#2

111 12 0
                                    

Doink! Doink!

Aku terbangun dan menggosok mata. 'Siapa lah pulak yang mesej aku pukul 3:00 pagi! Mengacau je lah'. Aku melihat notification mesej whatsapp dan orangnya ialah Alya. 'Eyy minah ni tak tidur lagi ke?! Dia buat apa tengah malam ni'. Aku hanya membiarkan sahaja mesej tersebut sebab esok boleh baca dan aku menyambung tidurku.

*****

Aku bangun pukul 4:55 pagi. Aku terus membersihkan badan dan membuat solat sunat. Selesai solat, aku melipat kain dan telekung dan menyidai di penyangkut yang berada bersebelahan almari baju.

Aku mengambil telefon dan membuka app whatsapp.

Lya
Fa!!😭
Tolong lah balas Faa, important Fa!

'Apa yang important sangat dia ni'. Aku tak senang duduk. Aku cepat-cepat call Alya.

Tut tut tut.

"Assalamualaikum Alya"

"Waalaikumsalam Aifa"

"Kenapa mesej aku tengah malam? Apa yang penting sangat ni?"

"Aifa.."

Suara dia dah serak, ada apa-apa berlaku ke?

"Kenapa Lya? Kenapa sedih ni?
Jangan nangis weyy."

"Faa.. Villy.."

"Kenapa dengan Villy, Lya?"

"Villy.. Dah tak ada"

Aku dengar tangisan Alya yang makin lama makin kuat. Aku turut sebak. Villy ialah kucing yang kami jumpa di longkang tepi rumah Alya. Keadaan Villy sangat teruk masa tu, ada kurap. Tetapi selepas Alya kata dia nak jaga Villy, keadaan Villy semakin okay. Kurap dah tak ada, kuat makan. Sebab tu gebu je bila orang peluk dia.

"Sabar Lya, Allah lebih sayangkan Villy. Balik sekolah ni aku datang rumah kau eh. Kita tanam Villy sama-sama, dah jangan nangis. Pergi mandi, bersihkan badan kau. Solat sunat dan doakan semoga dia okay di sana."

"Okay Fa, aku nak pergi mandi. Jumpa dekat sekolah. Bye, Assalamualaikum."

"Hah! Okay-okay.
Waalaikumsalam"

Aku menutup telefon, dalam tidak sedar. Air mata ku turut mengalir di pipi. Kali terakhir aku main bersama Villy 2 hari lepas. Sejujurnya, aku rindu Villy. 'Villy.. Jangan lupa kami yee. Kami sayang Villy' . Aku mengesat air mata yang masih ada di pipi.

Hanya Tinggal KenanganWhere stories live. Discover now