#3

1.3K 115 5
                                    

Jordan Petracca

BESOK pagi bila saya bangun, tiada sudah si bebal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BESOK pagi bila saya bangun, tiada sudah si bebal. What? Baru pun jam 5 pagi ni. Bah, okeylah. Bagus juga.

Sedang saya berjalan di cerun berumput tempat saya jatuh dua kali tu, saya asyik teringat-ingat ja si bebal. Tertanya-tanya kalau dia okey kah tidak. Biarpun saya nda suka dia, tetap juga saya harap dia nda kena tangkap oleh penyerang-penyerang dia tu. Sibuk-sibuk berfikir, tetiba saya tergelincir. Alamak, biar betul. LAGI?! Bikin bawa malang ja fikir pasal si bebal ni tau!

Tapi kali ni, saya nda jatuh. Ada orang tangkap tangan saya dan tarik saya pigi dada dia sebelum saya sempat terjatuh. Saya tau mesti dada lelaki ni sebab tegap sama kekar. Perempuan kan ada boobs...

Saya mendongak dan terbeliak terus biji mata saya. Ini lelaki... nampak macam keturunan bangsawan oh. Dia ada ni aura elegan. Perawakan dia betul-betul noble. Kalau dia bilang yang dia ni anak raja, saya terus percaya tu bulat-bulat.

Saya mau bilang 'thanks' sama dia dan kira-kira mau tanya namalah konon. Mesti anak orang kaya dia ni. Tapi belum pun sempat saya cakap apa-apa, dia undur dan tengok saya, lepas tu senyum-senyum. Macam ada yang dia nampak menarik ja.

"Jadi... kaulah rival saya ni, kan?" bilang dia. HAH? "Well, this will be interesting..." bilang dia lagi.

Kenapa saya nda faham apa maksud dia ni?

"Boleh saya tau siapa nama kau?" tanya dia tiba-tiba.

Wah. Dulu-duluan dia make a move sebelum saya arr. Manalah tau saya lucky dan dia betul-betul berminat sama saya, kan? Punyalah lebar sengihan saya dalam hati.

"Erm... Alexa Duncan. Thank you sebab kasi selamat saya..." jawab saya, kekok.

Yaiii... kenapa kunu saya rasa janggal ni? Rendah diri betul saya rasa depan dia. Dia macam putera bangsawan dan saya ni cuma petani miskin yang melarat.

"Alexa Duncan... cantik tu nama, ngam betul sama orang dia. Bah, lain kali kita jumpa lagi, Alexa. Saya pun nda sabar sudah mau jumpa kau balik. Take care until then," bilang dia sambil senyum manis sebelum jalan.

Tersipu-sipu bah saya berdiri di situ, nda tau apa mau cakap. Apa kunu tadi tu? Kenapa dia yakin betul yang kami akan jumpa lagi ni? Berbunga-bunga bah tu hati... hahahaaa...

Ngam-ngam saya masuk kelas lepas tu, ada announcement.

"Alexa Duncan, sila lapor diri di pejabat pengetua sekarang juga."

LITTLE SECRET (COMPLETED)Where stories live. Discover now