Bab 10

584 27 11
                                    



SUDAH hampir sebulan aku berhenti kerja dan dalam tempoh itu memang aku duduk saja di rumah keluargaku sambil mencari kerja di atas talian. Mujur jugak aku tinggal dengan abang aku sendiri di KL, kalau aku duduk rumah sewa, sia-sia saja aku bayar duit sewa bulan ni. Haha.

Nasib baik jugak Rizwan sudah tidak berani ke mari setelah kejadian tempoh hari, takutlah tu nak menghadap keluarga aku lepas terbongkar segala perbuatan dia. Kalau dia nak kena ganyang dengan abah aku, datanglah. Abah aku ada silat kot, sebab tu dia baru dengar suara abah aku pun dia terus cabut. Pengecut!

"Temuduga?" emak mengangkat kening tinggi.

"Haah. Baru ni kakak apply, dia orang dah panggil temuduga." Aku menjelaskan dan aku dapat melihat emak mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Baguslah macam tu. Emak tak kisah pun kalau kakak nak duduk je dekat rumah tapi lagi kakak terperap dekat sini, lagi banyak masa kakak berfikir, lagi susah kakak nak lupakan orang tu kan?" Emak menduga, membuatkan aku sedikit terkedu sebab kata-kata emak itu ada betulnya walau aku sudah mencuba untuk lupakan semuanya.

"Kakak dah okaylah, emak. Kakak bukan budak remaja yang baru kenal erti cinta, kakak dah 26 tahun dah." Aku menarik senyum semanis mungkin, cuba untuk tidak merisaukan hati emak.

"Sebab kakak bukan budak remajalah, emak lagi risau tau. Kalau budak remaja, bolehlah anggap cinta tu cinta monyet je. Ini kakak dah dewasa, mesti kakak harap sampai ke jinjang pelamin kan?" emak mengelus lembut jemari aku.

"Tak ada jodoh, emak. Kakak anggap dia tak ditakdirkan untuk kakak jelah. Nasib kakak tau awal, kalau lepas kahwin baru kakak tahu, lagi kakak merana. Kan emak?" aku tersengih, cuba menutup rawan dalam hati.

"Baguslah, anak emak ni memang dah betul-betul dewasa. Dah pandai berfikir baik dan buruknya."

"Emak janganlah risau pasal kakak lagi okay?" aku meminta, tidak mahu emak terus-terusan bimbang tentang diriku.

"Hmmm yelah." Emak mengukir senyum walau aku tahu hatinya masih belum betul-betul bisa untuk tidak risaukan aku. Almaklumlah aku kan anak kesayangan emak. Haha.

"Alang-alang kakak nak balik KL, nanti kakak pergi jumpa Andra ya."

Aku mengerutkan dahi mendengar permintaan emak secara tiba-tiba itu. Dah kenapa nak kena jumpa Andra pulak?

"Jumpa dia buat apa, emak? Dia ada problem ke?"

Emak menggeleng laju namun lama emak diam. Macam serba salah nak bagitahu aku. Hesy ni risau ni, jadi apa-apa dekat Andra ke?

"Emak, kenapa ni emak?" aku menyoal setelah lama aku membiarkan emak senyap.

"Sebenarnya... beberapa hari lepas dia ada tanya mak, boleh ke kalau dia nak kahwin dengan kakak?" Mataku membuntang sebaik mendengar kata-kata emak yang aku tunggu sedari tadi.

"Hah? Dia tanya apa?" aku menyoal lagi, tidak mahu percaya dengan apa yang aku baru saja dengar.

"Dia nak kahwin dengan kakak." Emak masih cuba menerangkan walau aku tahu emak tahu yang anaknya belum pekak lagi sampai tak dengar apa yang emak cakap tadi.

Jodohku Jejaka JelitaWhere stories live. Discover now