(Aerie pov)
Sampai sahaja di rumah, aku melajukan langkah untuk ke bilik aku. Aku tak sabar nak jumpa katil! Aku tak sabar nak hilangkan penat kerja cafe dan penat layan si gila babun bebal merepek kerepek tak guna Jongdae tu. Dia seorang sahaja buat aku penat macam aku pikul gajah balik tadi.
"Noona. "
Adoi. Kenapa mesti sekarang Jun? Kenapa mesti kau panggil aku pada bulan Januari? Kenapa tak ikut bulan dari nama kau je? Aku penat lah!!!!! Uarghhhh!
Aku menoleh ke arah suara yang memanggil aku tadi. Wah. Ada mesyuarat keluarga ke? Omma ada Appa ada Jun ada. Aku je tak ada. Macam benda serius je.
"Sini sekejap. Kami ada perkara nak dibincangkan. " omma pula bersuara. Erh.. Kenapa sopan sangat? Kenapa aku rasa macam aku seorang sahaja dalam rumah ni yang cakap kasar dengan semua orang.
Malaih nak fikir banyak-banyak. Tanpa rasa rela dan teruja aku mengambil langkah berjalan ke arah ruang tamu dan mengambil tempat di sebelah Jun. Sebelah dia seronok sikit. Boleh buli. Kalau bosan boleh kacau dia. Perbincangan keluarga tak pernah buat aku tak mengantuk.
Biasalah. Bincang hal remeh. Tentang keputusan Jun. Kerja yang sesuai untuk aku. Tawaran seribu satu kerja yang seratus peratus mengikut kriteria omma dan bukannya aku. Haih. Kau tahu bosan? Kalau aku ikut kerja pilihan keluarga aku, macam mana aku nak sibuk dengan EXO.
Dah lah kurang perhatian keluarga. Jun pun menumpang kasih sayang aku dari dahulu. Omma dengan appa pentingkan kerja sebab bagi mereka duit punca bahagia.
Lihatlah mereka membesarkan anak-anak dengan keadaan yang serba mewah. Kalau tersilap langkah, mesti aku jadi kurang ajar dengan orang tua sebab dah biasa senang. Tapi bila aku minta barang yang berkaitan EXO tak boleh pula. Katanya membazir duit. Iyalah.. Aku akur sahajalah. Kalau semua benda aku minta mereka beri, tak mungkin aku pandai cari duit sendiri sekarang.
Nasib baik bekas tukang gaji aku dulu baik. Dia yang ajar aku berdikari dan cara menghormati orang tua. Lepas tu, aku ajar Jun pula. Saja nak beri orang luar nampak yang kami ni sebenarnya dapat kasih sayang omma dan appa dengan cukup sekali.
"Apa dia omma? " aku bertanya dengan nada seperti aku tidak rasa teruja lansung untuk berbincang waktu ini. Aku penat kut. Walaupun kerja cafe. Tapi penat kut! Mana ada kerja goyang kaki terus poket tebal sampai terkoyak an. Lainlah kalau aku CEO syarikat yang kerjanya makan gaji buta lepas tu songlap duit orang.
"Kamu... Sudah 25 tahun kan? " appa tanya sesopan mungkin. Please lah. Dengan anak sendiri cakap tak payah sopan sangat tak boleh ke? Bukan suruh cakap terpekik terlolong tapi aku rasa macam appa tengah bercakap dengan malaikat maut. Dia sopan atau takut?
Aku mengangguk. Lihatlah. Bercakap tentang umur. Aku perlu tidur dan sekarang mereka sedang berbincang tentang umur aku.
"Jadi.. Kamu sudah ada teman lelaki? ". Bibir kedutnya mengukirkan senyuman seperti ada sesuatu yang telah terjadi. Soalan omma mengundang kerut di dahi aku. Cepat-cepat aku menggelengkan kepalaku. Dan itu membuatkan senyumannya mati.
"Betulkah? Aerie tidak menipu kami? " appa mendesak aku. Ada jawapan yang sedang mereka cari. Aku tidak tahu tapi aku pasti tidak suka akan jawapan itu.
"Taklah. Ada apa ni? "
Aku memandang Jun di sebelahku. Dia hanya berdiam diri. Cakaplah bodoh. Kau nak aku buat perang dunia ketiga dengan omma dan appa ke?
"Kalau Aerie ada teman lelaki kenapa tak beritahu sahaja? Jangan berbohong lagi. "
Aku sudah kata aku tidak berbohong. Ada apa dengan mereka ni? Aku peninglah!
YOU ARE READING
Meant To Be. [Kim Jong Dae fanfiction]
Fanfictionperkenalan di antara seorang pekerja Cafe bersama seorang yang patah hati. si dia memaksa cinta manakala si dia cuba menolaknya. siapa akan menang akhirnya? first book. Jangan kecam kalau cerita ni cacat tak best. [ start : 24 January 2018 ] [ En...