek." terang Puan Syarifah.
Aku memandang Aisyah. "Ermm.. Cikgu" Puan Syarifah memandang Aisyah.
"Saya ambik baju lengan pendek." Aisyah tersengih.
"Kenapa kamu tak ambik baju lengan panjang?"
"Diaorang kata stok habis?" Aisyah menggaru kepalanya. "Esok bawa baju tu, jumpa saya untuk tukar baju tersebut." Aisyah mengangguk laju.
"Hah! Satu lagi. Hari Sabtu ni jangan datang lambat, lambat kena tinggal. Saya tak tahu."
"Baik cikgu!"
Kami semua mengambil beg dan masuk ke kelas masing-masing. Aku berjalan beriringan Alya, Sofia, Tasya dan Ryan. Aisyah dah lama meloloskan diri daripada perbincangan di tapak perhimpunan.
Meh sini aku kenalkan kawan aku, nama sebenar Alya ialah Nur Alya Sabrina, kekadang aku memanggilnya Lya. Sofia pula ialah Sofia Imani, aku memanggilnya Sofia. Manakala Tasya ialah Nur Natasya Adriana, dia lebih suka bila orang memanggilnya Tasya. Yang terakhir ialah Ryan, nama sebenarnya Nurin Aryana Anisah. Dia suka orang panggilnya Ryan sebab simple.
YOU ARE READING
Hanya Tinggal Kenangan
Teen FictionSebuah pertemuan yang tidak dijangka akibat suatu eksiden semasa berada di kem dan menyebabkan namanya digelar sebagai 'mamat gila'. "Shit! Habis bawang berterabur. Kau jalan tengok mana hah?! Kan dah membazir!" - Aifa Mikayla "Astagfirullah al-azim...