10 : Syarat

18 1 0
                                    

(Aerie pov)

Tok tok tok...

Tangan aku mengesat mataku. Siapa yang kejut aku pagi-pagi buta ni? Ye ke pagi buta? Entah-entah dah siang ,matahari dah terpacak atas kepala jerit-jerit suruh aku bangun. Sekali lagi ketukan di pintu aku dengar. Bising lah! Takkan omma yang kejut aku. Dia tahu aku tak suka orang kejut time hari cuti aku.

"Siapa tu? Mengantuklah!" Aku menjawab dengan nada malas. Mukaku disembamkan pada bantal. Malas rasanya nak turun daripada katil ni. Dah lah jarang jumpa.

"Emm... omma ni. Aerie keluar sekejap boleh?" Lama baru orang di luar membalas. Omma? Mata aku menjeling jam loceng di meja lampu katil sebelah kiri aku. Ommagoi. 5 : 46? Pagi?!!!!!!! Kejadah lah.

Akhirnya aku gagahkan juga diri aku untuk turun daripada katil setelah berfikir selama sepuluh minit. Langkah aku lemah sepanjang menuju ke pintu. Lama betul nak sampai pintu, padahal tiga langkah dari katil dah sampai.

Tombol pintu saja aku pulas lambat-lambat. Aku membuka pintu. Aik? Tadi macam beria ketuk pintu suruh aku bangun sekali tak ada orang pun? Aku menghendap luar bilik di sebelah kiri aku. Kosong mangai. Aku toleh kanan pula.

"Pagi, sayang." Aku tidak tahu suasana ini romantik atau tidak tetapi cara lelaki di hadapan aku ini menyapa aku betul-betul dengan cara yang mengejutkan aku. Otak aku tidak sempat berfikir. Kerana terkejut, tangan aku laju menghayun ke arah mukanya.

PPAGGG!!

Bukannya bunyi yang biasa-biasa. Sudahlah dilempang oleh aku di pipi kirinya, agaknya lempangan aku terlalu kuat sehingga membuatkan kepalanya turut terhantuk pada dinding di sebelah kanannya.

"Aarrghhhh!!!" Lelaki tersebut mengaduh kesakitan. Tangan kirinya memegang pipinya yang ditampar manakala tangan kanannya memegang dahinya yang terhantuk pada dinding. Wow! 2 in 1. Jarang orang mendapat ganjaran dua kali dalam satu masa.

Aku ingin meminta maaf tetapi , lihatlah! Lelaki di hadapan aku ini ialah Kim Jongdae.

Ya....

Kim Jongdae.

Tunggu!!!!

Tak guna! Aku baru teringat yang aku memakai baju tidur dengan corak dinasour dan suprise! Aku hanya memakai bajunya sahaja! Terus aku menutup pintu dengan pantasnya. Tak boleh lambat-lambat. Tak memasal Jongdae dapat tengok tayangan perdana secara live dan percuma pula. Lelaki bukan boleh percaya.

"Arghh!! Aerie! Bukalah pintu woi! " pintu bilikku diketuk beberapa kali daripada luar dengan agak kasar tapi masih tidak mengakibatkan pintu aku tercabut.

"Pergilah ! "

" Bukalah pintu ni!"

" Aku tengah seksilah sengal!" tangan aku mengetuk pintu bilikku dengan kuat.

"Kau pakai bajukan? Nanti dah kahwin rasanya baju pun tak tersarung dekat badan kau . "

Kata-kata Jongdae membuatkan aku tersentak. Otak kuning punya orang tua! Terus aku membuka pintu ,tangan aku laju mengetuk kepalanya dan kemudian aku menutupnya semula.

"Biadap eh kau! Dasar otak 19+!"

"Aku dah 27. Tak payah nak 19+ sangatlah. Kalau aku lelaki yang macam tu, dah lama aku buka pintu. Bukan aku tak tahu yang kau sebenarnya tak kunci pun pintu ni. Kau pun tahu tenaga aku bukan lembik macam kau. Cepatlah siap! "

Eh? Betul juga ek? Aku tak kunci pun pintu ni dari aku tutup untuk kali pertama tadi. Dia beria suruh aku buka pintu. Tombol pintu pun tak terpusing dari luar untuk menandakan dia cuba untuk masuk bilik aku.

Meant To Be. [Kim Jong Dae fanfiction]Where stories live. Discover now