"Okay guys. We have a new prefect" kata Encik Fakhruddin a.k.a firaun sebaik sahaja melangkah masuk bilik wawasan. Aku yang sedang berborak bersama Sofia dan Alya menoleh memandang Emir yang berpakaian kemas di sebelah Encik Fakhruddin.
"Okay Emir, kamu boleh memperkenalkan diri." kata Puan Uma. Emir berjalan ke hadapan dengan lagaknya. "Okay Assalamualaikum dan selamat pagi. My name is Muhammad Emir Syakir. Sebelum saya masuk ke sekolah ini, saya bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh di Penang. Itu je kot yang boleh saya kata." Emir menayang muka poyonya. Ya Allah! Aku nak pergi depan dan tampar muka dia sekarang boleh tak?
"Itu je? Tak ada makwe ke?" tanya Irfan. "Tak perlu kot, itu privasi saya. Saya tak suka show off dekat orang." jawab Emir. Itu lah Emir yang aku kenal, seorang yang tidak suka menunjuk apa yang dia ada.
"Ok, Emir akan saya jadikan sebagai ketua disiplin dan Aifa akan menjadi penolong ketua disiplin. So, ada apa-apa bantahan?" Huarghhh cikgu kenapa letak dia sebagai ketua disiplin. "Cikgu, kenapa cikgu senang-senang jadikan dia prefect sedangkan dia tak buat temuduga pon." ramai yang mengiyakan kata Aqil.
"Okok, biar saya cerita. Semasa Emir bersekolah di Penang, dia seorang ketua pengawas dan pencapaiannya dari segi pembelajaran dan akademik sangat memuaskan. Disebabkan itu, Bonda nak saya jadikan Emir seorang pengawas di sekolah kita." semua terdiam. Ok jujur, Emir memang pandai. Tapi satu je yang aku tak suka dekat dia, dia terlebih poyo. Nasib kau lah Emir dapat adik macam aku ni.
"Aifa, ada apa-apa yang kamu nak cakap?" lamunan terhenti apabila nama aku dipanggil. Aku memandang ke arah Encik Fakhruddin.
"Saya harap kita dapat bekerjasama." aku senyum paksa. Dari jauh aku nampak dia angkat kening. See! Poyo nak mampus.
"Ok, Emir juga akan mengikuti kem kepimpinan pada hari sabtu ini. Hanya perlu bawa barang-barang yang penting sahaja. Jangan mengada nak bawa telefon! Kamu semua pengawas, mesti tunjuk adab yang baik yang boleh dicontohi oleh semua pelajar." Kata Puan Uma tegas. Semua protes. Itu tak boleh, ini tak boleh.
Aku mengangkat tangan. "Ye Aifa? Ada apa-apa yang kamu nak cakap?" Semua mata memandang ke arahku.
"Kalau bawa Mp3 boleh kan? Bosan lah cikgu kalau tak buat apa-apa dalam bas. Kalau dengar lagu, best lah sikit." Aku hanya membuat muka selamba.
"Apa punya penolong ketua disiplin lah kamu ni Aifa. Mp3 tak ada media sosial kan?" Aku mengangguk. "Boleh lah, tapi dah sampai sana. Saya akan kumpulkan semua barang." Puan Uma memberi keizinan. "Rakan-rakan sekalian, balik ni boleh lah beli Mp3. Tulis nama siap-siap yee" kata Haziq. Semua ketawa.
*****
"Wuitttt, akak pengawas kita ni dapat partner yang hensem lahh. Boleh lah usha setiap hari." Usik Sofia. "Hensem? Tolong lah. Not in my taste ok" aku meletakkan tangan dibahu, mata dijuling ke atas.
"Apa-apaan sih! Kok ngak bilang sama gue jugak" minah ni dah kenapa tetiba je cakap bahasa indon. "Tolong jangan cakap bahasa indon disini. Kalau nak cakap, pergi cakap dengan mak cik cleaner dekat bawah tu." Kata Sofia. Alya tersengih macam kerang busuk.
"Aku cakap, kenapa borak tak ajak aku sekali." Alya menarik kerusinya. "Dah tu kau dok borak dengan Nisa' pasal budak baru tu" balasku. "Lya, kau tengok budak baru tu hensem kan?" Soal Sofia. Aku hanya mendengar, tangan aku membuat kerja yang diberi oleh Puan Fathia. "Haah, hensem gilaa" Alya excited nak mati ni. "Aifa kata budak tu bukan taste dia." Alya memukul lenganku.
"Woii, sakit lah" aku mengusap-usap lenganku yang sakit. "Kau ada masalah mata ke Aifa? Mamat tu hensem nak mati bakhangg" aku buat muka tak tahu. "Okok, dia hensem, kacak, pandai, atlet lagi tu~" Alya tersenyum. "Tapi poyo buat apa" sambungku. Senyuman di bibir Alya hilang. Aku ketawa.
YOU ARE READING
Hanya Tinggal Kenangan
Teen FictionSebuah pertemuan yang tidak dijangka akibat suatu eksiden semasa berada di kem dan menyebabkan namanya digelar sebagai 'mamat gila'. "Shit! Habis bawang berterabur. Kau jalan tengok mana hah?! Kan dah membazir!" - Aifa Mikayla "Astagfirullah al-azim...