(Aerie pov)
Keadaan antara kami sungguh hambar ye. Kadang-kadang sahaja kedengaran suara Gina yang tak pernah kering daripada soalan-soalan karut dia tu.
Aku dah siap makan. Jadi… apa kata aku cuba tunjuk rajin sikit depan bakal mak mertua terpaksa aku ni . Aku bangun dari dudukku.
"Nak ke mana Aerie?" omma Kim bertanya.
" Basuh pinggan." Aku menjawab dengan sesopan mungkin siap extra senyuman yang menawan lagikan seksi ini.
"Eh… Tak perlu lah. Letak aja.." omma Kim berkeras.
"Eh… Tak apalah."
"Eh--"
" Nah. Basuh ni semua sekali. Omma, dia memang rajin. Basuh pinggan tu hobi sampingan dia. Biar jek dia basuh."
Tanpa pamit, Jongdae meletakkan longgokan pinggan kotor yang banyak di atas pinggan aku. Badak punya unta! Aku hanya turut tanpa banyak kata. Omma Kim membuat muka risau sahaja.
Aku menuju ke dapur dengan langkah yang berat. Pinggan kotor diletakkan di dalam singki. Tangan aku laju mencapai span pencuci pinggan.
"Aku tolong." Beberapa ketika, Jongdae sudah berada di sebelah aku.
" Tak perlu." aku cuba menyombong dengan dia.
"Omma aku suruh tolong kau. Aku minta kau sekali jek. Tolong jangan degil lagi." aku tahu Jongdae sudah naik bosan dengan perangai degil aku tapi mendengar ada nada ketegasan pada suara Jongdae tadi membuat aku terus diam seribu bahasa. Aku mencuci pinggan dan Jongdae membilas dan menyusunnya di rak pinggan.
"Jongdae." aku cuba memecahkan kesunyian yang menyelubungi kami berdua. Jongdae sekadar meng'emm' kan aku.
" Kau memang dengar jek eh kata omma kau?" dan Jongdae meng'emm' lagi sekali. Bosan betul berbual dengan dia ni. Macam berbual dengan diri sendiri. Sebab Jongdae membalas soalan aku dengan 'empat puluh ribu patah perkataan', aku terus mendiamkan diri.
" Kau pernah bercinta?" aku memandang Jongdae yang tiba-tiba mengajukan soalan itu. Mendengar soalan Jongdae, serta merta aku mengukir senyuman tak ikhlas.
" Pernah. " aku menundukkan pandangan aku pada pinggan. Rasa macam pinggan ni makin banyak pula bila Jongdae buka soalan ni. Sedaya upaya aku menahan air mata aku daripada jatuh.
"Sakit…..kan?" Suara Jongdae menjadi serak. Serta merta aku menolehnya semula. Mata dan hidungnya sudah kemerahan. Nampaknya…dia masih sakit.
Melihat keadaannya yang sebegini membuatkan jantung aku bagai hendak gugur. Rasanya macam tak sanggup hendak melihat dia mengalirkan air mata. Tidak seperti pertama kali aku berjumpa dia. Ketika itu aku tidak mengenali dia dan dia ……..gila.
Dia menangis bagai orang gila. Tapi kali ini, dia sedang menahannya. Entah kenapa, aku turut berasa sedih untuk dia.
" Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kau." aku cuba menyedapkan hatinya.Dan Jongdae tersenyum hambar. Tup tap, pinggan sudah siap dibasuh, dibilas dan disusun. Cepat pula.
Aku mencuci tanganku yang masih mempunyai sabun. Tiba-tiba aku dapat merasa sesuatu melilit pinggangku. Jongdae. Dia memelukku daripada belakang. Bibirnya diletakkan pada bahuku yang berlapik hoodie.
Aku merasa sungguh berdebar dan paling pelik, kenapa aku hanya membiarkannya? Rasa ini… sungguh lama aku tidak merasainya sejak aku putus dengan Myungsoo.
" Aku selalu buat begini pada Luna apabila dia menjemput makan malam di rumahnya."
"Ya. Myungsoo juga." perlahan-lahan tanganku bergerak dan memegang tangannya yang berada di pinggangku. Seketika aku menikmati saat yang aku rindui ini. Sekali lagi aku ingin menitiskan air mata aku namun aku masih menahannya.
YOU ARE READING
Meant To Be. [Kim Jong Dae fanfiction]
Fanfictionperkenalan di antara seorang pekerja Cafe bersama seorang yang patah hati. si dia memaksa cinta manakala si dia cuba menolaknya. siapa akan menang akhirnya? first book. Jangan kecam kalau cerita ni cacat tak best. [ start : 24 January 2018 ] [ En...