(Jongdae pov)
Aku menangis tidak berhenti selepas menceritakan perkara sebenar. Aku sungguh jarang macam ni tapi apakan daya. Aku terlalu sedih. Perempuan di sebelah aku pun aku dah tak hirau kalau dia nak fikir aku terlalu cengeng.
Gila ke tak sedih? Aku jatuh cinta buat pertama kali selama 25 tahun aku hidup dan apa yang aku dapat adalah patah hati! Aku benci cinta. Sudah terkejut dengan Luna. Aku dikejutkan pula oleh perkara yang aku lakukan semasa tiba di cafe ini. Perempuan ni dah cerita semuanya.
Kepala aku mula rasa pening sebab terlalu banyak menangis. Aku nak baring semula tapi perempuan ni tengah duduk pula. Baring kat peha dia? No! Nanti aku dianggap lelaki gatal pula. Apa aku nak buat? Aku dah tak tahan ni.
"Eem.. Weyh, nak tumpang bahu boleh? Aku pening. " tersangkut-sangkut aku meminta izin kepada dia. Suara aku pun macam dah sengau sedikit sebab mukus yang sudah bersarang di dalam hidung aku.
Dia tidak menjawab. Mata aku ditenung. Aku tak tahu dia sedang cuba baca apa tapi itu sangat menakutkan. Dia tenung aku macam dia nak telan aku hidup-hidup. Beberapa saat kemudian, dia mematikan renungannya dan mengangguk kepala beberapa kali.
Tanpa segan silu, aku jatuhkan kepala aku di bahunya. Aku menangis lagi. Air mata aku terlalu banyak keluar hari ini. Sampai aku dah tak tahu nak kesat air mata aku kat mana. Bahagian lengan dah basah dulu. Bahagian lain dah basah dengan peluh. But aku tak busuk okay, even peluh aku pun wangi tau!
"Boleh aku pegang tangan kau? " sekali lagi, aku meminta izin. Aku cuma perlukan kekuatan untuk lupakan apa yang terjadi antara aku dan Luna.
"Tak boleh. Tangan kau banyak hingus. "
Aku rasa dia nak bergurau tapi nada suara dia serius je. Aku menoleh sedikit untuk melihat mukanya. Tiada senyuman. Dia tak bergurau. Keadaan mula menjadi janggal. Dia senyap aku pun senyap. Dengan posisi ini, menjadikan keadaan lebih janggal.
"Janganlah sedih sangat. Buat apa bazir air mata untuk orang yang tak pandai menghargai? Move on lah walaupun aku tahu benda tu susah. Pasti ada yang lebih baik. Semua ni kuasa Tuhan. "
Dari nada suaranya yang sayu, aku tahu pasti dia pernah bercinta dan patah hati. Pasti dia berpengalaman. Apa pun aku akan cuba ikut nasihat dia. Untuk move on.
"Nama kau siapa? Kau dah sedap basahkan bahu aku dari tadi. Kau cerita apa dah jadi, aku cerita apa dah jadi. Kau dah tercium leher aku. Tapi nama kau pun aku tak tahu. Siapa nama kau si gila? "
Perempuan yang aku rasa lebih muda dari aku itu bertanya. Betul juga. Dari tadi, antara aku dan dia nama masing-masing pun kami tak tahu. Tapi.. Siot jek perempuan ni panggil aku si gila. Tak guna betul. Kan perempuan, mulut tu jaga lah. Ingat aku tampar perlahan ke?
"Jongdae. Kim Jongdae. Genap 27 tahun pada 21 september ni. Kau pula? "
"Lee Aerie. Dah. Kau jangan sedihlah. Tahun baru kut. Baru masuk 2 hari tahun 2018 ni. Banyak lagi perkara kau boleh buat. "
Aku menjatuhkan pandangan ke lantai. Memanglah apa yang dia cakap tu betul tapi masalahnya Luna cinta pertama aku dan sudah terbukti aku akan susah melupakannya dengan lihat keadaan aku sekarang. Tidak terurus. Mata bengkak. Dah macam apa dah.
"Ya... Selamat berkenalan Aerie. " aku menghulurkan tangan aku kepadanya. Huluran aku disambut.
Hah! Masuk perangkap. Aku sebenarnya tak nak berjabat tangan dengan dia pun. Aku cuma nak pegang tangan dia. Nampaknya dia perasan yang aku tak lepaskan tangan dia jadi Aerie cuba menariknya dengan perlahan.
"Tolong.. Tangan aku bersih. Sekejap sahaja. "
Dia membiarkan. Tangan kiriku melingkari lengannya dan aku jalinkan ikatan jari jemari aku dengannya. Fuh! Dengan kepala aku disandarkan di bahu dia. Aku rasa tenang balik. Rasa nak nangis balik pun ada juga.
YOU ARE READING
Meant To Be. [Kim Jong Dae fanfiction]
Fanfictionperkenalan di antara seorang pekerja Cafe bersama seorang yang patah hati. si dia memaksa cinta manakala si dia cuba menolaknya. siapa akan menang akhirnya? first book. Jangan kecam kalau cerita ni cacat tak best. [ start : 24 January 2018 ] [ En...