"CIKGUUU AYU TAK ADA!!!!" jerit Syasya. Semua memandang Syasya.
"CIKGUUU AIFA JUGA TAK ADAA!!!" jerit Alya. Hampir gugur jantung Khairul dan Emir serta abang dan kakak fasi.
"Allahuakbar!! Macam mana boleh tak ada?! Dah cari dekat dorm?!" Abang Azam mula panik.
"Tak ada!! Saya dah cari." kata Nadhira.
"Dekat toilet?!" Tanya Kak Nad.
"Juga tak ada!!" balas Ryan.
"Cikgu, lebih baik kita cari mereka berdua. Saya takut mereka terapa-apa dekat dalam hutan sana." Abang Mi sudah panik. Encik Muiz memandang Abang Azam dan Abang Mi.
"Kamu dengan mereka berdua ada apa-apa hubungan ke?" tanya Puan Syarifah.
"Saya kakak sedara Mika. I means Aifa." kata Kak Nad. "Saya pula abang Ayu." sampuk Abang Mi. "Saya juga abang sedara Aifa" sambung Abang Azam.
"Kenapa kamu tak bagitahu saya?" kata Encik Muiz. "Aifa yang melarang kami untuk memberitahu perkara ini kepada cikgu" terang Abang Mi.
"Dah! Dah. Pelajar lelaki berpecah, pastikan setiap cikgu perempuan dan akak fasi mempunyai pelajar lelaki." semua gelabah. Ada yang berlari ke sana dan ke sini.
"Cikgu, pelajar perempuan buat apa?"
"Pelajar perempuan duduk sini. Berkumpul! Jangan pergi mana-mana. Kalau nak pergi tandas pastikan berteman 2-3 orang." kata Encik Fakhruddin kerana takut ada yang hilang lagi.
"Cikgu! Saya nak ikut cari Aifa" Ryan mengangkat tangan.
"Saya juga!!" Sofia pula mengangkat tangan.
"Tak boleh, nanti apa-apa yang terjadi." Encik Muiz melarang mereka berdua.
"Mana boleh cikgu! Kami sahabat Aifa! Susah senang kami bersama! Saya nak cari Aifa sampai jumpa!" bantah Alya.
"Betul tu cikgu!" sokong Tasya.
"Kalau kamu semua cakap macam tu. Alya ikut Puan Syarifah, Natasya ikut Cik Suraya, Aryana ikut Puan Uma dan Sofia ikut Puan Masyitah. Yang lain duduk sini!" kata Encik Fakhruddin.
*****
"Aifaa!!"
"Ayuu!!"
"Mikaa!!"
"Adikk"
"Kak Cik, macam mana nii!! Mika dan Ayu dah hilang" kerisauan terbit dalam diri Emir.
"Sabarlahh, kita cari dulu. Mir janganlah doa yang bukan-bukan." Kak Nad menasihati Emir.
"Mana ada Mir doa yang bukan-bukan, Mika adik Mir. Ayu adik saudara Mir, kalau diaorang cedera macam mana?" Kak Nad menggosok belakang badan Emir.
"Kau tengok Emir tu, bermesra dengan akak fasi. Akak fasi siap pegang-pegang badan Emir."
"Apalah, dalam hutan pon nak bermesra."
"Entah, nak cari Aifa dan Ayu atau nak bermesra"
Fikir perempuan je boleh mengumpat? Heh! Lelaki pon boleh mengumpat.
"Aduhhh! Jalan tu guna lah mataa! Sakit tau takk!" Sofia menggosok lengannya yang sakit.
"Sorry, sorry. Saya tak nampak awak tadi. Sorry sangat-sangat."
"Lain kali jalan tu tengok sekeliling, jangan main jalan jee. Dah tahu tempat ni gelap gelita, tak ada torch--" bebelan Sofia terhenti apabila orang yang melanggarnya ialah Khairul.
YOU ARE READING
Hanya Tinggal Kenangan
Teen FictionSebuah pertemuan yang tidak dijangka akibat suatu eksiden semasa berada di kem dan menyebabkan namanya digelar sebagai 'mamat gila'. "Shit! Habis bawang berterabur. Kau jalan tengok mana hah?! Kan dah membazir!" - Aifa Mikayla "Astagfirullah al-azim...