"Ok semua, aktiviti petang ini ialah Bamboo rafting dan Island floating. Bagi aktiviti Bamboo rafting, satu kumpulan mesti mempunyai 6 orang. Saya akan beri setiap kumpulan enam batang buluh untuk dijadikan rakit, empat batang ranting pokok dan beberapa meter tali. So sekarang akak dan abang fasi yang akan mengatur kamu kumpulan mana. Faham!" kata abang Mi.
"Apa ni abang Mi, tak best lah!"
"Alahh! Bagi lah kami cari kumpulan sendiri."
"Sekarang saya atau kamu semua yang lagi tua?" tanya abang Mi. "Abang Mi" balas semua dengan perasaan malas. "Dah tu. Kalau saya lagi tua, kamu kenalah dengar." semua buat muka pasrah.
"Kumpulan satu, Azwa, Naqib, Aysraf, Ain, Syafiqah, Izwani."
"Kumpulan dua, Kasyaf, Nazmi, Emir, Aifa, Aryana, Ayu"
"Kumpulan tiga, Khairul, Syafiq, Haris, Syasya, Sofia, Ayuni"
"Kumpulan empat, Farid, Firash, Hakimi, Aisyah, Alya, Natasya."
"Ok, sekarang kamu kena duduk berkumpulan." abang Azam meniup wisel. Aku mengikut Emir dan Ryan ke tempat kumpulanku. Sampai sahaja disitu, aku hanya duduk diam kerana tidak mahu cari gaduh dengan mamat gila malam tadi. "Eh orang sana tu, tak tahu nak tolong ke? Duduk diam je ke?" aku memandang lelaki itu. "Kalau aku tolong, nanti kau kata aku menyibuk. Lepas menyibuk, aku menyusahkan kau pulak. Lagi bagus aku duduk diam-diam je dekat sini. Main seorang diri daripada menyusahkan orang lain." aku membaling batu ke dalam sungai.
"Aifa, sini. Bagi idea dekat kitaorang untuk design rakit ni." Ryan memanggil aku. Aku bangun dan meninggalkan mamat gila itu seorang diri.
"Apa yang aku boleh tolong?" aku duduk disebelah Ryan. "Abang Mi tadi ada bagi 6 batang buluh. 4 ranting kayu. Kitaorang tak tahu nak buat macam mana." kata Nazmi. "Apa kata 6 batang buluh tu kita ikat dua dua dua. Lepastu kita ikat lah dua batang buluh tu dengan dua batang buluh yang lagi satu. Lepas dah ikat kan jadi empat, kita ikat lagi dengan dua batang buluh yang lagi satu." terangku.
"Habistu Mika, ranting ni nak buat macam mana pulak?" Ayu hanya mampu melihat kami membuat rakit kerana kakinya masih lagi sakit. "Ranting ni Mika nak ikat dekat bahagian batang buluh yang tertutup." Aku membantu Emir dan Nazmi mengikat batang buluh. Ryan pula membantu mamat gila itu mengikat buluh. "Tak stabil lah nanti" sampuk mamat gila.
"Kau siapa nak bantah idea aku?" bengangku. "Aku ketua kumpulan, apahal? Salah?!" aku hanya menjulingkan bebola mata ke atas. "Siapa entah yang nak kau jadi ketua, dengan perangai kau yang macam erghhh!!" aku menggunting tali yang telah siap diikat.
"Aku lebih rela suruh Emir takpun Nazmi yang jadi ketua!" aku masih lagi tidak puas hati dengan mamat gila tu! "Give me the reason why!"
"Because them can handle everything, but you! You can't handle your emosi. Selalu salahkan aku! Erghh!" Mamat gila itu mengenggam tangannya kuat. "Aifa!" Emir menarik tangan aku ke arah semak samun. Nasib baik berlapik. Kalau tak pon takpe, sebab mahram aku.
"Mika! Kenapa kau ni? Jangan lah cari masalah!" Emir memegang tanganku. "Bukan aku yang cari masalah! Mamat gila tu yang cari masalah! Semua benda aku buat semua tak betul! Dia je yang betul! Macam tu ke nak jadi ketua kumpulan? Sesuka hati bantah idea orang? Macam tu ke Muhammad Emir Syakir Bin Muhammad Shazmir." semua nak menangkan dia. Hah! Ambik ambik.
"Mamat gila tu ada nama Mika! Nama dia Kasyaf Mikael, bukan mamat gila. Aku tak kata pon dia betul Nur Aifa Mikayla Binti Hazmi. Aku tak nak kau dengan dia gaduh. Aku dengan Nazmi yang nak dia jadi ketua, dia tak nak pun jawatan tu." aku terdiam. Aku melepaskan tanganku dari tangannya dan terus pergi dari situ. Emir mengeluh panjang.
YOU ARE READING
Hanya Tinggal Kenangan
Teen FictionSebuah pertemuan yang tidak dijangka akibat suatu eksiden semasa berada di kem dan menyebabkan namanya digelar sebagai 'mamat gila'. "Shit! Habis bawang berterabur. Kau jalan tengok mana hah?! Kan dah membazir!" - Aifa Mikayla "Astagfirullah al-azim...